Isnin, 3 Ogos 2009

berapa kerap malaikat maut mengunjungi kita

BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali.. Andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.
Justeru itu, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu bersenang-lenang dan bergelak-ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikirkan dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
" Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa."
Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.
Meski pun mata manusia hanya mampu melihat benda yang nyata, tidak mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu.
Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggapkematian itu adalah suatu tabi'e biasa sebagai pendapat golongan athies, dan tidak kurang pula yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang zahir sahaja. Dia mengambil logik, bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam seperti banjir, gempa bumi, kebakaran dan juga kemalangan samada diudara, laut dan daratan termasuk kemalangan jalan raya.
Selain itu, mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS, demam denggi, taun dan sebagainya. Disebabkan manusia melihat kematian hanya dari sudut sebab musabab yang lumrah, maka manusia sering mengaitkan kematian itu dengan kejadian-kejadian yang tersebut di atas. Jika berlaku kematian dikalangan mereka, lantas mereka bertanya, " sebab apa si fulan itu mati, sakitkah atau kemalangankah?".
Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal-pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.
Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.
Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak akan tertangguh walau sesaat.
Walau bagaimana pun, ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab bagi satu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya. Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang yang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingati mati, untuk itu dia akan menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi orang muflis di akhirat kelak.
Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang-orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa berwaspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna.
Di kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi pandangan meraka, jika Allah SWT mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah SWT tidak memberi amaran terlebih dahulu kepadanya. Keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika ada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan terjerumus ke lembah bahaya itu.
Selain itu, Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut, sebagaimana diriwayatkan oleh Saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang. Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah SWT iaitu para Rasul, nabi-nabi, wali-wali dan orang-orang solihin.
Selain itu juga, malaikat maut mengadu kepada tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam a.s, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak-saudara dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.
Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai-bagai sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam a.s sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka. Apabila berlakunya kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana mengidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu.
Ketika itu, Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya diutus oleh Allah SWT pada saat malapetaka atau sakit tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba.
Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya.
Walau bagaimana pun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan kematian seseorang itu samada bersebab ataupun tidak, sebagai mana yang dinyatakan pada awal tulisan ini bahawa ada ketikanya malaikat maut hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak-ketawa, hingga malaikat maut berasa hairan terhadap manusia itu. Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal samada seseorang yang sedang sakit atau pun ketika sihat dan segar-bugar.
Firman Allah Taala yang bermaksud :
" Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat ( pula ) mempercepatkannya. "
( Surah Al-A'raf ayat 34 )

Jumaat, 31 Julai 2009

Dialog Rasulullah S.A.W Dengan Abdullah Bin Salam


Dialog Rasulullah s.a.w dengan Abdullah bin Salam, sifat al-Qalam dan Lauh Mahfuz, Muhammad bin Muslim al-Thaqafi, hadis Daud al-Raqiy dengan seorang Khawarij dan lain-lain.

Dialog Rasulullah S.A.W Dengan Abdullah Bin Salam

Daripada Ibn Abbas bahawa sesungguhnya apabila Allah mengutus Muhammad s.a.w, maka Dia telah memerintahnya supaya menyeru makhluk kepada syahadah tiada tuhan melainkan Allah Yang Satu, tiada sekutu bagi-Nya. Orang ramai segera menyahut seruannya, lantas baginda s.a.w. memberi peringatan kepada mereka. Jibrail menyuruh baginda s.a.w. supaya menulis surat kepada Ahlu l-Kitab iaitu Yahudi dan Nasrani. Jibrail melakukan imlak ke atas suratnya. Penulisnya pada masa itu ialah Sa'd bin Abu Waqqas, maka baginda s.a.w. telah mengutus surat kepada Yahudi Khaibar:

Bismillahi r-Rahmani-r-Rahim daripada Muhammad bin Abdullah al-Ummiyyu, Rasulullah kepada Yahudi Khaibar.

Amma ba'd Adapun kemudian daripada itu, sesungguhnya bumi adalah milik Allah. Dia mewariskannya kepada siapa yang Dia kehendaki daripada hamba-hamba-Nya. Balasan yang baik bagi mereka yang bertakwa. Tiada helah dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar. Beliau menghantar surat itu kepada Yahudi Khaibar. Setelah suratnya sampai kepada mereka, maka surat itu dibawa kepada ketua mereka bernama Abdullah bin Salam: Ini adalah surat Muhammad kepada kita, anda bacalah kepada kami, lalu Abdullah membacanya dan berkata kepada mereka: Apakah yang kamu dapati di dalam surat ini? Mereka berkata: Kami dapati bukti (alamat)nya di dalam Taurat. Jika inilah Muhammad yang diberitahu oleh Musa, Daud dan Isa a.s, maka dia akan membekukan Taurat, menghalalkan kepada kita apa yang telah diharamkan ke atas kita sebelumnya, sekiranya kita tetap di atas agama kita adalah lebih baik bagi kita. Abdullah bin Salam berkata: Wahai kaum! Kamu telah memilih dunia ke atas akhirat dan azab ke atas rahmat?

Mereka menjawab: Tidak. Abdullah berkata: Kenapa kamu tidak mengikuti pendakwah Allah? Mereka berkata: Wahai Ibn Salam! Kami tidak mengetahui bahawa Muhammad itu benar tentang apa yang dikatakannya. Abdullah berkata: Jika begitu, kita akan bertanya kepadanya tentang Pencipta dan makhluk-Nya, nasikh dan mansuh. Sekiranya dia seorang nabi, maka dia akan menerangkan kepada kita sebagaimana dilakukan oleh para nabi sebelumnya.

Mereka berkata: Wahai Ibn Salam! Pergilah anda kepada Muhammad sehingga anda menentang percakapannya dan anda lihat bagaimana dia memberi jawapan kepada anda. Abdullah berkata: Kamu adalah kaum yang jahil. Sekiranya inilah Muhammad yang telah diberitahu kepada kita oleh Musa, Daud dan Isa ibn Maryam, maka dia adalah penutup para nab. Jika manusia dan jin berkumpul untuk memberi jawapan walaupun satu kalimat atau satu ayat kepada Muhammad, nescaya mereka tidak mampu dengan izin Allah. Mereka berkata: Anda memang benar wahai Ibn Salam, lantaran itu apakah muslihatnya? Abdullah berkata: Aku akan mengguna Taurat, aku akan membawa Taurat kepadanya, aku akan menyalin seribu empat masalah daripadanya. Setelah itu Abdullah bin Salam berjumpa dengan Nabi s.a.w pada hari Isnin selepas solat subuh. Abdullah berkata: Salam ke atas anda wahai Muhammad!. Nabi s.a.w bersabda: Ke atas mereka yang mengikut pertunjuk, rahmat Allah dan berkat-Nya. Siapakah anda? Abdullah menjawab: Aku ialah Abdullah bin Salam daripada ketua-ketua Bani Israel di kalangan mereka yang telah membaca Taurat dan aku adalah wakil kaum Yahudi kepada anda. Bersamaku beberapa ayat daripada Taurat supaya anda menerangkan kepada kami dan kami melihat anda daripada mereka yang baik-baik.

Nabi s.a.w bersabda: Segala puji bagi Allah di atas nikmat-Nya wahai Ibn salam! Adakah anda datang kepada kami sebagai seorang yang bertanya atau sebagai seorang yang degil? Abdullah menjawab: Sebagai seorang yang bertanya wahai Muhammad!. Baginda s.a.w. bersabda: Adakah di atas kesesatan atau di atas pertunjuk? Abdullah menjawab: Malah di atas pertunjuk wahai Muhammad!. Maka Nabi s.a.w bersabda: Bertanyalah apa yang anda kehendaki. Abdullah berkata: Aku sedar wahai Muhammad! Beritahu kepada aku tentang anda, adakah anda seorang nabi atau seorang rasul? Baginda s.a.w. bersabda: Aku adalah nabi dan rasul sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Mukmin(40):78 "Di antara mereka ada yang kami ceritakan kepada mu dan di antara mereka (pula) ada yang kami tidak ceritakan kepada mu".

Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Beritahu kepadaku: adakah Allah telah bercakap kepada anda sebelumnya? Baginda s.a.w. bersabda: Tidak ada seorang hamba yang Allah bercakap kepadanya melainkan secara wahyu atau di sebalik tabir. Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Beritahu aku: adakah anda menyeru kepada agama anda atau kepada agama Allah? Baginda s.a.w. bersabda: Malah tidak ada agama bagi aku selain daripada agama Allah.

Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Beritahu aku: kepada siapakah anda dakwahkan? Baginda s.a.w. bersabda: Kepada Islam dan Iman kepada Allah. Abdullah berkata: Apakah Islam? Baginda s.a.w. bersabda: Syahadah bahawa tiada tuhan melainkan Allah Yang Satu, tiada sekutu bagi-Nya. Sesungguhnya Muhammad adalah hamba-Nya dan rasul-Nya, sesungguhnya Kiamat akan berlaku tanpa syak. Sesungguhnya Allah akan membangkitkan mereka yang berada di dalam kubur. Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad!: Beritahu aku berapakah agama bagi Allah Tuhan semesta alam? Baginda s.a.w. bersabda: Satu agama, Allah adalah satu, tiada sekutu bagi-Nya. Abdullah berkata: Apakah agama Allah? Baginda s.a.w. bersabda: Islam. Abdullah berkata: Adakah para nabi sebelum anda beragama dengannya? Baginda s.a.w . bersabda: Ya. Abdullah berkata: Bagaimana dengan syariat-syariat? Baginda s.a.w. bersabda: Syariat adalah bermacam-macam sebagaimana telah berlalu kepada mereka yang terdahulu. Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad!: Beritahu aku tentang syurga adakah mereka memasukinya dengan Islam atau Iman atau amal?

Baginda s.a.w. bersabda: Di antara mereka ada yang memasukinya dengan ketiga-tiganya iaitu bagi seorang muslim, mukmin dan beramal. maka dia memasuki syurga dengan tiga amalan atau dia seorang Nasrani atau seorang Yahudi, maka dia menjadi muslim beriman dengan Allah, membuang kekafiran daripada hatinya, lalu dia meninggal dunia di tempatnya tanpa meninggal mana-mana amalan, maka dia adalah daripada penghuni syurga itu adalah iman tanpa amalan. Bagi seseorang Yahudi atau Nasrani yang bersedekah atau melakukan infak kepada selain daripada zat Allah, maka dia adalah di atas kekafiran dan kesesatan, menjadi penyembah makhluk bukan khalik.

Jika dia meninggal dunia di atas agamanya, maka dia adalah di atas amalannya di neraka pada hari Kiamat, kerana Allah tidak akan menerima melainkan daripada mereka yang bertakwa. Abdulah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Beritahu aku adakah kitab diturunkan ke atas anda? Baginda s.a.w. bersabda: Ya. Abdullah berkata: Kitab yang mana satu? Baginda s.a.w. bersabda: Furqan. Abdullah berkata: Kenapa Tuhan anda menamakannya dengan Furqan? Baginda s.a.w. bersabda: Kerana ia mempunyai ayat-ayat dan surah-surah yang berasingan diturunkan bukan secara alwah (loh-loh) dan mashaf berbanding dengan Taurat, Injil dan Zabur yang diturunkan sebahagiannya di alwah dan kertas-kertas.

Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Beritahu aku: manakah permulaan al-Qur'an? Baginda s.a.w. bersabda: Permulaan al-Qur'an adalah Bismillahi r-Rahmani r-Rahim .

