Rabu, 22 Oktober 2008

ISLAM DAN TIDUR


Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri." Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang. Kesan Mengantuk Ke Atas Ekonomi Dan Juga Produktiviti. Banyak kes-kes kemalangan dilapurkan berpunca dari mengantuk dan kurang tidur. Justeru itu kerana kepentingannya, Kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah yayasan yang bernama Yayasan Tidur Negara (National Sleep Foundation) untuk mengkaji tentang kesan tidur terhadap produktiviti kerana masalah ketiduran (insomnia and sleeping problems) telah memberikan banyak kesan negatif kepada manusia dan ekonominya. Pada tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika telah melaporkan bahawa 100,000 kemalangan di jalan raya dan industri di Amerika adalah berkaitan dengan masalah tidur yang melibatkan kehilangan 1500 nyawa setahun. (Dr. Stanley Coren; 'Sleep Deprivation, Psychosis and Mental Efficiency,' Psychiatric Times, March 1998) Suruhanjaya khas untuk mengkaji tentang masalah ketiduran di Amerika telah melapurkan bahawa masalah ini telah menjejaskan produktiviti dan menyebabkan kerugian $100 - $150 billion setahun. (Dr. Stanley Coren; Ibid) Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan kabohidrat di dalam badan, dan mengujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis. (Rujukan: Tinker Ready (2000); 'Naps: The Art of Snoozing') Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilapurkan di dalam majalah perubatan 'Lancet' pada pada bulan Oktober, 1999. (Rujukan: Lancet: 'Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function) Tidur Dan Kerehatan Yang Berpatutan Adalah Ibadah Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerihatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata: "Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya. " Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (Bukhari) Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabipun terus mengeluarkan arahan: "Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur." (Bukhari-Muslim) Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang. Tidur secara yang mansabah adalah merupakan salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan diri. Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya." Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor." Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji

Rais: Kawal rasuah Umno atau buka tender


Jika Umno tidak mengawal amalan rasuah dalam pemilihan barisan pemimpinnya, lebih baik parti itu membuka tender dan sesiapa yang lebih tinggi bidaan akan menjadi ketuanya, kata Datuk Seri Dr Rais Yatim."Saya kira mereka yang menyumbang (politik wang), kalau begini lebih baik Umno itu adakan sistem tender, siapa yang lebih tinggi dia jadi ketua."Kalau begitu Umno ambil duitnya, siapa yang banyak duit buat bidaan, kan jadi bahan ketawa, tetapi hal macam ni kena dibincang," katanya seperti dilaporkan Bernama."Politik wang atau korupsi politik tidak selesai sebab ia sudah menjadibudaya di dalam Umno sekian lama. Cuma tak ramai yang mahu mengaku perkara ini berjalan."Lebih baik kita mengaku dan rakyat menghukum kita bersama-sama supaya orang ramai dapat melihat parti politik ini bersih dari amalan rasuah ataupun tumbuk rusuk dan penggunaan wang secara berleluasa."Dr Rais, yang juga menteri luar, berkata antara kekangan utama dalam membanteras gejala itu ialah ketiadaan bukti kerana pihak yang terlibat cukup licik dan licin memainkan peranan mereka."Masalahnya ialah bukti. Bukti orang memberi cukup sukar sebab pihak-pihak ini memainkan peranan licik dan licin.bm version umno nomination 2009 candidates update 11 45am 20 october 2008 201008"Dalam masa tempoh orang tidur, masa tempoh orang tak sedar tidak dapat diambil gambar, tidak dapat diambil tindakan sebab buktinya tidak ada tapi dalam undang-undang baru Akta Pencegahan Rasuah, saya dapati hal ini dapat diatasi sekiranya laporan daripada pihak-pihak berkenaan ada," katanya.Umno, kata Dr Rais lagi, tidak cukup berupaya untuk memantau dengan rapi amalan politik wang, justeru lebih wajar jika iadiserapkan bawah bidang kuasa undang-undang negara, lapor agensi berita itu lagi.Semalam anggota Majlis Tertinggi Umno itu dilaporkan berkata beliau diminta memberikan wang untuk mendapatkan undi bagi pencalonan jawatan naib presiden yang menjadi sasarannya dalam pemilihan, Mac tahun depan.Beliau berkata "majoriti" ahli parti itu lebih berminat mengejar wang ketika kempen berlangsung sekarang daripada memilihan pemimpin yang benar-benar layak, lapor sebuah agensi berita."Kami didekati dengan berselindung sebalik bantuan dan sumbangan. (Tetapi) saya tidak bersedia (berbuat demikian), jadi anda lihat undi (pencalonan) saya tidak begitu banyak."Jika ada ingin turut serta (dalam perebutan jawatan), anda mesti mengiyakannya," beliau dipetik sebagai berkata.Dr Rais hanya memperolehi enam pencalonan daripada bahagian-bahagian yang bermesyuarat setakat ini, sejak 9 Oktober.Beliau memerlukan 14 lagi sokongan untuk layak pertandingan

