Rabu, 31 Disember 2008

Buat Renungan Selagi Masih Hidup

Apabila roh keluar dari jasad, IA akan berkata-kata Dan seluruh isi alam sama Ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin Dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi Dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat Dan IA pun memanggil-manggil Dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu IA berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim Dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada Hari itu aku telah keluar dari rumahku Dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak Dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa Dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku Dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana IA memperdayakan aku Dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana IA melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku Dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun Ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak Dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh Dan tidak pernah mendoakan aku".
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya Dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa Dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah Ada nur dimukanya Dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan Dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut Dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk Dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada Dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk Dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong Dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.
" Sambung Rasullullah S.A.W. Lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. Akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga Dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. Akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak TU dapat melihat kedudukannya di neraka Dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. Menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak Ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.Dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T. Berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . Maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.
" Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama. Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. Sila panjangkan kisah ini kepada semua saudara islam kita.

Khamis, 13 November 2008

meLAYU


Melayu itu orang yang bijaksana

Nakalnya bersulam jenaka

Budi bahasanya tidak terkiraKurang ajarnya tetap santun

Jika menipu pun masih bersopan

Bila mengampu bijak beralas tangan.


Melayu itu berani jika bersalah

Kecut takut kerana benar,

Janji simpan di perutSelalu pecah di mulut,

Biar mati adatJangan mati anak.


Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:

Jawa itu Melayu,

Bugis itu Melayu

Banjar juga disebut Melayu,

Minangkabau memang Melayu,

Keturunan Acheh adalah Melayu,

Jakun dan Sakai asli Melayu,

Arab dan Pakistani, semua Melayu

Mamak dan Malbari serap ke Melayu

Malah mua'alaf bertakrif Melayu (Setelah disunat anunya itu)


Dalam sejarahnya

Melayu itu pengembara lautan

Melorongkan jalur sejarah zaman

Begitu luas daerah sempadan

Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya

Kias kata bidal pusaka

Akar budi bersulamkan daya

Gedung akal laut bicara


Malangnya Melayu itu kuat bersorak

Terlalu ghairah pesta temasya

Sedangkan kampung telah tergadai

Sawah sejalur tinggal sejengkal

tanah sebidang mudah terjual


Meski telah memiliki telaga

Tangan masih memegang tali

Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti

Masih berdagang di rumah sendiri.


Berkelahi cara Melayu

Menikam dengan pantun

Menyanggah dengan senyum

Marahnya dengan diam

Merendah bukan menyembah

Meninggi bukan melonjak.


Watak Melayu menolak permusuhan

Setia dan sabar tiada sempadan

Tapi jika marah tak nampak telinga

Musuh dicari ke lubang cacing

Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan

Hebat amuknya tak kenal lawan


Berdamai cara Melayu indah sekali

Silaturrahim hati yang murni

Maaf diungkap senantiasa bersahut

Tangan diulur sentiasa bersambut

Luka pun tidak lagi berparut


Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan

Segala yang ada sanggup diberikan

Sehingga tercipta sebuah kiasan:

"Dagang lalu nasi ditanakkan

Suami pulang lapar tak makan

Kera di hutan disusu-susukan

Anak di pangkuan mati kebuluran"


Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu

Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang

Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan

Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan

Jika percaya kepada keadilan.


Jadilah bangsa yang bijaksana

Memegang tali memegang timba

Memiliki ekonomi mencipta budaya

Menjadi tuan di negara Merdeka


"NUKILANUsman Awang

Khamis, 6 November 2008

Fadhilat Mengucapkan Laillahaillallah

Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi,malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu. Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu... "wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan". bertanya malaikat "Apakah permintaan itu?". Berkata burung-burung itu" Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku,barulah aku akan tidak membuat bising disini". Berkata malaikat itu "baiklah aku akan sampaikan kepada Allah".Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut. Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan diArasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat. Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak telepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu. dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maa Penyayang

Bajet 2009: Suntikan RM700 Juta Dibatalkan

Bajet 2009: Suntikan RM700 Juta Dibatalkan
PARLIMEN: Timbalan Speaker Dewan Parlimen Wan Junaidi Tuanku Jaafar memutuskan peruntukan tambahan RM700 juta untuk menyelamatkan ekonomi yang dibentang oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kewangan Najib Razak semalam dibatalkan. Tindakan itu dibuat berikutan Najib telah melanggar peraturan mesyuarat semasa menggulung bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Abdullah Badawi pada 29 Ogos lalu. Sebelum itu, Ketua Pakatan Rakyat (PR), Anwar Ibrahim memberitahu Wan Junaidi bahawa mengikut Seksyen 66 (15) Perintah Tetap, dewan mesti dimaklumkan dua hari sebelum pembentangan sebarang pindaan kepada Rang Undang-undang Perbekalan. Suara Keadilan
Sesuatu yang amat memalukan bagi sebuah negara demokrasi berperlembagaan seperti Malaysia, apabila seorang Menteri Kewangan ikut suka-suka hati dia buat suntikan bajet 2009. Kononnya, ia satu suntikan, walhal sepatutnya beliau hanya perlu menggulung bajet yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan terdahulu iaitu Pak Lah Badawi. Tiba-tiba pula dibuat penambahan, sedangkan Ketua Pembangkang membahaskan usul Bajet 2009 yang asal baru-baru ini. Jika ini terjadi kepada sebuah jabatan dan organisasi, sudah pasti pemimpin terbabit akan dicemuh dan dipecat oleh majikan. Sungguh memalukan !! Jika ia dibatalkan maka ini satu sejarah dan tamparan hebat buat kerajaan Barisan Nasional. Rakyat akan hilang percaya terhadap Najib terutamanya yang sedang menunggu untuk menjadi Perdana Menteri. Jika sekarang beliau sudah “bohong kepada rakyat”, apatah lagi jika sudah berkuasa
http://pahangdaily.blogspot.com

Rabu, 22 Oktober 2008

ISLAM DAN TIDUR


Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri." Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang. Kesan Mengantuk Ke Atas Ekonomi Dan Juga Produktiviti. Banyak kes-kes kemalangan dilapurkan berpunca dari mengantuk dan kurang tidur. Justeru itu kerana kepentingannya, Kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah yayasan yang bernama Yayasan Tidur Negara (National Sleep Foundation) untuk mengkaji tentang kesan tidur terhadap produktiviti kerana masalah ketiduran (insomnia and sleeping problems) telah memberikan banyak kesan negatif kepada manusia dan ekonominya. Pada tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika telah melaporkan bahawa 100,000 kemalangan di jalan raya dan industri di Amerika adalah berkaitan dengan masalah tidur yang melibatkan kehilangan 1500 nyawa setahun. (Dr. Stanley Coren; 'Sleep Deprivation, Psychosis and Mental Efficiency,' Psychiatric Times, March 1998) Suruhanjaya khas untuk mengkaji tentang masalah ketiduran di Amerika telah melapurkan bahawa masalah ini telah menjejaskan produktiviti dan menyebabkan kerugian $100 - $150 billion setahun. (Dr. Stanley Coren; Ibid) Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan kabohidrat di dalam badan, dan mengujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis. (Rujukan: Tinker Ready (2000); 'Naps: The Art of Snoozing') Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilapurkan di dalam majalah perubatan 'Lancet' pada pada bulan Oktober, 1999. (Rujukan: Lancet: 'Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function) Tidur Dan Kerehatan Yang Berpatutan Adalah Ibadah Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerihatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata: "Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya. " Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (Bukhari) Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabipun terus mengeluarkan arahan: "Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur." (Bukhari-Muslim) Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang. Tidur secara yang mansabah adalah merupakan salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan diri. Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya." Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor." Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji

Rais: Kawal rasuah Umno atau buka tender


Jika Umno tidak mengawal amalan rasuah dalam pemilihan barisan pemimpinnya, lebih baik parti itu membuka tender dan sesiapa yang lebih tinggi bidaan akan menjadi ketuanya, kata Datuk Seri Dr Rais Yatim."Saya kira mereka yang menyumbang (politik wang), kalau begini lebih baik Umno itu adakan sistem tender, siapa yang lebih tinggi dia jadi ketua."Kalau begitu Umno ambil duitnya, siapa yang banyak duit buat bidaan, kan jadi bahan ketawa, tetapi hal macam ni kena dibincang," katanya seperti dilaporkan Bernama."Politik wang atau korupsi politik tidak selesai sebab ia sudah menjadibudaya di dalam Umno sekian lama. Cuma tak ramai yang mahu mengaku perkara ini berjalan."Lebih baik kita mengaku dan rakyat menghukum kita bersama-sama supaya orang ramai dapat melihat parti politik ini bersih dari amalan rasuah ataupun tumbuk rusuk dan penggunaan wang secara berleluasa."Dr Rais, yang juga menteri luar, berkata antara kekangan utama dalam membanteras gejala itu ialah ketiadaan bukti kerana pihak yang terlibat cukup licik dan licin memainkan peranan mereka."Masalahnya ialah bukti. Bukti orang memberi cukup sukar sebab pihak-pihak ini memainkan peranan licik dan licin.bm version umno nomination 2009 candidates update 11 45am 20 october 2008 201008"Dalam masa tempoh orang tidur, masa tempoh orang tak sedar tidak dapat diambil gambar, tidak dapat diambil tindakan sebab buktinya tidak ada tapi dalam undang-undang baru Akta Pencegahan Rasuah, saya dapati hal ini dapat diatasi sekiranya laporan daripada pihak-pihak berkenaan ada," katanya.Umno, kata Dr Rais lagi, tidak cukup berupaya untuk memantau dengan rapi amalan politik wang, justeru lebih wajar jika iadiserapkan bawah bidang kuasa undang-undang negara, lapor agensi berita itu lagi.Semalam anggota Majlis Tertinggi Umno itu dilaporkan berkata beliau diminta memberikan wang untuk mendapatkan undi bagi pencalonan jawatan naib presiden yang menjadi sasarannya dalam pemilihan, Mac tahun depan.Beliau berkata "majoriti" ahli parti itu lebih berminat mengejar wang ketika kempen berlangsung sekarang daripada memilihan pemimpin yang benar-benar layak, lapor sebuah agensi berita."Kami didekati dengan berselindung sebalik bantuan dan sumbangan. (Tetapi) saya tidak bersedia (berbuat demikian), jadi anda lihat undi (pencalonan) saya tidak begitu banyak."Jika ada ingin turut serta (dalam perebutan jawatan), anda mesti mengiyakannya," beliau dipetik sebagai berkata.Dr Rais hanya memperolehi enam pencalonan daripada bahagian-bahagian yang bermesyuarat setakat ini, sejak 9 Oktober.Beliau memerlukan 14 lagi sokongan untuk layak pertandingan

Umno Kini Akui Segala Kedurjanaan Mereka Selama Ni


PULAU PINANG, 21 Okt (Bernama) - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyidin Yasin menempelak sebahagian kepimpinan Umno yang suka mengambil kesempatan daripada peruntukan kerajaan sehingga mengakibatkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dipertikaikan banyak pihak sekali gus memberi tamparan hebat terhadap Barisan Nasional (BN) semasa pilihanraya umum ke-12 Mac lalu. Jelasnya, paras kejayaan DEB tidak berganjak apabila hanya mencatatkan 19.4% di mana angka tersebut telah wujud sejak tahun 1980-an lagi. "Kerajaan BN memang sebuah kerajaan yang prihatin dari segi memberikan bantuan kepada rakyat contohnya ketika saya menjadi Menteri Pertanian, Industri Asas Tani peruntukan diberikan sehingga melibatkan jutaan ringgit kepada sektor perladangan tetapi malang hasilnya orang Melayu masih berada di tahap rendah dan mendukacitakan," tegasnya ketika berucap dalam 'Syarahan ISDEV VII: Politik Melayu Islam, Kemelut dan Penyelesaian' di Dewan Budaya, Univesiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang pagi tadi. Fenomena itu katanya, menjatuhkan imej Umno dan BN di kaca mata rakyat yang kini telah matang apabila BN hanya memperolehi 140 kerusi sahaja di mana Umno menguasai 79 kerusi di parlimen. Selepas SAPP keluar daripada BN bermakna status BN makin mengecil iaitu tinggal 138 kerusi parlimen dan ini tentunya meresahkan kedudukan walaupun BN menang tanpa dua pertiga majoriti sebagaimana dalam pilihan raya umum sebelum ini, katanya. "Kemenangan Pakatan Rakyat di lima buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Selangor termasuk Wilayah Persekutuan memberi kesan bahawa sokongan pada BN agak menurun dan semakin menipis," katanya. Peratusan orang Melayu di sektor ekonomi negara masih di tahap lama dan sikap ini menunjukan apa yang dirancang oleh kerajaan selama ini tidak mengubah prestasi atau peningkatan di kalangan pemikiran orang Melayu, jelasnya. Jika terdapat ketirisan dan kebocoran DEB disebabkan orang tertentu yang mengambil peluang maka ia begitu lace w:st="on"malang lace sekali, katanya. "Saya bimbang trend kemenangan Pakatan Rakyat berkekalan akibat tingkah laku yang tidak menyeronokan di kalangan kita sendiri," ujarnya di hadapan ratusan hadirin. Bagi menangani masalah ketirisan yang berpanjangan, Umno kena kaji semula struktur pelaksanaan semua dasar yang berkaitan dengan ekonomi orang Melayu kerana di peringkat akar umbi masyarakat Melayu masih berada di tahap rendah dan perlu diperbaiki dari semasa ke semasa, katanya. Katanya, kebanyakan golongan ini sama ada luar atau pinggiran bandar lazimnya pembahagian bantuan tidak disaksamakan sebaliknya ada yang ketinggalan. Sedangkan sambungnya, kebanyakan bantuan yang diluluskan oleh kerajaan dicurahkan kepada masyarakat luar bandar bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan apa yang dilaksanakan oleh mereka. "Sikap ini yang merancakkan sokongan pada pembangkang semasa pilihan raya umum lepas akibat ketirisan yang berpanjang Umno dihukum kononnya gagal mengambil tanggungjawab demi memartabatkan bangsa dan agama," ujar beliau. Justeru katanya, masalah kemiskinan di kalangan masyarakat Islam Melayu masih menebal dan tidak dapat dikurangkan saban tahun walhal kerajaan telah mencari berbagai kaedah terbaik untuk memenuhi rancangan menyifarkan kemiskinan di kalangan masyarakat terbabit. Soal pengagihan kekayaan di kalangan masyarakat Melayu juga tidak telus dan banyak tersasar dan ini sekali gus merencatkan cadangan kerajaan untuk meningkatkan kedudukan orang Melayu yang rata-rata ketinggalan dalam banyak aspek, katanya. "Begitulah nasib orang Melayu masa kini maka sebab itu saya agak lantang menyuarakan tentang perlunya peralihan kuasa yang memungkinkan berlaku anjakan baru terhadap orang Melayu yang diketepikan," terangnya mangakui peralihan kuasa perlu dipercepatkan demi menjaga kepentingan Umno dan Melayu itu sendiri