Abdullah berkata: Apakah tafsir huruf Abjad Hawwaz? Baginda s.a.w. bersabda: Al-Alif adalah aalaa' Allah (nikmat Allah). Al-Ba' adalah bahaa' Allah (cahaya Allah). Al-Jim adalah jamalu l-Lah (kecantikan Allah). Al-Daal adalah dinu l-Lah (agama Allah). Al-Haa' adalah al-Hawiyah (neraka). Al-Wau adalah wailun li-ahli al-Nar (celakalah bagi penghuni neraka). Adapun al-Zai adalah zawiyah fi al-Nar (sudut neraka). Abdullah berkata: Beritahu aku tentang empat perkara yang Allah telah menjadikan mereka dengan tangannya? Baginda s.a.w. bersabda: Allah telah menjadikan syurga Adan dengan tangan-Nya, menanam pokok Tuba di syurga dengan tangan-Nya, menjadikan Adam a.s dengan tangan-Nya dan menulis Taurat dengan tangan-Nya.

Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Siapakah yang telah memberitahu anda semua ini? Baginda s.a.w. bersabda: Jibrail. Abdullah berkata: Jibrail daripada siapa? Baginda s.a.w. bersabda: Daripada Mikail. Abdullah berkata: Mikail daripada siapa? Baginda s.a.w. bersabda: Daripada Israfil. Abdullah berkata: Israfil daripada siapa? Baginda s.a.w. bersabda: Daripada Lauh Mahfuz. Abdullah berkata: Lauh daripada siapa? Baginda s.a.w. bersabda: Daripada al-Qalam. Abdullah berkata: Al-Qalam daripada siapa? Baginda s.a.w. bersabda: Daripada Tuhan semesta alam. Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad.Abdullah berkata: Beritahu aku tentang Jibrail: adakah ia daripada jenis wanita atau lelaki. Baginda s.a.w. bersabda: Daripada jenis lelaki, bukan daripada jenis wanita. Abdullah berkata: Apakah makanan dan minumannya? Baginda s.a.w. bersabda: Makanannya adalah tasbih dan minumannya adalah tahlil. Abdullah berkata: Anda memang benar. Abdullah berkata: Beritahu aku berapakah panjangnya? Baginda s.a.w. bersabda: Ia seperti malaikat lain. Tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Ia mempunyai lapan puluh perwatakan. Kisah Ja'dah dan Hilal adalah di depannya, bersinar cahayanya di kalangan malaikat seperti sinaran cahaya di malam yang gelap. Ia mempunyai dua puluh empat sayap kehijauan yang disaluti permata delima dan dihiasi pula dengan mutiara serta di atasnya kalung. Lapisannya adalah rahmat, butang bajunya adalah kekeramatan, belakangnya adalah ketenangan, bulunya adalah kekuningan, dahi yang terang berhidung mancung, berjanggut, berpendirian segak, tidak makan dan minum, tidak jemu dan lupa. Dia melaksanakan perintah Allah sehingga hari Kiamat. Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad!

Abdullah berkata: Apakah satu, apakah dua, apakah tiga, apakah empat, apakah lima, apakah enam, apakah tujuh, apakah lapan, apakah sembilan, apakah sepuluh, apakah sebelas, apakah dua belas, apakah tiga belas, apakah empat belas, apakah lima belas, apakah enam belas, apakah tujuh belas, apakah lapan belas, apakah sembilan belas, apakah dua puluh, apakah dua puluh satu, apakah dua puluh dua, apakah dua puluh tiga, apakah dua puluh empat, apakah dua puluh lima, apakah dua puluh enam, apakah dua puluh tujuh, apakah dua puluh lapan, apakah dua puluh sembilan, apakah tiga puluh, apakah empat puluh, apakah lima puluh, apakah enam puluh, apakah tujuh puluh, apakah lapan puluh, apakah sembilan puluh sembilan, dan apakah seratus?

Baginda s.a.w. bersabda: Ya, wahai Ibn Salam! Adapun satu, maka ia adalah Allah Yang Satu, Perkasa, tiada sekutu bagi-Nya, tiada teman wanita dan tiada mempunyai anak, menghidupkan dan mematikan. Pada tangan-Nya kebaikan dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu.

Adapun dua, maka ia adalah Adam dan Hawa, sepasang suami isteri di syurga iaitu sebelum mereka berdua dikeluarkan daripadanya. Adapun tiga, maka ia adalah Jibrail, Mikail dan Israfil. Mereka adalah ketua-ketua malaikat dan mereka di bawah perintah Tuhan semesta alam. Adapun empat, maka ia adalah Taurat, Injil, Zabur dan Furqan. Adapun lima, maka ia telah diturunkan ke atas aku dan umat aku lima solat yang tidak diturunkan kepada mereka sebelum aku dan tidak difardukan ke atas umat selepas aku kerana tiada nabi selepas aku. Adapun enam, adalah Allah telah menjadikan langit dan bumi dalam enam hari. Adapun tujuh, tujuh langit yang kukuh seperti firman-Nya Surah al-Naba' (78):12 " Dan kami bangun di atas kamu tujuh langit yang kukuh". Adapun lapan ialah firman-Nya Surah al-Haqah (69):17 "Dan pada hari itu lapan malaikat membawa Arasy Tuhanmu di atas (kepala) mereka".

Adapun sembilan firman-Nya di dalam Surah al-Isra' (11):101 "Sesungguhnya kami telah memberi kepada Musa sembilan ayat (mukjizat) yang nyata".

Adapun sepuluh ialah firman-Nya di dalam Surah al-Baqarah (2):196)" Itulah sepuluh (hari) yang sempurna". Adapun sebelas adalah kata-kata Yusuf kepada bapanya sebagaimana firman-Nya di dalam Surah Yusuf ((12):4 "(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada bapanya: Wahai bapaku sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang". Adapun dua belas, setiap tahun adalah dua belas bulan, iaitu juga kata-kata Yusuf dalam Surah Yusuf (12):4 " matahari dan bulan ku lihat semuanya sujud kepadaku"

Adapun tiga belas, maka ia adalah saudara-saudara Yusuf. Matahari dan bulan adalah ibu dan bapa. Empat belas adalah empat belas lampu daripada cahaya yang tergantung di antara 'Arasy dan Kerusi, panjang setiap lampu sama dengan perjalanan seratus tahun. Lima belas adalah al-Furqan yang diturunkan dalam masa lima belas hari secara mufassalat selain pada bulan Ramadhan yang diturunkan al-Qur'an sebagai pertunjuk kepada manusia.

Enam belas adalah enam belas saf malaikat berlingkar di sekeliling 'Arasy sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Zumar(39): 79 " berlingkar di sekeliling Arasy"

Tujuh belas adalah tujuh belas ialah nama-nama Allah yang tertulis di antara syurga dan neraka. Tanpanya, maka neraka membakar mereka yang berada di langit dan di bumi. Lapan belas adalah lapan belas hijab daripada cahaya yang tergantung di antara Kerusi dan hijab-hijab. Tanpanya bukit-bukit yang tinggi akan menjadi cair, manusia dan Jin akan terbakar akibat cahaya Allah.

Abdullah berkata: Anda memang benar, wahai Muhammad!. Baginda s.a.w. bersabda: Sembilan belas adalah Saqar sebagaimana firman-Nya Surah al-Muddathir (74):28-30 "Saqar itu tidak meninggal dan tidak membiarkan. Pembakar kulit manusia. Di atasnya ada sembilan belas (malaikat penjaga)"

Dua puluh adalah kerana Zabur diturunkan kepada Daud dalam masa dua puluh hari selain daripada bulan Ramadhan [1]. Firman-Nya di dalam Surah al-Isra' (17): 55 "Dan kami berikan Zabur kepada Daud"

Dua puluh satu adalah hari kelahiran Sulaiman bin Daud. Bukit-bukit bertasbih bersamanya. Dua puluh dua adalah hari pengampunan kepada Daud, dan hari Allah melembutkan besi untuknya bagi membuat baju besi. Dua puluh tiga adalah hari kelahiran Isa bin Maryam dan hari turunnya hidangan dari langit [2]. Dua puluh empat adalah hari Allah bercakap-cakap dengan Musa. Dua puluh lima adalah hari Allah membelah laut untuk Musa dan Bani Israel. Dua puluh enam Allah menurunkan Taurat kepada Musa. Dua puluh tujuh adalah hari ikan paus memuntahkan Yunus dari perutnya. Dua puluh lapan Allah mengembalikan penglihatan Ya'qub. Dua puluh sembilan Allah mengangkat Idris ke tempat yang tinggi. Tiga puluh adalah firman-Nya di dalam Surah al-A'raf (7):142 " dan telah kami janjikan kepada Musa tiga puluh malam dan kami sempurnakan jumlah itu dengan sepuluh,maka sempurnalah waktu yang telah ditentukan Tuhannya empat puluh malam"

Lima puluh adalah lima puluh hari bersamaan lima puluh ribu tahun. Enam puluh adalah kerana bumi mempunyai enam puluh jenis. Tujuh puluh adalah kerana Musa telah memilih tujuh puluh orang lelaki. Lapan puluh adalah kerana peminum arak disebat lapan puluh kali selepas ia diharamkan. Sembilan puluh sembilan adalah firman-Nya Surah al-Sad (38):23 " Sesungguhnya saudaraku ini mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing"

Seratus adalah firman-Nya Surah al-Nur(24): 2 " Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang dari kedua-duanya seratus sebatan"

Abdullah berkata: Anda memang benar, wahai Muhammad! Beritahu aku tentang Adam: bagaimana dia diciptakan dan daripada apakah diciptakannya? Rasulullah s.a.w. bersabda: Ya, sesungguhnya Allah s.w.t dengan segala pujian terhadap-Nya, Maha Suci nama-nama-Nya dan tiada tuhan selain daripada-Nya yang telah menciptakan Adam daripada tanah. Tanah yang berasasl daripada buih dan buih dari ombak. Manakala ombak berasal dari laut dan laut dari kegelapan. Kegelapan daripada cahaya dan cahaya daripada huruf dan huruf daripada ayat. Ayat daripada bentuk dan bentuk daripada delima dan delima dari kun dan kun dari tiada sesuatu (la syai').

Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Beritahu aku berapakah malaikat bagi seorang hamba Allah? Baginda s.a.w. bersabda: Setiap orang hamba mempunyai dua malaikat. Satu malaikat di kanannya dan satu malaikat di kirinya. Pada kanannya menulis kebaikan sementara pada kirinya menulis kejahatan. Abdullah berkata: Di manakah tempat duduk dua malaikat, apakah al-Qalam mereka berdua, bekas dakwat mereka berdua dan lauh mereka berdua?

Rasulullah s.a.w. bersabda: Tempat duduk mereka berdua adalah di atas kedua bahunya, al-Qalam mereka berdua adalah lidahnya, bekas dakwat mereka berdua adalah kerongkongnya. Dakwat mereka berdua adalah air liurnya. Lauh mereka berdua adalah hatinya. Mereka menulis amalan-amalan seseorang hamba sehingga kematiannya. Allah berfirman Surah al-Isra' (17):14 "Bacalah kitabmu dan cukuplah dirimu pada waktu itu sebagai penghisab terhadapmu".

Sifat Al-Qalam dan Lauh Mahfuz

Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Beritahu kepada aku apakah Allah menjadikan selepas itu? Baginda s.a.w. bersabda: Al-Nun dan al-Qalam [3]. Abdullah berkata: Apakah tafsir al-Nun dan al-Qalam? Baginda s.a.w. bersabda: Al-Nun adalah Lauh Mahfuz dan al-Qalam adalah cahaya yang terang sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Qalam (68):1 "Al- Nun, demi al-Qalam dan apa yang mereka tulis". Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Beritahu aku berapakah panjangnya, lebarnya, apakah dakwatnya dan tempat mengalirnya? Rasulullah s.a.w. bersabda: Panjang al-Qalam adalah lima ratus tahun perjalanan dan lebarnya pula lapan puluh tahun perjalanan, ia mempunyai lapan puluh mata. Dakwat keluar di celah-celahnya pada Lauh Mahfuz dengan perintah Allah dan kekuasaan-Nya.

Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Beritahu aku tentang Lauh Mahfuz apakah ia? Baginda s.a.w. bersabda: Dari Zamrud hijau, di tepinya dilekatkan mutiara dan batangnya adalah rahmat. Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Beritahu aku berapa detik bagi Tuhan semesta alam di Lauh Mahfuz setiap hari dan malam? Baginda s.a.w. bersabda: Tiga ratus enam puluh detik [4].

Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Beritahu aku apakah sifat biji ( habbatan) yang diturunkan bersama Adam? Baginda s.a.w. bersabda: Sebesar telur ayam yang besar. Abdullah berkata: Apakah Adam buat dengan biji bersamanya? Baginda s.a.w. bersabda: Ia telah diturunkan bersama Adam dari syurga dan dipotong kepada enam ratus potongan, maka Adama a.s. telah menanamkan biji itu. Setelah itu tumbuhlah gandum dan biji-bijian yang lain. Abdullah berkata: Di manakah Adam diturunkan? Rasulullah s.a.w. bersabda: Di India. Abdullah berkata: (Dimanakah) Hawa' (diturunkan)? Baginda s.a.w. bersabda: Di Jeddah. Abdullah berkata: Iblis?. Baginda s.a.w. bersabda: Di Isfahan. Abdullah berkata: Ular? Baginda s.a.w. bersabda: Di Saqtariy.

Abdullah berkata: Apakah pakaian Adam ketika diturunkan dari syurga? Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiga helai daun dari daun syurga, satu dijadikan sarung, satu diletak di tubuhnya dan satu lagi dililit di kepalanya. Abdulah berkata: Apakah pakaian Hawa'? Baginda s.a.w. bersabda: Rambutnya sehingga sampai ke tanah. Abdullah berkata: Di manakah mereka berdua bertemu? Rasulullah s.a.w. bersabda: Di 'Arafat. Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Beritahu aku tentang rumah pertama dibina oleh Allah di bumi? Baginda s.a.w. bersabda: Rumah di Makkah sebagaimana firman-Nya di dalam Surah Ali Imran (3):96 " Sesungguhnya rumah yang pertama dibangunkan untuk (tempat beribadat) manusia ialah Baitullah di Makkah yang diberkati dan menjadi petunjuk kepada semua manusia". Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Beritahu aku: adakah Adam diciptakan daripada Hawa' atau hawa' diciptakan daripada Adam?

Rasulullah s.a.w. bersabda: Hawa' diciptakan daripada Adam, jika Adam diciptakan daripada Hawa', nescaya talak berada di tangan wanita bukan di tangan lelaki. Abdullah berkata: Keseluruhannya atau sebahagiannya? Beliau bersabda: Sebahagiannya, jika Hawa' diciptakan keseluruhannya (berasal dari Adam a.s.), nescaya kuasa hukuman (al-Qadha') dibolehkan kepada wanita sebagaimana lelaki. Abdullah berkata: Adakah daripada zahirnya atau daripada batinnya? Baginda s.a.w. bersabda: Malah daripada batinnya. Jika ia diciptakan daripada zahirnya, nescaya wanita boleh mendedahkan (sebahagian badan) sebagaimana lelaki, justeru itu wanita perlu menutup auratnya.

Abdullah berkata: Adakah dari kanan Adam atau dari kirinya? Baginda s.a.w. bersabda: Malah dari kirinya, jika Hawa diciptakan dari kanan Adam a.s., nescaya bahagian (warisan) lelaki dan wanita adalah sama. Dalam perkara ini, lelaki berhak dua bahagian dan bagi wanita satu bahagian. Dua orang wanita menyamai seorang lelaki. Abdullah berkata: Di tempat manakah Hawa' diciptakan daripada Adam? Baginda s.a.w. bersabda: Daripada tulang rusuk kirinya.

Abdullah berkata: Siapakah yang menduduki bumi sebelum Adam? Rasulullah s.a.w. bersabda: Jin. Abdullah berkata: Sebelum Jin? Baginda s.a.w. bersabda: Malaikat. Abdullah berkata: Sebelum malaikat? Rasulullah s.a.w. bersabda: Adam [5]. Abdullah berkata: Berapakah masa di antara Jin dan malaikat? Baginda s.a.w. bersabda: Tujuh ribu tahun. Abdullah berkata: Di antara malaikat dan Adam? Baginda s.a.w. bersabda: Dua juta tahun. Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Beritahu aku tentang Adam: adakah dia telah mengerjakan haji? Rasulullah s.a.w. bersabda: Ya. Abdullah berkata: Siapakah yang telah mencukur kepala Adam? Baginda s.a.w. bersabda: Jibrail. Abdullah berkata: Siapakah yang telah mengkhatankan Adam? Baginda s.a.w. bersabda: Berkhatan dengan sendirinya. Abdullah berkata: Siapakah yang berkhatan selepas Adam? Baginda s.a.w. bersabda: Ibrahim al-Khalil. Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad!.

Abdulah berkata: Beritahu aku tentang satu tempat yang telah disinari cahaya matahari sekali sahaja dan ia tidak akan menyinarinya lagi? Baginda s.a.w. bersabda: Ketika Musa memukul laut dengan tongkatnya, maka laut terbelah kepada dua belas potongan. Matahari menyinari tempatnya (tanahnya). Allah menenggelamkan Fir'aun dan bala tenteranya, laut bercantum semula. Matahari tidak menyinari lagi tempat itu sehingga hari Kiamat. Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad!

Abdullah berkata: Beritahu aku tentang rumah yang mempunyai dua belas pintu yang darinya dikeluarkan dua belas rezeki untuk dua belas orang lelaki? Baginda s.a.w. bersabda: Setelah Musa a.s. memasuki laut, dia menemui satu batu besar berwarna putih. Bentuknya empat persegi seperti rumah. Pada saat itu, Bani Israil dalam keadaan dahaga. Mereka membangkitkan keadaan itu kepada Musa a.s. Musa a.s. memukul batu itu dengan tongkatnya. Maka keluarlah daripadanya dua belas pancutan mata air daripada dua belas pintu.

Muhammad Bin Muslim al-Thaqafi, Hadisnya dan Kezuhudannya

Ja'far bin Muhammad bin Quluwaih telah memberitahu aku daripada Ja'far bin Muhammad bin Mas'ud daripada bapanya Muhammad bin Mas'ud al-'Iyasyi berkata: Aku telah bertanya kepada Abdullah bin Muhammad bin Khalid daripada Muhammad bin Muslim, berkata: Muhammad bin Muslim al-Thaqafi adalah seorang lelaki yang mulia. Abu Ja'far a.s berkata kepadanya: Anda bertawaduklah wahai Muhammad!. Ketika Muhammad pulang ke Kufah, dia mengambil satu karung buah kurma bersama penimbang, lalu duduk di pintu Masjid Jamik di Kufah.

Dia memanggil orang ramai kepadanya. Mereka datang kepadanya seraya berkata: Anda telah menggemparkan kami. Muhammad berkata: Sesungguhnya maulaku telah memerintah aku melakukan sesuatu. Maka aku tidak akan menyalahinya, aku tidak akan berhenti sehingga aku selesai menjual apa yang ada di dalam karung ini. Orang ramai berkata kepadanya: Jika anda ingin meneruskan kerja niaga, maka duduklah bersama tukang-tukang kisar angin. Anda sediakan kisaran dan unta. Muhammadpun melakukan kerja mengisar. Abu Muhammad bin Abdullah bin Khalid al-Barqi menyebutkan bahawa Muhammad bin Muslim al-Thaqafi adalah seorang yang terkenal dengan amal ibadat pada zamannya [6].

Ja'far bin Muhammad telah memberitahuku daripada Ahmad bin Syadhan bin Na'im daripada Fadhl bin Syadhan, berkata: Bapa aku telah memberitahuku daripada sebilangan sahabat kita, Harun bin Musa telah memberitahu aku daripada Ali bin Muhammad bin Ya'qub daripada Ali bin al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal daripada Ja'far Muhammad bin Hakim daripada bapanya Muhammad bin Hakim yang menjadi sahabatnya. Abu Muhammad berkata: Namanya telah dipadamkan dari buku bapa aku. Mereka berdua berkata: Kami telah melihat Syarik berdiri di dinding polan, salah seorang daripada kami berkata kepada sahabatnya: Adakah anda menjauhkan diri daripada Syarik?

Maka kami datang kepada Syarik dan memberi salam kepadanya. Syarik membalas salam kami. Kami berkata: Wahai Abu Abdullah (Syarik), kami ada pertanyaan. Syarik berkata: Tentang apa? Kami berkata: Tentang solat. Syarik berkata: Tanyalah apa yang terlintas di hati kamu. Kami berkata: Kami tidak mahu anda berkata: Seseorang berkata begini dan seseorang lain berkata begitu. Apa yang kami mahu ialah anda sandarkannya kepada Nabi s.a.w. Maka Syarik berkata: Tidakkah ia tentang solat? Kami berkata: Ya. Syarik berkata: Tanyalah. Kami berkata: Berapakah jarak wajib memendekkan ( qasr) solat? Syarik berkata: Ibn Mas'ud berkata: Janganlah kamu tertipu dengan orang ramai kita ini. Syarik berkata: Seseorang berkata (begini). Maka kami berkata: Kami telah mengecualikan anda supaya tidak bercakap melainkan jawapan itu datang daripada Nabi s.a.w.

Syarik berkata: Demi Allah, sesungguhnya ia adalah suatu keburukan seorang syeikh bertanya tentang persoalan tentang solat daripada Nabi s.a.w sedangkan dia tidak ada sesuatu di sisinya, lebih buruk lagi jika dia berbohong ke atas Rasulullah s.a.w. Kami berkata: Persoalan lain? Syarik berkata: Tidakkah ia tentang solat? Kami berkata: Ya. Syarik berkata: Tanyalah. Kami berkata: Di atas siapakah wajibnya Jumaat? Syarik berkata: Persoalan telah berulang kerana aku tidak ada sesuatu (jawapan yang bersandarkan) daripada Rasulullah s.a.w. Maka kami pun mahu pulang. Syarik berkata: Sesungguhnya kamu tidak akan bertanya soalan seperti ini melainkan di sisi kamu seorang yang berilmu.

Kami menjawab: Ya, Muhammad bin Muslim al-Thaqafi telah memberitahu kami daripada Muhammad bin Ali daripada bapanya daripada datuknya daripada Nabi s.a.w. Lalu Syarik berkata: Al-Thaqafi yang berjanggut panjang? Kami berkata: Ya. Syarik berkata: Dia adalah seorang yang beramanah tentang hadis, tetapi mereka berkata: Dia juga adalah keras orangnya. Syarik berkata: Apakah mereka telah meriwayatkan? Kami berkata: Mereka telah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w bahawa sesungguhnya taqsir solat boleh dilakukan apabila cukup dua Barid [7]. Apabila cukup lima orang, maka seorang daripada mereka menjadi imam solat dan mereka hendaklah menjamakkannya [8].

Beberapa orang sahabat kita telah memberitahu aku daripada Muhammad bin Ja'far al-Muaddib daripada Ahmad bin Abu Abdullah daripada sebahagian daripada sahabat daripada Abdullah bin Abd al-Rahman al-Assam daripada Madlaj daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah keluar ke Madinah dalam keadaan sakit tenat. Ada orang berkata: Muhammad bin Muslim sakit tenat. Maka Abu Ja'far a.s. mengutus kepada aku minuman yang ditutupi dengan kain sapu tangan berserta seorang hamba lelakinya. Hamba itu telah memberikannya kepada aku.