Umno Kini Akui Segala Kedurjanaan Mereka Selama Ni


PULAU PINANG, 21 Okt (Bernama) - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyidin Yasin menempelak sebahagian kepimpinan Umno yang suka mengambil kesempatan daripada peruntukan kerajaan sehingga mengakibatkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dipertikaikan banyak pihak sekali gus memberi tamparan hebat terhadap Barisan Nasional (BN) semasa pilihanraya umum ke-12 Mac lalu. Jelasnya, paras kejayaan DEB tidak berganjak apabila hanya mencatatkan 19.4% di mana angka tersebut telah wujud sejak tahun 1980-an lagi. "Kerajaan BN memang sebuah kerajaan yang prihatin dari segi memberikan bantuan kepada rakyat contohnya ketika saya menjadi Menteri Pertanian, Industri Asas Tani peruntukan diberikan sehingga melibatkan jutaan ringgit kepada sektor perladangan tetapi malang hasilnya orang Melayu masih berada di tahap rendah dan mendukacitakan," tegasnya ketika berucap dalam 'Syarahan ISDEV VII: Politik Melayu Islam, Kemelut dan Penyelesaian' di Dewan Budaya, Univesiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang pagi tadi. Fenomena itu katanya, menjatuhkan imej Umno dan BN di kaca mata rakyat yang kini telah matang apabila BN hanya memperolehi 140 kerusi sahaja di mana Umno menguasai 79 kerusi di parlimen. Selepas SAPP keluar daripada BN bermakna status BN makin mengecil iaitu tinggal 138 kerusi parlimen dan ini tentunya meresahkan kedudukan walaupun BN menang tanpa dua pertiga majoriti sebagaimana dalam pilihan raya umum sebelum ini, katanya. "Kemenangan Pakatan Rakyat di lima buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Selangor termasuk Wilayah Persekutuan memberi kesan bahawa sokongan pada BN agak menurun dan semakin menipis," katanya. Peratusan orang Melayu di sektor ekonomi negara masih di tahap lama dan sikap ini menunjukan apa yang dirancang oleh kerajaan selama ini tidak mengubah prestasi atau peningkatan di kalangan pemikiran orang Melayu, jelasnya. Jika terdapat ketirisan dan kebocoran DEB disebabkan orang tertentu yang mengambil peluang maka ia begitu lace w:st="on"malang lace sekali, katanya. "Saya bimbang trend kemenangan Pakatan Rakyat berkekalan akibat tingkah laku yang tidak menyeronokan di kalangan kita sendiri," ujarnya di hadapan ratusan hadirin. Bagi menangani masalah ketirisan yang berpanjangan, Umno kena kaji semula struktur pelaksanaan semua dasar yang berkaitan dengan ekonomi orang Melayu kerana di peringkat akar umbi masyarakat Melayu masih berada di tahap rendah dan perlu diperbaiki dari semasa ke semasa, katanya. Katanya, kebanyakan golongan ini sama ada luar atau pinggiran bandar lazimnya pembahagian bantuan tidak disaksamakan sebaliknya ada yang ketinggalan. Sedangkan sambungnya, kebanyakan bantuan yang diluluskan oleh kerajaan dicurahkan kepada masyarakat luar bandar bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan apa yang dilaksanakan oleh mereka. "Sikap ini yang merancakkan sokongan pada pembangkang semasa pilihan raya umum lepas akibat ketirisan yang berpanjang Umno dihukum kononnya gagal mengambil tanggungjawab demi memartabatkan bangsa dan agama," ujar beliau. Justeru katanya, masalah kemiskinan di kalangan masyarakat Islam Melayu masih menebal dan tidak dapat dikurangkan saban tahun walhal kerajaan telah mencari berbagai kaedah terbaik untuk memenuhi rancangan menyifarkan kemiskinan di kalangan masyarakat terbabit. Soal pengagihan kekayaan di kalangan masyarakat Melayu juga tidak telus dan banyak tersasar dan ini sekali gus merencatkan cadangan kerajaan untuk meningkatkan kedudukan orang Melayu yang rata-rata ketinggalan dalam banyak aspek, katanya. "Begitulah nasib orang Melayu masa kini maka sebab itu saya agak lantang menyuarakan tentang perlunya peralihan kuasa yang memungkinkan berlaku anjakan baru terhadap orang Melayu yang diketepikan," terangnya mangakui peralihan kuasa perlu dipercepatkan demi menjaga kepentingan Umno dan Melayu itu sendiri