Isnin, 20 Oktober 2008

Kenapa Najib Lulus Projek RM11 Bilion Tergesa-Gesa


KUALA LUMPUR, 19 Okt (Hrkh) - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim membidas Menteri Kewangan yang baru kerana tidak sabar-sabar untuk menandatangani kelulusan projek bernilai RM11.31 bilion tanpa melalui proses tender terbuka. Dalam ucapan perbahasan Bajet 2009 baru-baru ini, Anwar kesal menteri berkenaan seolah-olah berebut-rebut untuk meluluskan projek apabila sebaik sahaja dilantik menjadi Menteri Kewangan. "Saya kesal dan dukacita. Bila Menteri Kewangan tahu beliau akan diangkat menjadi Menteri Kewangan, berebut betul-betul dan sebagai pengerusi jawatankuasa Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi atau High Speed Broadband yang bernilai RM11.31 bilion diluluskan oleh kerajaan dengan segera tanpa proses tender terbuka. "Yang hendak berebut sangat itu apa dia? Tidak bolehkah tunggu sehingga dua minggu? Ini kerana kalau dalam masa dua minggu dijamin sekurang-kurangnya boleh menyelamatkan negara ini sebanyak RM2.4 bilion. Tidak sabar hendak tunggu dua minggu kerana hendak sign juga," kata Anwar. Katanya, Menteri Kewangan menjadi 'super efficient' apabila meluluskan projek tetapi sangat 'inefficient' apabila hendak membuat projek dan penilaian baru. Menurut Anwar, dalam keadaan rakyat yang sedang menghadapi kesusahan kerana kenaikan harga barang kerana senang lenang meluluskan projek tetapi apabila hendak menyelamatkan RM2 bilion semata-mata kerana rakyat pun susah. Anwar turut mendesak kerajaan mendedahkan ejen yang dilantik kerajaan dalam projek jalur lebar dan pembelian saham Bank Internasional Indonesia daripada Sorak Financial Holdings, oleh Maybank sebanyak 56 peratus. "Saya ingin tanya, seperti mana kes pertama, high speed broadband dan kes kedua, Maybank, siapa memilikinya? Siapa ejennya? Yang menyebabkan Menteri Kewangan terdesak menyegerakan kelulusan dan di mana wang yang dikatakan hangus kepunyaan bumiputera itu?" tegas beliau. Dalam pada itu, ketidakhadiran para pimpinan kerajaan ketika Anwar membahaskan bajet baginya memperlihatkan sikap angkuh yang langsung tidak mahu menghormati pandangan pembangkang. "Saya masih ingat Tuan Yang di-Pertua sepanjang saya menjadi Menteri Kewangan selama lapan tahun, saya tidak pernah meninggalkan dewan ini tatkala Ketua Pembangkang menyampaikan ucapan," katanya yang dikuti tepukan barisan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat

Khairy Di'boo', Kubu Kuat Khir Toyo 'Robek'


KUALA LUMPUR, 17 Okt (Hrkh) - Harapan bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo yang menggunakan sentimen 'kempen untuk anak tempatan' mungkin tidak kesampaian berikutan beberapa bahagian yang menjadi 'kubu' kuat beliau menyokong calon lain bagi jawatan Ketua Pemuda Umno. Antara kubu kuat Khir ialah Pemuda Umno Bahagian Kuala Selangor yang mencalonkan anak bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad, Dato' Mukhriz Mahathir dalam satu pemilihan sengit pemuda bahagian tersebut baru-baru ini. Sementara calon Ketua Pemuda Umno Pusat, Khairy Jamaluddin dikatakan menghadapi tekanan kerana belum melepasi kuota pencalonan untuk membenarkan dirinya bertanding walaupun setelah 72 bahagian Pemuda Umno seluruh negara selesai mesyuarat. Tekanan semakin bertambah terhadap dirinya apabila nama beliau di'boo' beberapa kali dalam satu mesyuarat pemilihan pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa yang diadakan di PWTC baru-baru ini. Insiden ini berlaku apabila salah seorang perwakilan yang juga seorang wartawan, Dahalan Makmur cuba mencalonkan nama Ahli Parlimen Rembau ini sebagai calon Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pusat dari bahagian terbabit.

Jumaat, 17 Oktober 2008

Kisah Teladan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha
Penyayang
KISAH 1 : BURUNG PIPIT
Pada suatu hari, sebuah rumah di pinggir kampung
terbakar. Seekor burung pipit membawa air menggunakan
sayapnya. Seorang pemuda hairan melihat burung itu
berulang-alik membantu memadamkan kebakaran....
Pemuda : Wahai burung pipit. Mengapakah engkau
berulang-alik membawa air?
Burung : Aku ingin membantu memadamkan api yang sedang
marak.
Pemuda : Tapi, tidakkah kau tahu bahawa sayap kau
hanya mampu membawa dua titis air saja?
Burung : Aku tahu.
Pemuda : Tahukah kau bahawa titisan air yang kau bawa
itu tak akan dapat memadamkan kebakaran itu?
Burung : Aku tahu wahai pemuda.
Pemuda : Tetapi mengapa kau masih berterusan berbuat
begitu?
Burung : Sesungguhnya apabila Allah bertanya sama ada
aku nampak atau tidak kebakaran itu. Aku akan jawab
bahawa aku nampak kebakaran itu. Dan jika
Allah bertanya apakah usaha aku untuk membantu. Lalu
aku akan menjawab
bahawa aku telah membawa titisan air
menggunakan sayapku untuk membantu.
Pemuda : Wahai burung, sesungguhnya engkau adalah
makhluk yang berjiwa mulia.
Moral : Jika kita mahu menolong seseorang, bantulah
sekadar yang kita mampu dengan hati yang ikhlas dan
kerana Allah tanpa mengharapkan sebarang balasan,
sekurang-kurangnya kita ada menyumbang bakti.
KISAH 2 : POHON SEMALU
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan
bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.
Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar,
Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu
mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya
apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan
nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang
berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya
pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.
Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya
lagi.
Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada
pohon semalu ini dari 4 aspek :-
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh.
Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai
perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk
mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu
mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita
muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat
kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah
hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat
dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya
apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita
sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin
senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanya
sepohon tumbuhan yang kecil
Moga kita dapat mendapat ikhtibar dari kisah-kisah
ini.Insya'Allah...

Suhakam gesa tarik balik pengharaman Hindraf



Harakahdaily Fri Oct 17, 08 7:54:35 am MYT
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Hrkh) - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) meminta kerajaan menarik balik pengharaman terhadap Hindu Rights Actions Force (Hindraf).
Bernama melaporkan, tiga pesuruhjayanya, Tan Sri Simon Sipaun, Dato' Dr Michael Yeoh Oon Kheng dan Dato' Dr Denison Jayasooria dalam satu kenyataan bersama semalam berkata pengharaman itu akan menyisihkan pergerakan sosial berkenaan daripada masyarakat arus perdana.
"Suhakam juga berpendapat bahawa pengharaman terhadap Hindraf tidak akan menyelesaikan isu-isu yang diperjuangkan kumpulan dan individu pergerakan itu," menurutnya dalam satu kenyataan yang merujuk kepada tindakan Kementerian Dalam Negeri yang mengharamkan pergerakan Hindraf.
Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Syed Hamid Albar berkata pengharaman itu dibuat selepas kementerian berkenaan mempunyai segala fakta dan bukti bahawa Hindraf telah dan sedang digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara.
Suhakam juga berkata pengharaman Hindraf merupakan satu pencabulan terhadap hak asasi manusia.
"Sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri, Hindraf menghantar satu permohonan kepada mendaftar sebagai sebuah pertubuhan pada 16 Oktober 2007.
"Pihak kementerian seharusnya meluluskan pendaftaran penubuhannya, dan meletakkan tanggungjawab kegiatan persatuan itu terhadap pemimpinnya," menurut kenyataan itu.
Oleh itu, Suhakam meminta supaya pengharaman itu ditarik balik bagi membolehkan individu dan kumpulan anggota pertubuhan itu dijadikan sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap segala tindak tanduk pergerakan itu. - mks._

Isnin, 13 Oktober 2008

Kes Lanun Somalia - Najib Tidak Cekap ?