Hamba itu berkata: Minumlah kerana aku dierintahkan supaya aku tidak pulang sehingga anda meminumnya. Aku pun mengambilnya, maka aku dapati bauan harum daripadanya. Minuman yang sedap dan sejuk. Apabila aku meminumnya, hamba itu berkata kepada ku: Abu Ja'far a.s berkata kepada aku apabila anda telah meminumnya, maka datanglah kepada aku. Aku memikir apa yang Abu Ja'far a.s. katakan kepadaku kerana aku masih tidak mampu berdiri. Apabila minuman berada di dalam perutku, aku seolah-olah terlepas daripada ikatan, maka aku pun sampai di pintu Abu Ja'far. Aku memohon izin daripadanya. Abu Ja'far a.s. berkata: Masuklah, masuklah. Aku masuk sambil menangis. Aku memberi salam serta mencium tangan dan kepalanya. Abu Ja'far a.s. berkata kepadaku: Apakah yang membuatkan anda menangis wahai Muhammad?

Aku berkata: Aku jadikan diri aku sebagai tebusan anda. Aku menangis kerana aku berjauhan dari negeri aku ( Ightirabi), menghadapi kesusahan hidup dan kurang mampu berdamping dengan maqam di sisi anda dan melihat anda. Abu Ja'far a.s. berkata kepadaku: Mengenai kurang mampunya anda (qillatu l-Maqdirah) , adalah kerana Allah telah menjadikan para wali-Nya dan mereka yang mencintai kami sedemikian. Dia telah menjadikan bala kepada mereka lebih cepat ( sari'an). Adapun berjauhan dari negeri anda, maka bagi anda kepada Abu Abdullah a.s menjadi ikutan kerana beliau berada di negeri yang jauh daripada kita iaitu di Furat (Iraq). Mengenai kesusahan hidup yang anda sebutkan itu, adalah kerana mukmin di dunia ini sebagai gharib (perantau). Makhluk ini menjadi terbalik sehingga dia keluar dari dunia ini kepada rahmat Allah. Mengenai cinta anda berdamping dengan kami dan melihat kami, sesungguhnya anda tidak mampu melakukannya kerana Allah lebih mengetahui apa yang ada di dalam hati anda. Allah akan memberi ganjaran yang sewajarnya kepada anda mengenainya [9].

Muhammad bin al-Hasan telah memberitahu aku daripada Muhammad bin a-Hasan al-Saffar daripada Ibrahim bin Hasyim daripada Ibn Abu Umair sesungguhnya Hisyam bin Salim telah berkata kepadanya: Aku dan Zararah tidak pernah berselisih faham melainkan kami mendatangi Muhammad bin Muslim. Kami bertanya kepadanya tentang sesuatu sehingga beliau berkata: Abu Ja'far a.s telah berkata tentangnya sedemikian dan Abu Abdullah a.s telah berkata tentangnya sedemikian [10].

Abu Abdullah a.s. di dalam hadisnya yang panjang bahawa al-Mansur telah berkata kepadanya: Beritahu aku sebuah hadis tentang kelebihan datuk anda yang tidak pernah diberitahu oleh orang ramai? Abu Abdullah a.s berkata: Bapa aku telah memberitahu aku daripada bapanya daripada datuknya berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika aku dinaikkan ke langit pada waktu malam yang kadar perjalanannya satu hari, maka penglihatan aku dipertingkatkan seperti penunggang melihat sesuatu menerusi lubang jarum.

Tuhanku telah berjanji ( 'ahida) kepadaku dengan beberapa kalimat tentang Ali a.s. Allah berfirman di dalam hadis kudsi: Wahai Muhammad !. Maka aku bersabda: Labbai-ka ya Rabb! Dia berfirman: Sesungguhnya Ali adalah Amir al-Mukminin, Imam para muttaqin, Pemimpin kepada muka-muka yang berseri, Ya'sub (ketua) kepada mukminin. Harta adalah ya'sub bagi orang yang zalim iaitu kalimat yang aku mewajibkannya ke atas para muttaqin tentang Ali kerana mereka lebih berhak dengannya dan mereka adalah ahlinya. Justeru itu, berilah berita gembira ini kepadanya (Ali). Abu Abdullah a.s berkata: Kemudian Nabi s.a.w menyampaikan berita itu kepada Ali a.s, lantas Ali a.s berkata: Wahai Rasulullah! Aku disebut juga di sana? Baginda s.a.w bersabda: Ya. Sesungguhnya anda disebut di tempat yang tinggi. Al-Mansur berkata: Demikianlah itu kelebihan Allah, Dia memberi kepada siapa yang Dia kehendaki.

Hadis Daud al-Raqiy Dengan Seorang Khawarij

Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar dan al-Hasan bin Mattil daripada Ibrahim bin Hasyim daripada Ibrahim bin Muhammad al-Hamdani daripada al-Salami daripada Daud al-Raqiy berkata: Seorang lelaki Khawarij telah bertanya kepada aku tentang firman Allah s.w.t Surah al-An'am(6):143-4 "Sepasang dari biri-biri dan sepasang dari kambing" sehingga firman-Nya " sepasang dari unta dan sepasang dari lembu".

Apakah yang telah dihalalkan Allah daripadanya? Dan apakah yang telah diharamkan Allah daripadanya? Al-Raqiy berkata: Aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Ketika aku mengerjakan haji dan bertemu dengan Abu Abdullah a.s. Aku berkata: Aku jadikan diri aku sebagai tebusan anda, sesungguhnya seorang lelaki Khawarij telah bertanya kepadaku tentang "perkara tersebut". Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Allah s.w.t telah menghalalkan di Mina bagi biri-biri dan kambing ternakan (al-Ahliyyah) untuk dijadikan binatang korban. Allah mengharamkan biri-biri dan kambing jenis liar ( al-Jabaliyyah) sebagaimana firman-Nya "sepasang dari biri-biri dan sepasang dari kambing".

Dan sesungguhnya Allah s.w.t telah menghalalkan di Mina unta jenis al-'Arab untuk dijadikan binatang korban dan Allah mengharamkan padanya jenis al-Bakhati. Allah menghalalkan lembu ternakan (al-Ahliyyah), dan mengharamkan lembu liar (al-Jabaliyyah ) sebagaimana firman-Nya "sepasang dari unta dan sepasang dari lembu". Al-Raqiy berkata: Maka aku pun kembali kepada sahabatku yang bertanya. Aku memberitahunya dengan jawapan tersebut. Dia berkata: Ini adalah perkara yang ditanggung oleh unta di Hijaz [11]. Hadis Abu al-Hasan Musa Bin Ja'far A.S Dengan Harun al-Rasyid

Muhammad bin al-Hasan bin Ahmad daripada Ahmad bin Idris daripada Ahmad bin Idris daripada Muhammad bin Ahmad bin Muhammad bin Ismail al-'Alawi berkata: Muhammad bin Zaburkhan al-Damighani syeikh telah memberitahu aku bahawa dia berkata: Abu al-Hasan Musa bin Ja'far a.s berkata: Harun al-Rasyid telah memerintahkan mereka supaya membawaku kepadanya. Maka aku berjumpa dengannya dan memberi salam kepadanya, tetapi al-Rasyid tidak menjawab salam aku. Aku melihatnya begitu marah. Al-Rasyid mencampakkan scroll kepadaku dan berkata: Bacalah. Maka aku dapati padanya mengenai firman Allah s.w.t yang menyangkut pelepasan aku (bara'ati) daripadanya sebagaimana berikut:

Sesungguhnya Musa bin Ja'far telah memungut Kharaj di seluruh negara daripada pelampau-pelampau syi'ah yang percayakan kepimpinannya sebagai kepercayaan agama. Mereka menyangka bahawa Musa a.s. telah mewajibkannya ke atas mereka sehingga Allah mewariskan bumi ini kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Mereka menyangka bahawa jika seseorang tidak menyerahkan zakat kepada para Imam, mengerjakan solat tanpa mengakui imamahnya. Mengerjakan haji bukan dengan izin imam, tidak berjihad dengan perintah imam, tidak menyerahkan harta rampasan kepada imam, bahkan tidak mengutamakan para imam di atas semua makhluk dan mewajibkan ketaatan kepada mereka seperti ketaatan kepada Allah dan ketaatan kepada rasul-Nya, maka dia adalah kafir. Halal darahnya. Dalam surat itu juga mengandungi perkara-perkara yang tidak sedap didengar seperti Mut'ah tanpa saksi dan penghalalan kemaluan ( furuj) dengan perintahnya sekalipun dengan satu dirham, pelepasan diri daripada Salaf, melaknat mereka di dalam solat, mereka menyangka bahawa siapa yang melepaskan dirinya daripada mereka, maka tercerailah isterinya daripadanya.

Dan siapa yang melengah-lengahkan solat sehingga akhir waktunya, maka tidak ada solat baginya kerana firman Allah s.w.t Surah Maryam(19): 59 "mereka mensia-siakan solat dan mengikut hawa nafsu, maka mereka kelak akan menemui kesesatan". Mereka menyangka bahawa terdapat satu lembah di neraka Jahanam...Surat itu adalah panjang, aku berdiri membacanya sedangkan beliau (Harun) diam. Kemudian Al-Rasyid mengangkat kepalanya dan berkata: Anda telah selesai membacanya. Berilah pendapat anda mengenainya. Maka aku berkata: Wahai Amir al-Mukminin, demi Yang telah mengutus Muhammad s.a.w dengan kenabian sesungguhnya tiada seorang pun yang telah membawa kepada aku walaupun satu dirham atau satu dinar sebagai Kharaj.

Tetapi kami daripada keluarga Abu Talib menerima hadiah yang telah dihalalkan Allah s.w.t kepada Nabi-Nya s.a.w sebagaimana dalam sabdanya: Jika aku dihadiahkan dengan betis binatang (kura'), nescaya aku menerimanya …" Amir al-Mukminin telah mengetahui tentang kesempitan kami mengenainya, betapa ramainya musuh kami, penahanan khums kami oleh Salaf yang telah disebutkan di dalam al-Qur'an tentang hak kami. Perkara ini telah menyempitkan keadaan kami, sedangkan sedekah diharamkan ke atas kami. Justeru itu, Allah s.w.t. telah menggantikan sedekah dengan khums kepada kami. Lantaran itu, kami terpaksa menerima hadiah. Semuanya itu telah diketahui oleh Amir al-Mukminin. Setelah hujah aku selesai, dia terdiam. Kemudian aku berkata: Jika aku fikir Amir al-Mukminin membenarkan sepupunya ( ibn 'amm-hi) mengemukakan hadis daripada bapa-bapanya daripada Nabi s.a.w seolah-olah dia telah mendapat harta rampasan perang, maka dia akan melakukannya.

Al-Rasyid berkata: Anda dibenarkan dan silakan. Aku berkata: Bapa aku telah memberitahu aku daripada datuk aku secara marfu' kepada Nabi s.a.w bahawa sesungguhnya rahim apabila tersentuh rahim, maka ia bergerak dan gementar. Sekiranya anda izin supaya aku memegang tangan anda. Maka Al-Rasyid memberi isyarat dengan tangannya kepada aku. Dia berkata: Tampil ke sini!. Maka aku menghampirinya. Lalu beliau berjabat tangan denganku dan menarik aku kepadanya seketika. Kemudian dia berpisah daripadaku dengan dua matanya yang berlinang. Dia berkata kepada aku: Duduklah, Musa anda tidak ada apa-apa bahawa anda memang benar dan memang benar datuk anda dan memang benar Nabi s.a.w .