Isnin, 20 Oktober 2008

Kenapa Najib Lulus Projek RM11 Bilion Tergesa-Gesa


KUALA LUMPUR, 19 Okt (Hrkh) - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim membidas Menteri Kewangan yang baru kerana tidak sabar-sabar untuk menandatangani kelulusan projek bernilai RM11.31 bilion tanpa melalui proses tender terbuka. Dalam ucapan perbahasan Bajet 2009 baru-baru ini, Anwar kesal menteri berkenaan seolah-olah berebut-rebut untuk meluluskan projek apabila sebaik sahaja dilantik menjadi Menteri Kewangan. "Saya kesal dan dukacita. Bila Menteri Kewangan tahu beliau akan diangkat menjadi Menteri Kewangan, berebut betul-betul dan sebagai pengerusi jawatankuasa Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi atau High Speed Broadband yang bernilai RM11.31 bilion diluluskan oleh kerajaan dengan segera tanpa proses tender terbuka. "Yang hendak berebut sangat itu apa dia? Tidak bolehkah tunggu sehingga dua minggu? Ini kerana kalau dalam masa dua minggu dijamin sekurang-kurangnya boleh menyelamatkan negara ini sebanyak RM2.4 bilion. Tidak sabar hendak tunggu dua minggu kerana hendak sign juga," kata Anwar. Katanya, Menteri Kewangan menjadi 'super efficient' apabila meluluskan projek tetapi sangat 'inefficient' apabila hendak membuat projek dan penilaian baru. Menurut Anwar, dalam keadaan rakyat yang sedang menghadapi kesusahan kerana kenaikan harga barang kerana senang lenang meluluskan projek tetapi apabila hendak menyelamatkan RM2 bilion semata-mata kerana rakyat pun susah. Anwar turut mendesak kerajaan mendedahkan ejen yang dilantik kerajaan dalam projek jalur lebar dan pembelian saham Bank Internasional Indonesia daripada Sorak Financial Holdings, oleh Maybank sebanyak 56 peratus. "Saya ingin tanya, seperti mana kes pertama, high speed broadband dan kes kedua, Maybank, siapa memilikinya? Siapa ejennya? Yang menyebabkan Menteri Kewangan terdesak menyegerakan kelulusan dan di mana wang yang dikatakan hangus kepunyaan bumiputera itu?" tegas beliau. Dalam pada itu, ketidakhadiran para pimpinan kerajaan ketika Anwar membahaskan bajet baginya memperlihatkan sikap angkuh yang langsung tidak mahu menghormati pandangan pembangkang. "Saya masih ingat Tuan Yang di-Pertua sepanjang saya menjadi Menteri Kewangan selama lapan tahun, saya tidak pernah meninggalkan dewan ini tatkala Ketua Pembangkang menyampaikan ucapan," katanya yang dikuti tepukan barisan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat

Khairy Di'boo', Kubu Kuat Khir Toyo 'Robek'