Sejurus selepas tengah malam 16 September, 2008, sekumpulan komando tentera laut Perancis digugurkan dengan payung terjun di tengah lautTenggara Somalia berhampiran dengan Carré d’As sebuah kapal layar yang telah ditawan lanun sejak 2 September (Gambar - KD Kasturi (No.1 dari kiri) dan KD Inderapura (No.3)Serangan hendap komando tentera tersebut di bawah pengendalian frigat le Courbet dari angkatan laut Perancis yang mengawasi dan membuat pemerhatian secara dekat Carré d’As selama 10 hari.Perancis menghantar tentera lautnya sejurus selepas kapal layar milik warganya ditahan lanun.Pada 19 Ogos, kapal MV Bunga Melati 2 milik Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) telah ditahan lanun di perairan yang sama.Sepuluh hari kemudian sebuah lagi kapal tangki milik MISC, MV Bunga Melati 5 pula dirampas lanun dari kumpulan yang sama.Aktiviti pelanunan di perairan Somalia telah menjadi satu industri, bermula sejak Somalia mengalami krisis perang saudara pada awal 1990.Lanun moden abad ke 21 itu mempunyai modus operandi yang tersusun dimana 8 hingga 10 orang menaiki bot super laju lengkap dengan senjata canggih melakukan serbuan ke atas kapal-kapal.Kapal yang ditawan akan dibawa ke pelabuhan Eyl, Puntland, satu kawasan di utara Somalia yang telah mengisytiharkan merdeka dari Somalia pada tahun 1998.Kapal yang dirampas akan dikawal oleh 50 orang bersenjata diatas kapal, manakala 50 orang lagi didaratan, sementara menunggu bayaran wang tebusan.Di daratan Eyl, terdapat sebuah kafe yang menyediakan makanan untuk para tebusan. Pada satu ketika kafe tersebut menyediakan makanan kepada 200 orang tebusan.Pada tahun lalu, lanun telah mendapat hasil sebanyak USD20 juta (RM70 juta) dari pembayaran wang tebusan yang mereka perolehi.Tentera Perancis telah bertindak melakukan serbuan sebelum kapal di bawa ke pelabuhan Eyl, kerana lebih mudah mengalahkan lanun yang merampas kapal dalam kumpulan kecil.Operasi 10 minit komando terlatih Perancis telah berjaya menyelamatkan warga Peranchis yang dijadikan tebusan, membunuh seorang lanun dan menahan enam yang lain, dan menjimatkan 1 juta Euro (RM 4.8 juta) wang tebusan yang diminta oleh lanun berkenaan.Setelah dua buah kapal milik MISC dirampas lanun, pada 2 September Menteri Pertahanan Dato’ Seri Najib Tun Razak memberitahu, kerajaan telah menghantar kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan pasukan komando ke Teluk Aden berhampiran perairan Somalia dan Yemen bagi melindungi empat buah kapal MISC di kawasan tersebut.Kemudian pada 4 September sebuah lagi kapal perang jenis patrol pantai TLDM, KD Pahang dihantar untuk mengiringi frigat KD Lekiu dan KD Inderapura.Apabila 3 buah kapal perang beserta komando TLDM dihantar dan ianya di dedahkan oleh Menteri Pertahanan yang juga Timbalan Perdana Menteri, maka terbayang diseluruh rakyat tentang kecekapan PASKAL sebagaimana propaganda yang sering ditunjukkan ketika menyertai sebarang latihan.Pasti PASKAL yang cekap akan bertindak sebagaimana komando tentera laut Perancis, masuk menyerbu secara senyap dan membebaskan tebusan sekaligus menyelamatkan wang tebusan sebanyak USD4 juta (RM13.6 juta) sebagaimana yang diminta oleh lanun.Sekiranya ada yang terkorban dikalangan kelasi atau PASKAL semasa serbuan dibuat, maka mereka akan dianggap ‘gugur syahid’ kerana menentang musuh Negara dan mempertahankan maruah dan harga diri !Jasad mereka akan disambut dengan penuh istiadat oleh ribuan rakyat sebagaimana menyambut wira-wira negara yang lain.Namun bukan dalam semua soal boleh diguna pakai ‘Malaysia Boleh’!!Najib menafikan akan ada tindakan ketenteraan untuk membebaskan dua kapal MISC Bunga Melati 2 dan Bunga Melati 5 yang di rampas lanun dan menjadikan seluruh rakyat tertawa dan gelihati.Apa tidaknya, Najib kata tugas komando PASKAL yang paling cekap dilaut itu, dengan 2 buah kapal perang frigat dan sebuah kapal patrol, dihantar beribu batu jauhnya dan memakan belanja yang begitu banyak, semata-mata hanyalah untuk memerhati dan menerima tebusan bila mereka di bebaskan dan mengiringi kapal-kapal tersebut balik bila episod rampasan itu berakhir.Dan akhirnya TLDM dan komando PASKAL hanya menjadi tentera yang menyerahkan wang tebusan kepada lanun, bukan yang membuat serbuan membebaskan tebusan !MV Bunga Melati 2 Kapal tangki kedua MISC dibebaskan selepas MV Bunga Melati 5 dibebaskan dua hari lebih awal.Walaupun Pengerusi MISC Hassan Merican mengatakan jumlah wang tebusan dirahsiakan untuk keselamatan, namun Pengarah Perhubungan Awam Kementerian Pertahanan, Kol Fadzlette Othman Merican memberitahu sebanyak USD4 juta (RM13.6 juta) telah diberikan kepada lanun Somalia.

Malaysia Boleh !

SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan

(1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain. Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah

(2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan

(3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan

(4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana

(5) perempuan digantung buah dadanya dari arah p! unggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya.

Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya. Ada pula (6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking .

Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas. Selain itu, Baginda melihat

(7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala .

Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain. Baginda juga melihat

(8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya. Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah

(9) perempuan yang kepalanya seperti kepala BABI dan badannya pula seperti keldai .

Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta. Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang

(10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya.

Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain. Wallahu'alam... .

Rabu, 8 Oktober 2008


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud.
"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal... "

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan... . ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al- Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di
dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam
.