Sesungguhnya darah aku bergerak dan urat saraf aku gementar dan ketahuilah bahawa sesungguhnya anda adalah daging aku dan darah aku. Sesungguhnya apa yang anda telah memberitahu kami adalah benar. Aku ingin bertanyakan anda satu soalan. Jika anda memberi jawapan kepadaku. Aku mengetahui bahawa anda telah membenarkan kata-kataku dan aku melepaskan anda. Aku akan menghubungi anda. Aku tidak akan percaya lagi apa yang dikatakan orang ramai tentang anda. Aku berkata: Apa yang aku tahu aku akan memberi jawapan kepada anda.

Beliau berkata: Kenapa anda tidak melarang syi'ah anda daripada kata-kata mereka kepada anda: Ya Ibn Rasulillah! (Wahai anak lelaki Rasulillah) sedangkan anda adalah anak lelaki Ali dan Fatimah. Sesungguhnya Fatimah adalah ibu. Anak (ldinisbahkan kepada bapa dan bukan kepada ibunya?

Aku berkata: Jika Amir al-Mukminin izin dan akan memaafkan aku bagi jawapan ini, maka aku akan menjawabnya.

Al-Rasyid berkata: Aku tidak akan melakukannya atau menyahuti jawapan itu. Aku berkata: Aku di dalam keamanan anda supaya anda tidak mengenakan sebarang tindakan kekuasaan ke atasku?. Al-Rasyid berkata: Keamanan buat anda. Aku berkata: Aku mohon perlindungan daripada Syaitan yang direjam, dengan nama Allah Yang amat Pemurah lagi Pengasih. Firman-Nya di dalam Surah al-An'am(6):84-5 " Dan kami telah menganugrahkan Ishak dan Ya'qub kepadanya.Kepada keduanya masing-masing kami telah memberi petunjuk, dan kepada Nuh sebelum itu juga kami telah memberi petunjuk dan kepada sebahagian daripada keturunannya (Nuh) iatu Daud, Sulaiman, Ayyub, Yusuf, Musa dan Harun. Demikianlah kami memberi balasan kepada orang yang berbuat baik, dan Zakaria,Yahya,Isa dan Ilyas. Semuanya termasuk orang-orang yang soleh" .

Siapakah bapa Isa? Al-Rasyid berkata: Ia tidak mempunyai bapa kerana ia dijadikan daripada kalam Allah s.w.t dan Roh Kudus. Aku berkata: Sesungguhnya Isa dikaitkan dengan zuriat para nabi a.s di pihak Maryam maka kami dikaitkan dengan zuriat para nabi di pihak Fatimah a.s bukan daripada pihak Ali a.s.

Al-Rasyid berkata: Bagus wahai Musa, beritahu aku lagi perkara seumpamanya? Aku berkata: Umat sama ada yang baiknya dan yang jahatnya telah bersepakat bahawa hadis Najrani ketika Nabi s.aw menyerunya untuk bermubahalah. Pada ketika itu, tidak masuk di dalam al-Kisa' (kain) selain daripada Nabi s.a.w, Ali, Fatimah, al-Hasan dan al-Husain a.s, Allah s.w.t berfirman di dalam Surah Ali Imran (3): 61 "Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu "Mari kita memanggil anak anak kami(abna-ana), wanita-wanita kami ( nisaana)dan wanita-wanita kamu (nisaa-kum),diri kami ( anfusa-na) dan diri kamu (anfusa-kum)". Pengertian abnaa-na adalah al-Hasan dan al-Husain, nisaa-na adalah Fatimah dan anfusa-na adalah Ali bin Abu Talib a.s.

Al-Rasyid berkata: Bagus wahai Musa. Beritahuku tentang kata-kata anda: Paman atau bapa saudara sebelah bapa ( al-'Ammu) tidak menerima pusaka jika ia bersama anak lelaki sebenar( walad al-Sulbi) si mati.

Aku berkata: Aku pohon dengan hak Allah dan hak rasul-Nya supaya anda memaafkan aku dari takwilan ayat ini dan mendedahkannya kerana ia tersembunyi di sisi para ulama.

Al-Rasyid berkata: Sesungguhnya anda telah memberi jaminan kepada aku untuk menjawab soalan aku dan aku tidak akan memaafkan anda.

Aku berkata: Jamin keamanan untuk aku? Al-Rasyid berkata: Aku menjamin keamanan anda.

Aku berkata: Sesungguhnya Nabi s.a.w tidak mewariskan harta kepada mereka yang mampu berhijrah tetapi mereka tidak berhijrah. Bapa saudara aku ( 'ammi) al-Abbas telah mampu berhijrah tetapi dia tidak berhijrah. Sesungguhnya dia adalah di kalangan orang tawanan di sisi Nabi s.a.w. Dia juga telah mengingkari pembayaran wang tebusan ( al-Fida') untuk dirinya. Justeru itu, Allah telah berfirman kepada Nabi s.a.w memberitahunya tentang penyimpanan emas yang dilakukan oleh al-Abbas.

Baginda s.a.w telah mengutus Ali a.s, lalu dia mengeluarkannya di sisi Ummi al-Fadhl. Baginda s.a.w. telah memberitahu al-Abbas tentang apa yang telah diberitahu Jibrail daripada Allah s.w.t.

Lantaran itu, Baginda s.a.w. telah membenarkan Ali a.s dan memberitahunya tentang tempat yang ditanamnya. Al-Abbas berkata kepada Nabi s.a.w ketika itu: Wahai anak saudaraku! Supaya aku tidak hilang lebih banyak lagi daripada anda, maka aku naik saksi bahawa anda adalah Rasulullah, Tuhan seluruh alam semesta. Ali a.s membawa emas tersebut. Al-Abbas berkata: Tidakkah anda telah membuatkan aku menjadi fakir wahai anak saudaraku? Maka Allah berfirman di dalam Surah al-Anfal (8):70 "Jika Allah mengetahui ada kebaikan dalam hatimu, nescaya Dia akan memberikan kepadamu yang lebih baik daripada apa yang telah diambil daripadamu dan Dia akan mengampuni kamu" Dan firman-Nya di dalam Surah al-Anfal (8):72 " dan orang-orang yang beriman,tetapi belum berhijrah,maka tidak berkewajiban sedikitpun ke atasmu melindungi mereka sebelum mereka berhijrah". Kemudian Dia berfirman " Jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam urusan agama, maka kamu wajib memberi pertolongan", maka aku telah melihatnya berpuas hati mengenainya.

Kemudian Al-Rasyid berkata: Beritahu aku dari manakah anda berkata: Sesungguhnya manusia akan dimasuki kerosakan ( yadkhulu-hu al-Fasad) dari pihak wanita jika khums tidak dibayar kepada mereka yang berhaknya?

Aku berkata: Aku akan memberitahu anda, wahai Amir al-Mukminin, dengan syarat anda tidak mendedahkan perkara ini kepada sesiapapun selama aku masih hidup sekalipun kepada orang yang terdekat. Allah telah membezakan di antara kami dan mereka yang telah menzalimi kami, perkara ini tidak pernah disoal oleh seorang pun di kalangan pemerintah selain daripada Amir al-Mukminin.


Al-Rasyid berkata: Bukan Taim [12], bukan 'Adi [13], bukan Bani Umayyah dan bukan seorang pun daripada bapa-bapa kami?

Aku berkata: Aku tidak pernah ditanya dan begitu juga dengan Abu Abdullah Ja'far bin Muhammad tidak pernah ditanya mengenainya.

Al-Rasyid berkata: Allah. Aku pun berkata: Allah.

Al-Rasyid berkata: Jika sampai kepadaku pendedahan ini sama ada daripada anda atau daripada seorang daripada keluarga anda, maka aku akan menarik balik jaminan keamanan yang aku telah berikan kepada anda.

Aku berkata: Anda boleh melakukannya kepada aku.

Maka Al-Rasyid berkata kepadaku: Aku suka jika anda menulis untuk aku kata-kata ringkas, mengandungi usul dan furu', difahami tafsirnya yang anda telah mendengarnya daripada Abu Abdullah a.s?

Aku berkata: Ya! Di atas tanggung jawab aku, wahai Amir al-Mukminin. Al-Rasyid berkata: Apabila anda selesai melakukannya, maka beritahu kami keperluan anda.

Musa a.s. berkata: Al-Rasyid telah mewakilkan kepadaku seorang lelaki yang menjaga aku dan menghantar kepada aku satu hidangan makanan pada setiap hari, maka aku menulis seperti berikut:

Bismillahi r-Rahmani r-Rahim. Semua urusan dunia terbahagi kepada dua.

Pertama: Perkara yang tidak ada khilaf tentangnya, iaitu ijmak umat secara darurat. Mereka terpaksa melakukannya. Setiap syubhah dan setiap peristiwa yang berlaku hendaklah dibentangkan kepada hadis-hadis yang disepakati dan diistinbatkan daripadanya.

Kedua: Perkara yang mengandungi syak dan ingkar. Caranya ialah meminta keterangan daripada pakar mengenainya. Apa yang telah tetap (thabata ) bagi pengikut-pengikutnya daripada kitab yang disepakati takwilnya atau daripada Sunnah Nabi s.a.w yang tidak ada khilaf padanya, maka mereka boleh beramal dengannya.

Adapun kias di mana akal mengetahui penyelewengannya, hendaklah mereka menolaknya.


Adapun perkara yang belum tetap ( lam yathbut) bagi pengikut-pengikutnya sebagai hujah daripada kitab yang disepakati takwilnya atau daripada Sunnah Nabi s.a.w yang tidak ada khilaf mengenainya atau kias di mana akal mengetahui penyelewengannya, maka mereka wajib menolaknya kerana ia akan meluaskan perasaan syak dan ingkar ke atas umat secara umum dan khusus. Demikianlah dua perkara ini yang merupakan sebahagian daripada urusan Tauhid, maka apa yang selain daripadanya, buangkanlah. Adapun perkara yang telah tetap buktinya kepada anda, maka anda ambillah. Dan apa yang kabur cahayanya kepada anda, maka anda buangkanlah, La Quwwata illa bi l-Lah wa Hasbu-na l-Lah wa Ni'ma l-Wakil.

Kemudian aku telah memberitahu wakil tersebut bahawa aku telah melaksanakan keperluannya. Lantas dia memberitahu kepada Harun al-Rasyid. Maka dia berjumpa denganku. Aku membentangkan kepadanya. Dia berkata: Ahsan-ta! Anda telah melakukan perkara yang baik, ia adalah kata-kata yang ringkas dan menyeluruh, maka beritahu keperluan anda kepada kami wahai Musa. Aku berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Keperluan aku yang pertama kepada anda adalah supaya anda membenarkan aku pulang kepada keluargaku kerana aku telah meninggalkan mereka dalam keadaan menangis berputus asa untuk melihat aku. Al-Rasyid berkata: Anda dibenarkan. Al-Rasyid berkata: Tambahkan lagi kata-kata anda. Aku berkata: Allah memanjangkan umur Amir al-Mukminin untuk kami semua. Maka Al-Rasyid berkata: Tambahkan lagi. Aku berkata: Aku mempunyai keluarga yang besar, mata kami sentiasa melihat kepada kelebihan Amir al-Mukminin. Maka dia telah memerintahkan supaya aku diberi seribu dirham dan pakaian serta membawa aku kepada keluarga aku secara hormat [14].

Abu al-Hasan Musa A.S, Harun al-Rasyid dan al-Fadhl Bin Rabi'

Hamdan bin al-Husain al-Nahawandi berkata: Ibrahim bin Ishaq al-Nahawandi telah memberitahu kami berkata: Ahmad bin Ismail Abu 'Umar telah memberitahu aku berkata: Abdullah bin Salih telah memberitahu aku berkata: Al-Fadhl bin al-Rabi' telah memberitahuku berkata: Aku telah berada di atas hamparanku. Aku telah berkhalwat bersama hamba perempuan aku. Tiba-tiba aku mendengar suara tapak kaki. Aku berkata: Siapakah itu? Hamba perempuan aku berkata: Angin, aku pun bergerak kepadanya, tiba-tiba seorang lelaki berbadan besar berkata: Beri jawapan kepada Amir al-Mukminin [15].

Maka aku keluar kepadanya dalam keadaan takut. Dia berkata kepada aku: Wahai Fadhl! Bebaskan Musa bin Ja'far sekarang juga dan berikan kepadanya lapan puluh ribu dirham, lima helai pakaian dan bawanya keluar pada waktu zuhur. Aku berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Musa bin Ja'far? Dia berkata: Ya! Celaka anda, adakah anda mahu aku membatalkan janji aku? Aku berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Apakah janji itu? Dia berkata: Ketika aku berada di tempat tidur aku, tiba-tiba seorang yang berbadan besar, berkulit hitam tetapi aku tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dia telah melompat ke atas dada aku dan memegang tengkukku sambil berkata: Adakah anda telah menahan Musa bin Ja'far secara zalim? Aku berkata: Aku akan membebaskannya sekarang juga. Dia membuat perjanjian dengan nama Allah supaya aku membebaskannya.

Dia bangun dari dada aku. Nyawa aku hampir keluar. Al-Fadhl berkata: Maka aku keluar di sisinya dan aku mendapati Musa bin Ja'far di Musalanya, aku telah menyampaikan kepadanya salam Amir al-Mukminin. Aku telah memberitahu kepada Musa bin Ja'far apa yang diperintahkan kepadaku mengenainya. Musa a.s. berkata: Tidak perlu kepada harta, pakaian dan bekalan jika ianya daripada hak umat. Aku berkata: Aku menyeru dengan nama Allah supaya anda tidak menolaknya kerana Amir al-Mukminin akan memarahi anda. Musa a.s. berkata: Buatlah apa yang anda mahu. Maka aku pun memegang tangannya dan mengeluarkannya dari penjara. Aku berkata kepadanya: Wahai putera Rasulullah ! Hak aku adalah wajib di atas anda kerana aku bersyarikat dengan anda. Allah melakukannya melalui tanganku. Beliau a.s. berkata: Aku telah melihat Rasulullah di dalam tidurku pada malam Rabu. Baginda s.a.w. bersabda kepada aku: Wahai Musa anda ditahan dan dizalimi?.

Aku berkata: Ya! Wahai Rasulullah, aku ditahan dan dizalimi. Baginda s.a.w telah mengulanginya kepadaku selama tiga kali. Kemudian Baginda s.a.w. bersabda lagi: Mudah-mudahan ia adalah fitnah kepada mereka dan berseronok hanya buat seketika sahaja, berpuasalah esok hari dan ikutilah dengan puasa hari Khamis dan Jumaat. Apabila masuk waktu berbuka, maka kerjalah solat dua belas rakaat. Anda perlu membaca di dalam setiap rakaat "al-Hamdu " dan "Qul Huwa l-Lahu Ahad" dua belas kali. Demikian juga bacaannya pada rakaat yang kedua. Apabila anda selesai daripada solat anda, maka katakanlah: Wahai Tuhanku! Wahai Penutup segala keaiban dan Pendengar segala suara ( Allahumma Ya Saatira l-'Uyaub Ya Saami'a Kulli Sautin) [16]

Abu al-Hasan Musa A.S Dengan Yunus bin Abd al-Rahman

Pada suatu hari Yunus bin Abd al-Rahman telah berkata kepada Musa bin Ja'far a.s: Di manakah Tuhan anda sebelum adanya langit dan sebelum ada hamparan bumi? Musa a.s. berkata: Dia adalah cahaya pada cahaya (kana nuran fi nurin ) dan cahaya di atas cahaya (nuran 'ala nurin). Dijadikan daripada cahaya tersebut air yang keruh. Dan dijadikan daripada air tersebut kegelapan ( zulmah). Maka 'Arasy-Nya ialah di atas kegelapan tersebut. Yunus berkata: Sesungguhnya aku bertanya anda tentang tempat ( al-Makan). Musa a.s. berkata: Setiap kali anda bertanya: Di mana (aina), maka di mana (aina) mempersoalkan tempat. Yunus berkata: Aku bertanya kepada anda tentang tempat tertentu? Musa a.s. berkata: Dia berada pada ilmu-Nya kerana keilmuan-Nya. Maka ilmu para ulama menjadi terhad di sisi ilmu-Nya. Yunus berkata lagi: Sesungguhnya aku bertanya anda tentang tempat. Musa a.s. berkata: Wahai si bodoh! Tidakkah aku telah memberi jawapan kepada anda bahawa Dia berada pada ilmu-Nya kerana ilmu-Nya, maka ilmu para ulama menjadi terhad di sisi ilmu-Nya.

Hadis Sadiq

Daripada Sadiq Muhammad bin al-Hasan telah memberitahuku daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Muhammad bin Abd al-Hamid daripada Abd al- Salam bin Salim daripada Muyassar bin Abd al-Aziz berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Hadis yang diambil oleh Sadiq daripada Sadiq adalah lebih baik daripada dunia dan apa yang ada di dalamnya.

Daripadanya, daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada sebahagian daripada sahabat kami, daripada Abdullah bin Abdullah berkata: Musa bin Ibrahim al-Maruziy telah memberitahu aku daripada Abu al-Hasan al-Awwal a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa daripada umat aku menghafaz empat puluh hadis yang mereka perlu kepadanya tentang urusan agama mereka, maka Allah akan membangkitnya pada hari Kiamat sebagai seorang fakih dan alim.

Pembantu-Pembantu Ahlu l-Bait A.S

Muhammad bin al-Hasan bin Ahmad bin al-Qalid, daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ali bin Sulaiman bin Daud al-Razi telah memberitahu aku; Ahmad bin Muhammad bin Yahya telah memberitahu kami berkata: Sa'd bin Abdullah telah memberitahu aku daripada Ali bin Sulaiman daripada Ali bin Asbat bin Salim daripada bapanya Asbat bin Salim berkata: Abu al-Hasan Musa bin Ja'far berkata: Apabila tiba hari Kiamat, penyeru akan berkata: Di manakah pembantu ( hawariy) Muhammad bin Abdullah, Rasulullah s.a.w yang tidak membatalkan janjinya? Maka Salman, al-Miqdad dan Abu Dhar pun berdiri.

Musa a.s. berkata: Kemudian ada seruan lagi: Di manakah pembantu Ali bin Abu Talib a.s, wasi Muhammad bin Abdullah, Rasulullah s.a.w ? 'Umru bin al-Humqu al-Khaza'i, Muhammad bin Abu Bakr, Mitham bin Yahya al-Tammar, hamba Bani Asad dan Uwais al-Qurani pun berdiri.

Musa a.s. berkata: Kemudian penyeru berkata: Di manakah pembantu al-Hasan bin Ali putera Fatimah binti Muhammad, Rasulullah s.a.w ? Sufyan bin Abu Laila al-Hamdani dan Huzaifah bin Usyad al-Ghifari pun berdiri.

Musa a.s. berkata: Kemudian penyeru berkata: Di manakah pembantu al-Husain bin Ali? Maka berdirilah setiap mereka yang telah mati syahid bersamanya tanpa tertinggal seorang pun.

Musa a.s. berkata: Kemudian penyeru berkata: Di manakah pembantu Ali bin al-Husain? Maka berdirilah Jubair bin Mut'im, Yahya bin Ummu al-Tawil, Abu Khalid al-Kabili dan Sa'id bin al-Musayyab.

Kemudian penyeru berkata: Di manakah pembantu Muhammad bin Ali dan pembantu Ja'far bin Muhammad? Maka berdirilah Abdullah bin Syarik al-'Amiri, Zararah bin A'yan, Barid bin Mu'awiyah al-'Ajali, Muhammad bin Muslim al-Thaqafi, Laith bin al-Bukhturi al-Muradi, Abdullah bin AbuYa'fur, Amir bin Abdullah bin Juza'ah, Hajr bin Za'idah dan Hamraan bin A'yan. Kemudian seruan kepada semua syi'ah bersama para imam mereka a.s pada hari Kiamat. Mereka adalah syi'ah pertama yang memasuki Firdaus dan golongan terawal, golongan yang paling akrab dan berpengalaman di kalangan para tabi'in [17].

Hadis Jabir Bin Abdullah dan Penyampaian Salam Rasulullah S.A.W Kepada Abu Ja'far al-Baqir

Muhammad bin al-Hasan telah memberitahu aku daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Muhammad bin Isa daripada Basir daripada Hisyam bin Salim berkata: Abu Abdullah a.s telah berkata kepada aku: Bapa aku memiliki satu manaqib (kelebihan), tidak seorang pun di kalangan bapa-bapa aku memilikinya kerana bahawa Rasulullah s.a.w bersabda kepada Jabir bin Abdullah: Sesungguhnya anda akan sempat menemui Muhammad; anak lelaki aku. Maka sampaikan salam aku kepadanya. Jabir telah mendatangi Ali bin al-Husain a.s yang sedang mencarinya. Ali bin al-Husain berkata: Anda akan diutus kepadanya (Muhammad al-Baqir a.s.). Anda akan dibawa kepadanya. Beliau a.s. berkata: Pergilah kepadanya. Maka Jabir pun datang menemui Muhammad al-Baqir a.s. Jabir menyampaikan salam Rasulullah s.a.w. kepadanya. Muhammad al-Baqir a.s. mengucup kepala Jabir dan memeluknya lalu berkata: Salam ke atas datuk aku dan ke atas anda wahai Jabir!. Abu Abdullah a.s. berkata: Jabir memohon kepada Muhammad al-Baqir supaya menjamin syafaat untuknya pada hari Kiamat. Muhammad al-Baqir a.s. berkata: Lakukanlah wahai Jabir [18].

Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar secara marfu' daripada Huraiz daripada Abban bin Taghlab berkata: Abu Abdullah a..s berkata: Sesungguhnya Jabir bin