Krisis: Umno Kubang Kerian, Rantau Panjang berarak ke Perhubungan Negeri


KOTA BHARU, 7 Okt (Hrkh) - Kegawatan rumah tangga Umno bukan sahaja berlaku di peringkat tertinggi, sebaliknya kekalutan di peringkat bawah tidak mampu dibendung lagi kerana masing-masing mahu berebut menjadi ketua.
Lebih mengaibkan lagi apabila ada mesyuarat cawangan diadakan secara sulit dengan mendapatkan tandatangan ahli dari rumah ke rumah seperti dilaporkan media berlaku di Kubang Kerian, baru-baru ini.
Bagaimanapun situasi tambah tegang apabila ada beberapa kumpulan mengadakan perhimpungan di perkarangan Pejabat Perhubungan Umno Kelantan di sini hari ini sebagai menyatakan bantahan mereka.
Kumpulan tersebut daripada Umno Bahagian Rantau Panjang dan Kubang Kerian. Mereka berkumpul di pejabat tersebut dan berharap pihak atasan menyelesaikan segera masalah yang berlaku.
Kumpulan wanita Umno dari Rantau Panjang memberitahu mereka datang beramai-ramai bagi mendapatkan pengesahan mesyuarat cawangan di bahagian terbabit baru-baru ini.
Mereka meluahkan rasa tidak puas hati ekoran tindakan Ketua Wanita Bahagian Rantau Panjang yang dikatakan mahu memastikan cawangan-cawangan terus mencalonkannya sebagai ketua wanita bahagian.
Rohana Idris, 38 dari cawangan Chicha Tinggi berkata, cawangan itu telah mengadakan mesyuarat seperti diarah, namun sehingga kini tiada sebarang pengesahan dibuat terhadap mesyuarat tersebut.
"Saya berharap pihak perhubungan negeri dapat mengesahkan mesyuarat cawangan saya kerana kalau tidak disahkan, ia akan menjejaskan muka baru bagi merebut jawatan ketua wanita iaitu Rohani Mamat," ujar beliau.
Norida Abd Wahab, 26 dari Cawangan Bukit Tuku berkata, cawangan tersebut sebulat suara mencalonkan Rohani Mamat merebut jawatan ketua wanita, namun bahagian mengarahkan mesyuarat tersebut dibatalkan kerana tidak mencalonkan ketua wanita yang ada sekarang.
"Saya juga merupakan jawatankuasa pemantau pemilihan merasa bersalah sekiranya menafikan hak cawangan-cawangan untuk mencalonkan Rohani," katanya.
Rohani ketika ditemui memberitahu beliau berhasrat bertanding jawatan ketua wanita Rantau Panjang kerana tidak senang dengan ketua wanita sekarang yang didakwa membantu calon Bebas pada pilihan raya umum lalu.
Manakala beberapa bekas ketua cawangan Umno dari Kubang Kerian datang beramai-ramai ke Pejabat Perhubungan Umno Kelantan bagi menyatakan sokongan kepada Dato' Mohammad Ghani yang akan bertanding jawatan ketua bahagian.
Bagaimanapun mereka kelihatan kecewa apabila Mohamad tidak hadir pada perhimpunan tersebut.
Bekas Ketua Cawangan Parit Barat, Mohd Noor Mustafa berkata, beliau membantah tindakan ketua bahagian yang telah mengesahkan mesyuarat cawangan sedangkan beliau sebagai ketua tidak tahu menahu mesyuarat tersebut diadakan.
"Kami telah menghantar surat bantahan kepada Badan Perhubungan Umno Negeri, pengerusi jawatankuasa disiplin dan Setiausaha Umno, namun sehingga kini tiada sebarang jawapan." tambahnya.
Difahamkam Jawatankuasa Pemantau Umno Kelantan menerima lebih 500 bantahan mengenai perjalanan mesyuarat Umno cawangan di seluruh Kelantan yang berakhir 24 Ogos lalu.
Setiausahanya, Mirza Askary Abdul Wahab berkata, bantahan itu meliputi mesyuarat diadakan tanpa notis, tidak cukup korum, pindaan persidangan tanpa pengetahuan dan anggota tidak menandatangani senarai kehadiran. - mj

Isnin, 6 Oktober 2008

Moga Allah memberikan balasan terhadap penguasa zalim ISA


Isnin 6 Oktober 2008 5 Shawwal 1429 Hijrah..HarakahDaily.Net

Meniti hari-hari terakhir Ramadhan, memang terasa sayunya kerana bulan penuh barakah itu akan meninggalkan kita.Segala amalan seperti solat, tadarrus Quran, iktikaf, mukhayyam, bersedekah dan memberi sumbangan pada orang lain yang kurang bernasib baik, tentunya segala amalan itu hanya mengharapkan balasan yang terbaik dari Allah SWT.
Dan di akhir madrasah Ramadan, kita semua akan menyambut Syawal, lambang kemenangan yang Allah janjikan setelah berjaya mengawal diri dan menyelesaikan ibadah dengan sebaiknya.
Bagi tahanan ISA di Kem Kamunting,kegembiraaan mereka hanyalah kerana dapat melakukan amalan mulia seperti solat, membaca Quran dan berdoa di sel atau dorm masing-masing. Itu saja.!!
Tujuh tahun tidak solat di Masjid
Bagi tahanan ISA yang di tuduh dan di label sebagai ahli Jemaah Islamiyyah, ada antara mereka yang telah dikurung sejak awal tahun 2002.
Bagi tahanan ISA tersebut,tujuh tahun mereka dinafikan hak untuk mendapat perbicaraan di mahkamah diikuti penafian pelbagai hak asasi yang lain.
Media tidak pernah menyatakan bahawa tahanan ISA ini hampir tujuh tahun tidak dibenarkan pergi ke Masjid untuk menunaikan Solat Jumaat.
Di bulan Ramadan, mereka juga tidak dibenarkan solat berjamaah sebagaimana rakyat Malaysia yang merdeka.
Manakala solat Sunat Aidil Fitri di lakukan bersama-sama tahanan Muslim di sebuah gelanggang badminton dengan pengawasan ketat pasukan keselamatan Kem.
Negara Islam sekat amalan Islam
Inilah cara Menteri Dalam Negeri untuk 'menghakimi dan mengadili' tuduhan yang di lemparkan keatas semua tahanan yang di dakwa ahli 'JI' itu
Sebab itulah ISA digunakan keatas mereka, tujuannya untuk memudahkan Menteri berkenaan memperlakukana apa saja ke atas manusia yang dijadikan mangsanya termasuk menghalang mereka melakukan ibadah khusus kepada Allah SWT.
Inilah kezaliman tertinggi mereka kerana menghalang mereka yang ingin bersembahyang di rumah Allah.
Dan ISA ini adalah satu akta yang sangat disayangi oleh pemimpin Umno.
Sebab itulah kepada semua rakyat Malaysia berugama Islam, janganlah terpedaya dengan dakwaan pemimpin Umno yang kononnya ingin membela orang Melayu dan agama Islam.
Semua itu hanyalah palsu dan retorik saja. Tahanan ISA di Kem Kamunting telah membuktikan bahawa pemimpin Umno, adalah mereka yang sangat benci kepada kepada Islam dan segala isinya.
Tujuh tahun ditahan bukti kezaliman kerajaan BN
Ada satu permintaan supaya Hamid Albar meletak jawatan dari menjadi Menteri Dalam Negeri, namun saya yakin, ianya tidak akan membawa apa-apa makna.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri adalah Abdullah Ahmad Badawi. Beliau zalim pada semua tahanan ISA namun setelah jawatan itu diserahkan pada orang lain, penggantinya, iaitu Hamid Albar, juga sama kejam dan zalim macam Abdullah.
Tahanan ISA 'JI' yang ditahan sejak 2002 itu masih juga belum dibebaskan dan mereka adalah bukti terhadap kekejaman dan kezaliman dua pemimpin Umno ini.
Doa orang yang dizalimi
Kami yang menjadi keluarga mangsa ISA ini, sentiasa berdoa supaya Allah akan mengangkat kekejaman dan penganiayaan yang sedang di lakukan oleh mereka keatas kami.
"Ya Allah, Tuhan yang Maha Kuasa , Maha Adil dan Maha Mengetahui, kami memohon supaya semua tahanan ISA segera di bebaskan dan kau balaslah mereka ?Penguasa ISA yang menganiayai kami itu, dengan pembalasan yang setimpal dengan perbuatan mereka, yang tidak pernah terfikir oleh kami semua. Kaulah sebaik-baik pembalas." - mr_