Sayidatina Fatimah: Penghulu Wanita Syurga


Dia membesar dalam suasana kesusahan. Bondanya pergi ketika usianya terlalu muda dan masih memerlukan kasih sayang seorang ibu. Sejak itu, dialah yang mengambil alih tugas menguruskan rumahtangga seperti memasak, mencuci, mengemas rumah dan menguruskan keperluan ayahandanya.
Di sebalik kesibukan itu, dia juga adalah seorang yang paling kuat beribadah. Keletihan yang ditanggung akibat seharian bekerja menggantikan tugas ibunya yang telah pergi itu, tidak pula menghalang Sayidatina Fatimah daripada bermunajata dan beribadah kepada Allah SWT. Malam- malam yang dilalui, diisi dengan tahajud, zikir dan siangnya pula dengan sembahyang, puasa, membaca Al Quran dan lain-lain.Setiap hari, suara halusnya mengalunkan irama Al Quran.
Di waktu umurnya mencapai 18 tahun, dia dikahwinkan dengan pemuda yang sangat miskin hidupnya. Bahkan oleh kemiskinan itu, untuk membayar mas kahwin pun suaminya tidak mampu lalu dibantu oleh Rasulullah SAW.
Setelah berkahwin kehidupannya berjalan dalam suasana yang amat sederhana, gigih dan penuh ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Digelar Singa Allah, suaminya Sayidina Ali merupakan orang kepercayaan Rasulullah SAW yang diamanahkan untuk berada di barisan hadapan dalam bala tentera Islam. Lalu, seringlah Sayidatina Fatimah ditinggalkan oleh suaminya yang pergi berperang untuk berbulan-bulan lamanya. Namun dia tetap redha dengan suaminya. Isteri mana yang tidak mengharapkan belaian mesra daripada seorang suami. Namun bagi Sayidatina Fatimah r.ha, saat-saat berjauhan dengan suami adalah satu kesempatan berdampingan dengan Allah SWT untuk mencari kasih-Nya, melalui ibadah-ibadah yang dibangunkan.
Sepanjang pemergian Sayidina Ali itu, hanya anak-anak yang masih kecil menjadi temannya. Nafkah untuk dirinya dan anak-anaknya Hassan, Hussin, Muhsin, Zainab dan Umi Kalsum diusahakan sendiri. Untuk mendapatkan air, berjalanlah dia sejauh hampir dua batu dan mencedoknya dari perigi yang 40 hasta dalamnya, di tengah bahang mentari padang pasir yang terik. Kadangkala dia berlapar sepanjang hari. Sering pula dia berpuasa dan tubuhnya sangat kurus hingga menampakkan tulang di dadanya.
Pernah suatu hari, sedang dia tekun bekerja di sisi batu pengisar gandum, Rasulullah datang berkunjung ke rumahnya. Sayidatina Fatimah yang amat keletihan ketikaitu lalu meceritakan keperitan hidupnya itu kepada Rasulullah SAW. Betapa dirinya teruk bekerja, mengisar tepung, mengangkat air, memasak serta melayan anak-anak. Dia berharap agar Rasulullah dapat menyampaikan kepada Sayidina Ali, kalau mungkin boleh disediakan untuknya seorangpembantu rumah. Rasulullah saw merasa belas terhadap penanggungan anakandanya itu. Namun baginda amat tahu, sesungguhnya Allah memang menghendaki kesusahan bagi hamba-Nya sewaktu di dunia untuk membeli kesenangan di akhirat. Mereka yang rela bersusah payah dengan ujian di dunia demi mengharapkan keredhaan-Nya, mereka inilah yang mendapat tempat di sisi-Nya. Lalu dipujuknya Fatimah r.ha sambil memberikan harapan dengan janji-janji Allah. Baginda mengajarkan zikir, tahmid dan takbir yang apabila diamalkan, segala penanggungan dan bebanan hidup akan terasa ringan.
Ketaatannya kepada Sayidina Ali menyebabkan Allah SWTmengangkat darjatnya. Sayidatina Fatimah tidak pernah mengeluh dengan kekurangan dan kemiskinan keluarga mereka. Tidak juga dia meminta-minta hingga menyusah-nyusahkan suaminya.
Dalam pada itu, kemiskinan tidak menghilang Sayidatina Fatimah untuk selalu bersedekah. Dia tidak sanggup untuk kenyang sendiri apabila ada orang lain yang kelaparan. Dia tidak rela hidup senang dikala orang lain menderita. Bahkan dia tidak pernah membiarkan pengemis melangkah dari pintu rumahnya tanpa memberikan sesuatu meskipun dirinya sendiri sering kelaparan. Memang cocok sekali pasangan Sayidina Ali ini kerana Sayidina Ali sendiri lantaran kemurahan hatinya sehingga digelar sebagai 'Bapa kepada janda dan anak yatim' di Madinah.
Namun, pernah suatu hari, Sayidina Fatimah telah menyebabkan Sayidina Ali tersentuh hati dengankata-katanya. Menyedari kesilapannya, Sayidatina Fatimah segera meminta maaf berulang-ulang kali.Apabila dilihatnya air muka suaminya tidak juga berubah, lalu dengan berlari-lari anak dia mengelilingi Sayidina Ali. Tujuh puluh kali dia 'tawaf' sambil merayu-rayu memohon dimaafkan. Melihatkan aksi Sayidatina Fatimah itu, tersenyumlah Sayidina Ali lantas memaafkan isterinya itu.
"Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedang Ali tidak memaafkanmu, nescaya aku tidak akan menyembahyangkan jenazahmu," Rasulullah SAW memberi amaran kepada puterinya itu apabila perkara itu sampai ke pengetahuan baginda.
Begitu sekali kedudukan seorang suami yang ditetapkan Allah SWT sebagai pemimpin bagi seorang isteri. Betapa seorang isteri itu perlu berhati-hati dan sangat berhalus di saat berdepan dengan suami. Apa yang dilakukan Sayidina Fatimah itu bukanlah disengajakan. Apatah lagi, bukan juga dia merungut-rungut, marah-marah, meninggi suara, bermasam muka, merajuk atau lain-lain karenah yang menyusahkan Sayidina Ali k.w. Pun Rasulullah SAW berkata begitu terhadapnya.
Semasa perang Uhud, Sayidatina Fatimah telah turut sama merawat luka Rasulullah. Dia juga turut bersama Rasulullah semasa peristiwa penawanan Kota Makkah dan ketika ayahandanya mengerjakan 'Haji Wida' pada akhir tahun 11 Hijrah. Dalam perjalanan haji terakhir ini Rasulullah SAW telah jatuh sakit. Sayidatina Fatimah tetap di sisi ayahandanya. Ketika itu Rasulullah membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah r.ha yang membuatkannya menangis, kemudian Nabi SAW membisikkan sesuatu lagi yang membuatkannya tersenyum.
Dia menangis kerana ayahandanya telah membisikkan kepadanya berita kematian baginda. Namun, sewaktu ayahandanya menyatakan bahawa dialah orang pertama yang akan berkumpul dengan baginda di alam baqa', gembiralah hatinya. Sayidatina Fatimah meninggal dunia enam bulan setelah kewafatan Nabi SAW, dalam usia 28 tahun dan dimakamkan di Perkuburan Baqi', Madinah.
Begitu sekali wanita yang utama, agung dan namanya harum tercatat dalam al-Quran, disusah-susahkan hidupnya oleh Allah SWT. Sengaja dibuat begitu oleh Allah kerana Dia tahu bahawa dengan kesusahan itu, hamba-Nya akan lebih hampir kepada-Nya. Begitulah juga dengan kehidupan wanita-wanita agung yang lain. Mereka tidak sempat berlaku sombong serta membangga diri atau bersenang-senang. Sebaliknya, dengan kesusahan-kesusahan itulah mereka dididik oleh Allahuntuk sentiasa merasa sabar, redha, takut dengan dosa, tawadhuk (merendah diri), tawakkal dan lain-lain. Ujian-ujian itulah yang sangat mendidik mereka agar bertaqwa kepada Allah SWT. Justeru, wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah wanita yang hatinya dekat dengan Allah, merasa terhibur dalam melakukan ketaatan terhadap-Nya, dan amat bersungguh-sungguh menjauhi larangan-Nya, biarpun diri mereka menderita

Rabu, 15 Julai 2009

MABUK DALAM CINTA TERHADAP ALLAH —


Kisah TeladanDikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu.
"Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.
Setelah Nabi Isa a.s mendengar penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya.
" Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima dan lupa kepada yang lima :
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada Al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur

PENGASAS EMPAT MAZHAB


PENGASAS MAZHAB HANAFI—IMAM ABU HANIFAH
(80-150 H / 699-767 M)
Abu Hanifah An Nukman b. Tsabit b. Zufi'at At Tamimi adalah pengasas Mazhab Hanafi. Beliau dilahirkan di Kufah, pada masa pemerintahan Al Khalid b Abd Malik. Sejak dari kanak-kanak lagi beliau telah mengkaji dan menghafal Al Quran. Untuk mendalami lagi ilmu pengetahuannya tentang Al Quran, beliau telah berguru dengan Imam Abu A'sim iaitu seorang ulamak yang terkenal pada waktu itu. Beliau juga mempelajari ilmu Fiqh dari sahabat-sahabat Nabi s.a.w, seperti dari Anas b. Malik, Abdullah b. Aufa, Abu Tufail b. Amir dan ramai lagi. Dari sahabat-sahabat ini juga beliau mempelajari ilmu hadis. Beliau sangat tekun dalam mempelajari ilmu Fiqh dari seorang ulama yang terkenal pada waktu itu iaitu Humad b. Abu Sulaiman tidak kurang dari 18 tahun. 10 tahun selepas kematian gurunya (130 H) beliau berangkat ke Mekah pula. Di sana beliau berguru dengan salah saorang murid Abdullah b. Abbas r.a. Imam Abu Hanifah terkenal sebagai seorang yang sangat dalam ilmunya, ahli zuhud, tawaduk dan sangat teguh memegang ajaran agama. Beliau tidak tertarik kepada jawatan rasmi kerajaan dengan sebab beliau pernah menolak jawatan hakim yang ditawarkan oleh Khalifah Al Mansur. Diriwayatkan kerana penolakannya, beliau dipenjarakan hingga ke akhir hayatnya. Beliau wafat pada usia 70 tahun dan dimakamkan diperkuburan Khizra. Pada tahun 450 H / 1066 M didirikan sebuah sekolah agama yang dinamakan Jami' Abu Hanifah. Diantara kitab karangan beliau seperti Al Musu'un, Al Makha'rij dan Fiqh Akhbar.
PENGASAS MAZHAB MALIKI—
IMAM MALIK B ANNAS (93-179 H / 172-258 M)
Imam Malik b Annas adalah pengasas Mazhab Maliki. Beliau dilahirkan di Madinah dan berasal dari Kabilah Yamaniah. Sejak kecil lagi beliau telah menghafal Al Quran dan ibunya sentiasa memberi dorongan agar beliau bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Beliau mula belajar dari seorang ulama yang terkenal waktu itu yang bernama Ribiah dan mendalami ilmu Hadis dari Ibnu Syihab disamping mempelajari ilmu Fiqh daripada para sahabat. Kerana ketekunan dan kecerdasan fikirannya, beliau terkemuka dalam bidang ilmu Hadis dan Fiqh. Beliau juga sangat berhati-hati dalam memberi fatwa. Beliau akan bermusyawarah terlebih dahulu dengan sekalian para para ulama sebelum mengeluarkan sesuatukan fatwa. Imam Malik memiliki daya ingatan yang sangat kuat. Pernah beliau mendengar 31 Hadis dari Ibnu Syihab tanpa menulisnya dan bila diminta mengulanginya semula tidak satu baris pun yang dilupainya. Beliau berkata : Ilmu itu adalah cahaya, ia mudah dicapai dengan hati yang takwa dan khusyuk. Beliau juga menasihati agar menjauhkan keraguan katanya. Sebaik-baik perkerjaan ialah yang jelas, jika salah satu dirinya meragukanmu maka kerjakanlah apa yg lebih yakin menurut perkiraanmu. Antara kitab karangan beliau yang termahsyur ialah Al Muwatha iaitu sebuah kitab Hadis dan Fiqh. Imam Malik wafat pada usaha 86 tahun.
PENGASAS MAZHAB SYAFIE—
IMAM MUHAMMAD B IDRIS ASY SYAFIE AL QURAISYI(150-240 H / 717-820 M)
Nama penuh beliau ialah Muhammad b. Idris Asy Syafie Al-Quraisyi pengasas Mazhab Syafie. Beliau dilahirkan di Ghazzah pada tahun 150 H bertepatan tahun wafatnya Imam Abu Hanifah. Meskipun beliau dilahirkan dalam keadaan yatim dan di besarkan dalam keluarga yang miskin, itu tidak menjadikan beliau merasa rendah diri apa lagi malas. Beliau begitu bersungguh-sungguh dalam mempelajari ilmu Hadis dari ulamak hadis yang terdapat di Mekah ketika itu. Pada usaha yang masih kecil lagi beliau telah menghafal Al-Qur'an. Pada usianya 20 tahun, beliau telah berguru dengan Imam Malik dalam ilmu Fiqh dan Hadis di Madinah. Seterusnya beliau pergi ke Iraq dan berguru dengan sahabat-sahabat Imam Abu Hanifah. Setelah wafat Imam Malik (179 H) beliau berangkat ke Yaman untuk mengajar ilmu di sana. Selepas itu Khalifah Harun Al Rashid pula mengundang beliau untuk datang ke Baghdad. Pada tahun 198H beliau pergi ke Negeri Mesir dan mengajar di Masjid Amru b. As. Kitab karangan beliau yang mahsyur ialah seperti Al-Um, Amali Kubra, Kitab Risalah dan Usul Figh. Adapun dalam menyusun Usul Fiqh Imam Syafie dikenali sebagai orang yang pertama mempelupuri penulisan dalam bidang tersebut. Akhirnya beliau wafat disana.
PENGASAS MAZHAB HAMBALI—
IMAM AHMAD B. HAMBAL (164-241 H / 780-855 M)
Nama penuh beliau ialah Abu Abdullah Ahmad b. Muhammad b. Hambal b. Bilal Al Syaibani. Beliau dilahirkan di Baghdad dan dibesarkan dalam yatim oleh ibunya. Ayahnya meninggal semasa beliau masih bayi. Semenjak kecil beliau telah menunjukan sifat dan peribadi yang mulia. Sehingga menarik minat ramai terhadapnya, serta amat tekun dalam menuntut ilmu pengetahuan. Beliau memulai dengan belajar menghafal Al Quran, Bahasa Arab, Hadis, Sejarah Nabi serta para sahabat dan para tabi'in. Untuk memperdalamkan ilmunya, beliau pergi ke Basrah dan berguru dengan Imam As Syafie. Beliau juga pergi menuntut ilmu ke Mesir dan Yaman. Diantara guru beliau ialah Yusuf Al Hassan, Ibnu Human dan Ibnu Abbas. Beliau banyak mempelajari dan meriwayatkan hadis tetapi tidak mengambilnya, kecuali yang sudah jelas sahihnya. Kitab karangan beliau yang terkenal ialah `Musuad Ahmad Hambali '. Beliau mula mengajar ketika berusia 40 tahun. Pada masa pemerintahan Al Muktasim ( Khalifah Abbasiah ) beliau telah dipenjarakan kerana tidak bersependapat dengan fahamam yang mengatakan bahawa Al Quran itu adalah mahkluk. Beliau dibebaskan pada masa pemerintahan Khalifah Al Mutawakkil. Imam Ahmad wafat di Baghdad dalam usia 77 tahun.