Selasa, 30 September 2008

Sempena Aidilfitri ..selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir batin


Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna. Firman Allah S.W.T: "Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu." - Surah al-Maaidah: 3. Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan manusia secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkaraseperti adab masuk ke tandas dan beristinjak. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini. Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin(orang yang bertakwa). Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambutketibaan hari lebaran Aidilfitri ini. Bertakbir. Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah S.W.T: "Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur." [UTF-8?]“ Surah al-Baqarah:185. Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untu menunaikan solat Aidilfitri. Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h: "Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini." “Rujuk Kitab Meneladani Rasulullah S.a.w Dalam Berhari Raya, karya Syeikh Ali Hassan bin Ali al-Halabi al-Atsari, ms. 32 Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke tempat solat. Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri. Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan [UTF-8?]˜Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan [UTF-8?]Batin™. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya: Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain [UTF-8?]taqabbalullah minna [UTF-8?]waminka™ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan [UTF-8?]amalanmu). [UTF-8?]“ Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan. Meneruskan qiamullail. Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnyasesudah bulan Ramadan. Mandi pada pagi hari raya. Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab: "Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri." - Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad [UTF-8?]al-Syafi™i, jil. 1, ms. 118-119. Makan sebelum solat Aidilfitri. Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab r.h: "Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini." - Rujuk Fath al-Bari, jil. 5, ms. 272. Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh dipersoalkan) . Anas bin Malik r.a berkata: Å“Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji [UTF-8?]kurma. [UTF-8?]Murajja™ bin [UTF-8?]Raja™ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang [UTF-8?]ganjil. - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953. Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum air. Memakai pakaian yang indah. Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafier.h berkata: "Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan) . Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian." [UTF-8?]“ Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam [UTF-8?]al-Syafi™I, jil. 1, ms. 327. Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie r.h menambah: "Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakaiperhiasan emas atau apa sahaja perhiasan." [UTF-8?]“ Rujuk Ringkasan Kitab al-Umm, Imam Syafie, jil. 1, ms. 327. Semoga di pagi hari raya kita akan memilih pakaian yang terbaik serta paling mahal mengikut kemampuan masing-masing menuju ke tempat solat hari raya. Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaumwanita. Sabda Rasulullah s.a.w: "Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina." - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya. no: 5036. Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya berbau busuk. Islam adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian yang keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan tidak sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang kuat dan boleh menaikkan nafsu berahi hanyalah khusus untuk suaminya. Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya. Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib r.a: "Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat." - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487. Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana tempat solat terlalu jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan. . Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Jabir bin [UTF-8?]˜Abdullah r.a berkata: "Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 986. Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h berkata: "Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untukmemberikan barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu. Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikandarjat. Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahan nya." - Rujuk Zaadul Ma'ad, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, ms. 49. Tempat perlaksanaan solat hari raya. Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi s.a.w. Apakah musholla itu berbeza dengan masjid? Abu Said al-Khudri r.a berkata: Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musholla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat)." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956. Tentang hikmah mengerjakan solat hari raya di musolla, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan telah berkata: "Sesungguhnya mengerjakan kedua-dua solat hari raya di tanah lapang mengandungi hikmah yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum muslimin setidak-tidaknya mereka boleh berkumpul bersama (bersua muka) dua kali dalam setahun. Semua orang dariseluruh pelusuk negeri akan berkumpul di sebuah tempat sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Mereka semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan satu kalimat (tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka. Dengan itu, hari raya benar-benar bermakna bagi mereka." [UTF-8?]“ Rujuk Koreksi Total Ritual Shalat, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan, ms. 394. Mengerjakan Solat Aidilfitri Di antara syiar yang paling utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlaksanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata: "Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989. Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu [UTF-8?]Sa™id al-Khudri r.a berkata: "Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah)." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956. Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau mendengar khutbah hari raya. Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat hari raya, sesiapa yang tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka dia dibenarkan meninggalkan majlis itu. Abdullah bin [UTF-8?]al-Sa™ib r.a berkata: "Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi s.a.w. Setelah selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah. Oleh itu, sesiapa ingin duduk mendengar khutbah, dia boleh duduk. Sesiapa yang ingin pergi, dia boleh beredar." - Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 975. Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari rayaAidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam dan pelbagai lagi. Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti umum hari raya Aidilfitri dipergunakan untuk membawa ahli keluargabersiar- siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan. Semua bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam sempena menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak. Syeikh Sayyid Sabiq r.h berkata: "Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati." [UTF-8?]“ Rujuk Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, ms. 290. Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik r.a berkata: "Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan [UTF-8?]Aidilfitri. - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959. Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164. Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie r.h. Namun, seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahanmahupun di akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut atau berpisah-pisah. Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qada dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan [UTF-8?]bid™ah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi s.a.w yang thabit. Oleh itu, afdhal menyempurnakan puasa bulan Ramadan yang ditinggalkan terlebih dahulu diikuti puasa sunat di bulan Syawal. Perbuatan ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaannya, iaitu seolah-olah berpuasa setahun.

Isnin, 29 September 2008

AQIQAH DAN HUKUM YANG BERKAITAN DENGANNYA (bahagian 2)


Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah Kemampuan Dalam Melakukan Aqiqah Ibu bapa yang berkemampuan, adalah dituntut (sunat) melakukan aqiqah untuk anak mereka itu sehingga anak itu baligh. Jika anak tersebut sudah mencapai umur baligh tetapi ibu bapanya tidak melakukan aqiqah untuknya, maka sunat ke atas anak itu melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri dan gugurlah tuntutan sunat ke atas ibu bapa itu melakukan aqiqah anaknya yang sudah baligh itu. Adapun yang dimaksudkan dengan kemampuan yang merupakan syarat untuk melakukan aqiqah itu ialah orang yang hendak melakukan aqiqah itu mempunyai wang belanja yang lebih untuk dirinya dan orang-orang yang di bawah tanggungannya sebelum berlalu jangka masa terpanjang bagi perempuan bernifas iaitu enam puluh hari. Jika kemampuannya itu hanya wujud selepas berlalu masa tersebut (sebelum itu dia tidak mampu, kemudian selepas enam puluh hari baharulah dia mampu), maka tidak disunatkan ke atasnya melakukan aqiqah. As-Syeikh Muhammad al-Khathib as-Syarbini di dalam kitabnya Mughni al-Muhtaj mengatakan bahawa jika wali anak tersebut tidak mampu untuk melakukan aqiqah sebaik saja anak itu dilahirkan, kemudian dia mampu sebelum umur anak itu genap tujuh hari, maka sunat ke atas wali itu melakukan aqiqah untuk anaknya itu. Jika kemampuannya itu hanya wujud selepas hari ketujuh daripada hari kelahiran anaknya dan dalam masa isterinya sudah melalui semaksima hari nifas (enam puluh hari), maka kebanyakkan ulama muta’akhirin berpendapat tidak disunatkan ke atasnya aqiqah. Adapun jika kemampuannya itu wujud selepas hari ketujuh daripada hari kelahiran anaknya dan isterinya masih dalam nifas, maka dalam hal ini para ulama berbeza pendapat. Menurut pendapat Yusuf al-Ardabili di dalam kitabnya al-Anwar li A‘mali al-Abrar, beliau mentarjihkan (lebih cenderung kepada) pendapat yang mengatakan sunat ke atasnya aqiqah. Dalam erti kata lain, jika wali itu tidak mampu sehingga habis masa nifas isterinya, maka gugurlah daripadanya hukum sunat melakukan aqiqah. (Mughni al-Muhtaj: 4/369-370) Aqiqah Anak Zina Menurut Ibnu Hajar adalah sunat ibu tersebut melakukan aqiqah bagi anak zina itu, akan tetapi aqiqah itu hendaklah dilakukan secara sembunyi-sembunyi (tidak dizahirkan) agar tidak menimbulkan keaiban. (Hawasyi Tuhfah al-Muhtaj: 9/371) Waktu Aqiqah Aqiqah itu sunat dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan sehinggalah anak itu baligh. Ini adalah pendapat yang paling rajih. Apabila anak itu sudah baligh, gugurlah hukum sunat itu daripada walinya dan ketika itu hukum sunat berpindah ke atas anak itu sendiri dalam melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri. Walaupun waktu yang disunatkan untuk beraqiqah itu panjang, tetapi yang afdhal hendaklah dilakukan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya maksudnya : "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengaqiqahkan Hasan dan Husain pada hari ketujuh, memberikan kedua-duanya nama dan Baginda menyuruh supaya menghilangkan daripada keduanya kesakitan kepala (mencukur rambut kepala)." (Hadis riwayat al-Hakim) Termasuk dalam kiraan tujuh hari itu, hari anak itu dilahirkan. Jika anak itu dilahirkan pada waktu siang sebelum terbenam matahari, maka hari itu dikira satu hari. Sebaliknya jika dia dilahirkan pada waktu malam, maka malam dia dilahirkan itu tidak dikira sebagai satu hari, bahkan kiraan tujuh hari itu bermula daripada hari selepasnya (siang berikutnya). Waktu yang afdhal untuk menyembelih binatang aqiqah itu ialah setelah terbit matahari. Jika tidak sempat melakukan aqiqah pada hari ketujuh, maka digalakkan juga melakukan aqiqah itu pada hari keempat belas daripada hari kelahiran. Jika tidak sempat melakukannya juga, maka lakukanlah pada hari kedua puluh satu. Begitulah dengan seterusnya boleh dilakukan setiap kali berlalunya tujuh hari yang berikut, seperti pada hari kedua puluh lapan, tiga puluh lima dan seterusnya. (Al-Majmu‘: 8/323-324) Di dalam kitab Kifayah al-Akhyar ada menyebutkan bahawa masa untuk menyembelih aqiqah (bagi yang mampu) itu hendaklah jangan melebihi tempoh sehingga kering darah nifas ibu yang bersalin. Jika tidak dilakukan aqiqah setelah kering darah nifas, maka bolehlah dilakukan selepas itu, tetapi janganlah terlewat sehingga anak itu berhenti menyusu (dalam tempoh dua tahun daripada hari kelahiran). Jika tidak dilakukannya juga, maka bolehlah dilakukan selepas itu, tetapi janganlah terlewat sehingga anak itu berumur tujuh tahun. Jika tidak dilakukannya juga sehingga anak itu berumur tujuh tahun, bolehlah dilakukan selepas itu, tetapi sebelum anak itu mencapai umur baligh. Jika anak itu mencapai umur baligh, maka pada masa itu diberi pilihan kepada anak tersebut untuk melakukan aqiqah bagi dirinya sendiri. (Kifayah al-Akhyar: 534) Melakukan Aqiqah Sebelum Kelahiran Sebagaimana penjelasan di atas, jika penyembelihan aqiqah itu dilakukan selepas hari ketujuh ataupun sebelum hari ketujuh selepas kelahiran adalah memadai aqiqah tersebut. Ini kerana adanya sebab yang mensyariatkan ibadat aqiqah tersebut iaitu kelahiran anak. Akan tetapi jika aqiqah itu dilakukan sebelum kelahiran anak, maka tidak memadai aqiqahnya itu melainkan ianya hanya dikira sebagai binatang sembelihan biasa sahaja. (Al-Majmu‘: 8/323) Adapun menurut Ibnu Hajar, tidak disunatkan aqiqah itu bagi anak keguguran melainkan jika ditiupkan padanya roh. Jika anak keguguran itu tidak ditiupkan padanya roh, maka tidaklah dibangkitkan dan tidak memberi manfaat anak itu di akhirat kelak. (Bughyah al-Mustarsyidin: 258) Manakala anak damit yang mati sebelum atau selepas hari ketujuh daripada kelahirannya dan dia berkemampuan untuk menyembelih binatang, maka sunat diaqiqahkan anak tersebut. (I‘anah ath-Thalibin: 2/526 dan al-Majmu‘: 8/323)

Pertempuran Abdullah - Najib Mac ini?


KUALA LUMPUR, 29 Sept (Hrkh) - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka akan mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno dalam pemilihan parti itu Mac 2009 akan datang. Bagi membolehkan beliau mendapat pencalonan yang mencukupi, ketua-ketua bahagian yang tidak memihak kepadanya dilaporkan akan dimenangi hati mereka dengan pemberian �pangkat dan darjat�, kata bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Ruhanie Ahmad..Mengambilkira kemungkinan itu, beliau membangkitkan, jika Abdullah memperolehi pencalonan secukupnya untuk mempertahankan kerusi Presiden Umno, bagaimanakah pendirian timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak?"Jika Najib juga menerima pencalonan secukupnya bagi kerusi Presiden Umno, adakah beliau sedia untuk menandingi Abdullah? Apakah reaksi para penyokong Najib yang kini bertungkus lumus berusaha mendapatkan pencalonan jawatan tertinggi ini sekarang?" tanya beliau.Ruhanie menjangka, keputusan ini sama ada Abdullah akan bertanding atau tidak akan diumumkannya sebelum atau pada 9 Oktober ini."Abdullah mengambil keputusan ini setelah para pegawai dan orang-orangnya mengaudit jumlah pencalonan yang boleh beliau perolehi daripada bahagian-bahagian Umno di seluruh negara," katanya.Daripada tinjauan rambang, kata beliau, menerusi �pujuk rayu yang kreatif dan pelbagai cara�, beberapa pemerhati politik berpendapat, Abdullah boleh memperolehi jumlah kuota yang diperlukan untuk membolehkan beliau mempertahankan jawatannya.Perdana Menteri memerlukan sekurang-kurangnya 58 pencalonan untuk mempertahankan jawatannya.Contohnya, Abdullah dijangka memperolehi sekurang-kurangnya 4 pencalonan daripada Johor, 2 daripada Melaka, 6 daripada Negeri Sembilan, 4 daripada Selangor, 4 daripada Perak, 12 daripada Pulau Pinang, 3 daripada Kedah, 5 daripada Kelantan, 2 daripada Terengganu, 3 daripada Pahang, 5 daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan serta 10 daripada Sabah, kata bekas Setiausaha Politik Tun Musa Hitam itu."Ramai pemerhati politik berpendapat, jika para pegawai dan orang-orang Abdullah berusaha secara �pujuk rayu yang kreatif dan pelbagai cara� jumlah 60 pencalonan di atas mungkin boleh dimaksimakan mungkin hingga sekurang-kurangnya 65 pencalonan."Untuk memaksimumkan jumlah pencalonan ini, para pegawai dan orang-orang Abdullah dijangka mensasarkan tumpuan mereka kepada para perwakilan cawangan ke bahagian-bahagian," kata Ruhanie.Lantaran itu, katanya lagi, Abdullah sedang didesak oleh "inner circle"nya untuk berikhtiar merobah keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno pada 26 September lalu supaya persidangan perwakilan bahagian-bahagian Umno mulai 9 Oktober ini juga ditangguhkan ke Januari atau Februari 2009.Beliau menjangkakan asas kukuh yang akan digunakan untuk menangguhkan persidangan perwakilan bahagian ini ialah untuk mengelakkan tempoh berkempen yang terlalu panjang bagi seluruh calon yang bertanding dalam pemilihan parti di peringkat pusat � MT, Pergerakan Wanita Umno, Pergerakan Pemuda Umno dan Puteri Umno.Beliau mendedahkan tujuan sebenar cadangan penangguhan persidangan perwakilan bahagian itu adalah untuk memudahkan orang-orang Abdullah memenangi hati dan sokongan perwakilan cawangan-cawangan yang akan memilih calon-calon pucuk pimpinan tertinggi Umno dalam perwakilan bahagian masing-masing.Bagaimanapun, rancangan itu kelihatan sukar untuk dilaksanakan apabila Ruhanie membangkitkan adakah MT akan bersetuju dengan usaha merobah keputusannya?"Mungkinkah Abdullah akan diberika muka untuk berbuat demikian? Atau, mungkinkah MT akan bertegas mempertahankan seluruh keputusannya baru-baru ini tanpa sebarang perubahan?" tanya beliau._

Aqiqah Dan Hukum Yang Berkaitan Dengannya (bahagian 1)


Setiap anak damit dilahirkan dalam keadaan suci bersih, jauh daripada sebarang pencemaran akidah. Ibu bapa adalah orang pertama yang menunjukkan hala tuju anak tersebut, ke jalan yang mulia atau sebaliknya. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya : "Setiap kelahiran (daripada bani Adam) dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka ibu bapanyalah (yang menjadikannya) Yahudi, Nashrani atau Majusi." (Hadis riwayat al-Bukhari) Oleh yang demikian, ibu bapa bertanggungjawab mendidik anak mereka untuk mengenalkan Allah, mengajar serta membimbing mereka tentang suruhan dan laranganNya. Hal ini hendaklah diserapkan ke dalam jiwa dan minda mereka sejak dari kecil lagi, bahkan Islam telah menganjurkan kita supaya menyerukan azan dan iqamah di telinga anak damit itu sejak dari lahir lagi. Azan dan iqamah dilakukan supaya kalimah tauhid dan kalimah yang mengakui keagungan Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan keesaanNya adalah perkataan yang mula-mula didengar oleh anak itu dan akan meresap ke hatinya yang suci bersih serta meninggalkan kesan yang amat bererti buat dirinya. Selain dari itu, menyerukan azan dan iqamah juga adalah sebagai usaha untuk memohon perlindungan daripada gangguan syaitan, di mana dengan seruan azan dan iqamah ini syaitan akan lari dari anak tersebut. (Bujairimi ‘ala al-Khatib: 4/436-437) Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksdunya : "Sesiapa yang dikurniakan anak yang baru lahir, maka hendaklah diazankan di telinga kanan dan diiqamah di telinga kiri, nescaya tidak akan menyakitinya Umm ash-Shibyan (pengikut jin atau penunggu atau suatu penyakit yang terkena pada kanak-kanak pada masa kecilnya)." (Hadis dikeluarkan oleh Ibnu as-Sunni) Demikian juga Islam menganjurkan supaya melakukan aqiqah bagi anak damit tersebut. Ini bertujuan untuk mezahirkan perasaan syukur ibu bapa kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala di atas anugerah cahaya mata atau zuriat keturunannya. Di samping itu daging aqiqah yang dimasak dengan sedikit rasa manis itu diharapkan agar perangai dan budi pekerti anak tersebut akan menjadi elok dan baik. (Al-Majmu‘: 8/322) Pengertian Aqiqah Menurut Syara‘ Aqiqah dalam pengertian syara‘ ialah binatang ternakan yang berkaki empat (binatang an‘am) yang disembelih ketika hendak mencukur rambut kepala anak yang baru dilahirkan, sama ada disembelih pada hari ketujuh atau selepasnya. Hukum Aqiqah Hukum melakukan aqiqah itu adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat digalakkan oleh Islam. Sebagaimana perbuatan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam ketika Baginda mengaqiqahkan cucundanya Hasan dan Husain alaihimassalam. Ianya bukanlah perkara yang wajib dilakukan kerana hal ini pernah ditanyakan kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, lalu Baginda bersabda yang maksudnya : "Allah tidak menyukai kedurhakaan, seolah-olah Baginda tidak suka menyebut nama itu (aqiqah). Baginda bersabda: "Barang siapa yang dikurniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan untuk anaknya maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing." (Hadis riwayat Abu Daud) Maksud hadis daripada perkataan (suka atau ingin menyembelihkan untuk anaknya) itu menunjukkan tidak wajib melakukan aqiqah, melainkan jika aqiqah itu dinazarkan baharulah ianya dipanggil aqiqah wajib. Dalam hadis yang lain, sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya : "Anak-anak tergadai (terikat) dengan aqiqahnya, disembelih (aqiqah) untuknya pada hari ketujuh (kelahirannya) dan diberi namanya serta dicukur rambutnya." (Hadis riwayat at-Tirmidzi) Terdapat dua pendapat dalam menghuraikan maksud hadis "anak tergadai dengan aqiqahnya" di sini. Pendapat pertama mengatakan bahawa jika tidak diaqiqahkan, anak itu akan terbantut atau terhalang pertumbuhannya, tidak seperti anak-anak lain yang diaqiqahkan. Pendapat kedua mengatakan bahawa maksudnya ialah anak itu tidak akan memberi syafaat kepada kedua ibu bapanya pada hari kiamat kelak jika dia tidak diaqiqahkan. Pendapat kedua ini adalah pendapat Imam Ahmad bin Hanbal, dan pendapat ini adalah pendapat yang terbaik. (Mughni al-Muhtaj: 4/369) Orang Yang Dituntut Melakukan Aqiqah Orang yang disunatkan melakukan aqiqah untuk anak yang baru dilahirkan itu ialah orang yang wajib memberi nafkah kepada anak tersebut, iaitu bapa atau ibunya sekalipun mereka itu orang fakir atau papa. Aqiqah tidak boleh dilakukan oleh orang yang tidak wajib ke atasnya memberi nafkah kepada anak tersebut melainkan dengan izin daripada orang yang wajib memberi nafkah (bapa atau ibu). Sebagaimana Nabi pernah mengaqiqah cucunda Baginda Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husain sama ada dengan sebab izin daripada Sayyidina ‘Ali menantu Baginda ataupun ketika itu Sayyidina ‘Ali dan isterinya tidak berkemampuan lalu tertanggunglah nafkah tersebut ke atas Baginda Rasulullah. Belanja untuk aqiqah itu hendaklah diambil daripada harta bapa atau ibu itu sendiri dan tidak boleh diambil daripada harta anak yang hendak diaqiqahkan itu. Ini kerana perbuatan aqiqah itu adalah merupakan tabarru‘ (sedekah). Jika diambil perbelanjaan itu daripada harta anak tersebut, maka aqiqah yang dibuat itu tidak sah dan ibu atau bapa tersebut wajib menggantinya. (Al-Majmu‘: 8/324 dan Mughni al-Muhtaj: 4/369