Selasa, 30 Jun 2009


Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S...A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya.

Setelah mengikut orang itu,maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam." Kemudian RasulullahS.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah W.T, kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu Berubahmenjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,

Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat." Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk solat

2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya..

3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya".

Ketika manusia diciptakan, Allah mencipta juga pelbagai bentuk emosi dan keinginan dalam diri manusia yang berbentuk positif dan negatif yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Antara sifat positif yang terdapat dalam diri manusia ialah pemaaf, yakni lawan kepada sifat pemarah dan pendendam.
Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat itu yang juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.
Allah berfirman bermaksud: "Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan." (Surah Ali Imran, ayat 132).
Namun, diakui bukan mudah untuk menjadi seorang pemaaf. Sikap negatif yang menjadi lawannya iaitu pemarah sentiasa berusaha menidakkan wujudnya sifat pemaaf dalam seseorang. Pertembungan dua unsur ini mewujudkan satu mekanisme yang saling ingin menguasai diri seseorang. Iman dan takwa menjadi pengemudi melahirkan sifat pemaaf, manakala syaitan pula mengambil tempat mendidik sifat pemarah. Hakikatnya, syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia.
Memang tepatlah, sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan. Firman Allah yang bermaksud: "Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya yang demikian itu termasuk pekerjaan yang berat ditanggung." (Surah asy-Syura, ayat 43).
Sifat pemaaf memang sukar dilakukan memandangkan manusia sentiasa dikuasai fikiran lojik untuk bertindak atas sesuatu perkara sehingga membunuh nilai moral sebenar.
Contohnya, bayangkan apakah tindakah spontan kita jika kena ditipu, dihina, dikhianati, dikecewakan dan perkara lain yang tidak disenangi. Sudah tentu perasaan marah akan menguasai diri dan diikuti pula dengan tindakan berbentuk lisan dan fizikal. Kadangkala, perasaan marah juga disebabkan persaingan untuk mendapatkan sesuatu. Dalam keadaan itu, pesaing dianggap sebagai musuh yang perlu diatasi dengan apa cara sekalipun. Punca ini boleh merebak kepada fitnah, ugutan dan tindakan fizikal secara kekerasan.
Emosi manusia mudah terpengaruh ke arah melakukan tindakan yang pada pandangan lojik adalah tindakan yang sepatutnya. Apatah lagi jika hasutan syaitan berjaya menguasai diri. Tindakan yang pada asasnya patut dilakukan telah bertukar kepada tindakan melampau. Di sinilah pentingnya kita memupuk sifat pemaaf dalam diri. Sesuatu yang lojik tidak semestinya betul. Sebaliknya, ajaran agama adalah petunjuk kepada kebenaran yang mesti diamalkan untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat. Tindakan marah melampau dan diikuti pula dengan tindakan fizikal bukanlah jalan menyelesai masalah atau untuk menunjukkan siapa yang benar. Ketika itu jika diteruskan niat melakukan tindakbalas atas kemarahan itu, mungkin ada tindakan yang mendatangkan keburukan sehingga ada melakukan pembunuhan. Sesiapa berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah.
Nabi Muhammad saw bersabda: "Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah." (Hadis riwayat Bukhari).
Peri pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad saw apabila diminta oleh seorang lelaki agar berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, menjawab ringkas iaitu 'jangan marah'. Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah.
Lalu dia bertanya kali kedua mengharapkan agar Rasulullah memberitahu amalan lain yang lebih besar pahalanya. Tetapi Rasulullah tetap mengulangi perkataan 'jangan marah'. Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampirkan diri dengan memperbanyakkan melaku ibadat wajib dan sunat. Dengan kekuatan takwa dan iman secara langsung akan menjauhkan perkara yang ditegah, termasuklah sifat pemarah. Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil daripada tarbiyah yang berterusan. Sebab itu, selalulah memupuk sifat pemaaf. Bermulalah dengan perkara yang kecil dan mudah hilang sifat marah.
Jika ada sesuatu yang menimbulkan perasaan marah, berfikirlah sejenak untuk terlebih dahulu menilai atau muhasabah diri sendiri terlebih dahulu. Renungkan dalam hati sendiri adakah perkara itu juga berpunca dari kita sendiri? Adakah sebelum ini kita telah mengambil langkah yang wajar untuk mengelak perkara itu daripada berlaku? Dengan adanya perasaan itu, kita akan merasakan kali ini orang lain melakukan sesuatu yang kita tidak suka, dan mungkin pada masa lain pula kita dengan tidak sengaja maupun tidak sengaja melakukan terhadap orang lain. Kita tentunya mahu kesalahan yang kita lakukan itu dimaafkan orang lain. Jadi, sebagai permulaan biarlah kita dahulu maafkan orang lain. Jika kita mampu berfikir sedemikian, cahaya kebenaran mudah memasuki ruang hati dan memberi petunjuk apakah tindakan yang wajar dilakukan seterusnya. Pada ketika itu syaitan tidak berpeluang untuk menyemarakkan perasaan marah, yang lahir adalah keinsafan dan sifat memaafkan. Perasaan marah yang melampau tidak jauh bezanya dengan kemabukan. Ketika itu kewarasan fikiran telah hilang. Kehilangan rasa tenang adalah satu petanda kemarahan sedang menguasai minda dan hati. Pada ketika itu, tidak boleh berlaku sedikit kesilapan terhadap dirinya, terus dianggap punca menaikkan lagi perasaan marahnya dan melarat kepada hal-hal lain. Sifat pemaaf memberi manfaat yang besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani. Orang yang bersifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati yang bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri sendiri untuk melakukan kebaikan.
Bagi orang yang bersifat pemaaf, padanya tiada seorang pun dalam hatinya tersimpan perasaan marah. Bahkan, dia seperti telah 'prepaid' memaafkan orang lain sebelum kesalahan dilakukan. Sebab itu, hati orang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi atau situasi menekan terhadap dirinya. Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca sifat marah dan membalas dendam. Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati. Sikap berdendam hanya merugikan kedua-dua pihak. Paling tertekan ialah pihak yang lebih banyak berdendam. Hatinya tidak tenteram dan sentiasa ada perasaan buruk sangka. Kadangkala, yang berdendam hanya sebelah pihak. Sedangkan, sebelah pihak lagi menganggap persengketan sebelum ini telah selesai. Perasaan marah berterusan tidak menguntungkan mana-mana pihak.
Membalas dendam dan membuat sesuatu mendatangkan kemrahan pihak lain akan menambah kekusutan dan permasalahan. Menang jadi arang, kalah jadi abu. Lebih menguntungkan jika kita mengamalkan sifat pemaaf yang pastinya mendatangkan kebaikan. Jika sifat memaafkan diamalkan, insyaalah, kita juga tidak akan menanggung kemarahan daripada orang lain. Sesungguhnya Allah terlebih awal memberi keampunan dengan rahmat-Nya.
Firman Allah bermaksud: "Janganlah sampai bersumpah-sumpah, orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kekayaan antara kamu, bahawa mereka tidak akan memberi lagi kepada kaum kerabat, orang-orang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah. Tetapi hendaklah mereka memberi keampunan dan berlapang dada. Tidakkah kamu mahu jika Allah mahu memberi keampunan kepada kamu sekalian." (Surah an-Nur, ayat 22).

Isnin, 25 Mei 2009


Tidur-tidur Yang Sunat Dikejutkan
Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalamkeadaan berikut:
Pertama:
Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:
خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداهبالصلاة أو حركه برجله
Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.” (Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)
Kedua:
Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.
Ketiga:
Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang. Rasulullah saw bersabda:
من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة
Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh). (Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)
Keempat:
Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.Nabi saw bersabda:
إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليق“
Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.” (Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)
Kelima:
Tidur waktu subuh. Nabi saw bersabda:
الصبحة تمنع الرزق
Tidur subuh menegah rezki.” (Hr Ahmad – sanad lemah)
Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:
الأرزاق تقسم وأنت نائم
“Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur.”
Keenam:
Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:
كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها
Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.”(Hr Bukhari - sahih)
Ketujuh:
Tidur lepas solat asar. Nabi saw bersabda:
من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه
" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.” (Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)
Kelapan:
Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.
Kesembilan:
Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama. Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.
Kesepuluh:
Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.”(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)
Kesebelas:
Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail. Nabi saw bersabda:
رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحمالله امرأة قامت من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء
Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya. (Hr Abu Daud 1308 – perawi-perawinya thiqah)
Kedua belas:
Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:
إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم
Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.” (Hr Muslim)

Selasa, 5 Mei 2009

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat & ADAB MENDENGAR AZAN

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari..

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang
ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air
sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."
Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti
jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."
Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.
Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga
menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah

Dari email ni (kelebihan dan pahala muazin dapat tu..!! masyaAllah)
alangkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik
pula melaungkan azan dimasjid2 maupun disurau2..Amin. Wasallam.

Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang
lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana
ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara
tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5 X sehari. Cubalah hayati
setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan. Bagi orang yang
melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang
disarankan olih Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan
mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu.
begitulah kelebihannya yang Allah beri. Wassallam.

ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui.Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal
tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, k era s dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah
hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika
tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan
berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang b era gama
Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang
berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita
takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. " yang mana sesiapa yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn
izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu
semasa nyawa kitasedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ."semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin
Yarobbala'lamin.."