KUALA LUMPUR, 17 Okt (Hrkh) - Harapan bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo yang menggunakan sentimen 'kempen untuk anak tempatan' mungkin tidak kesampaian berikutan beberapa bahagian yang menjadi 'kubu' kuat beliau menyokong calon lain bagi jawatan Ketua Pemuda Umno. Antara kubu kuat Khir ialah Pemuda Umno Bahagian Kuala Selangor yang mencalonkan anak bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad, Dato' Mukhriz Mahathir dalam satu pemilihan sengit pemuda bahagian tersebut baru-baru ini. Sementara calon Ketua Pemuda Umno Pusat, Khairy Jamaluddin dikatakan menghadapi tekanan kerana belum melepasi kuota pencalonan untuk membenarkan dirinya bertanding walaupun setelah 72 bahagian Pemuda Umno seluruh negara selesai mesyuarat. Tekanan semakin bertambah terhadap dirinya apabila nama beliau di'boo' beberapa kali dalam satu mesyuarat pemilihan pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa yang diadakan di PWTC baru-baru ini. Insiden ini berlaku apabila salah seorang perwakilan yang juga seorang wartawan, Dahalan Makmur cuba mencalonkan nama Ahli Parlimen Rembau ini sebagai calon Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pusat dari bahagian terbabit.

Jumaat, 17 Oktober 2008

Kisah Teladan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha
Penyayang
KISAH 1 : BURUNG PIPIT
Pada suatu hari, sebuah rumah di pinggir kampung
terbakar. Seekor burung pipit membawa air menggunakan
sayapnya. Seorang pemuda hairan melihat burung itu
berulang-alik membantu memadamkan kebakaran....
Pemuda : Wahai burung pipit. Mengapakah engkau
berulang-alik membawa air?
Burung : Aku ingin membantu memadamkan api yang sedang
marak.
Pemuda : Tapi, tidakkah kau tahu bahawa sayap kau
hanya mampu membawa dua titis air saja?
Burung : Aku tahu.
Pemuda : Tahukah kau bahawa titisan air yang kau bawa
itu tak akan dapat memadamkan kebakaran itu?
Burung : Aku tahu wahai pemuda.
Pemuda : Tetapi mengapa kau masih berterusan berbuat
begitu?
Burung : Sesungguhnya apabila Allah bertanya sama ada
aku nampak atau tidak kebakaran itu. Aku akan jawab
bahawa aku nampak kebakaran itu. Dan jika
Allah bertanya apakah usaha aku untuk membantu. Lalu
aku akan menjawab
bahawa aku telah membawa titisan air
menggunakan sayapku untuk membantu.
Pemuda : Wahai burung, sesungguhnya engkau adalah
makhluk yang berjiwa mulia.
Moral : Jika kita mahu menolong seseorang, bantulah
sekadar yang kita mampu dengan hati yang ikhlas dan
kerana Allah tanpa mengharapkan sebarang balasan,
sekurang-kurangnya kita ada menyumbang bakti.
KISAH 2 : POHON SEMALU
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan
bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.
Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar,
Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu
mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya
apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan
nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang
berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya
pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.
Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya
lagi.
Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada
pohon semalu ini dari 4 aspek :-
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh.
Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai
perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk
mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu
mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita
muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat
kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah
hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat
dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya
apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita
sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin
senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanya
sepohon tumbuhan yang kecil
Moga kita dapat mendapat ikhtibar dari kisah-kisah
ini.Insya'Allah...

Suhakam gesa tarik balik pengharaman Hindraf



Harakahdaily Fri Oct 17, 08 7:54:35 am MYT
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Hrkh) - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) meminta kerajaan menarik balik pengharaman terhadap Hindu Rights Actions Force (Hindraf).
Bernama melaporkan, tiga pesuruhjayanya, Tan Sri Simon Sipaun, Dato' Dr Michael Yeoh Oon Kheng dan Dato' Dr Denison Jayasooria dalam satu kenyataan bersama semalam berkata pengharaman itu akan menyisihkan pergerakan sosial berkenaan daripada masyarakat arus perdana.
"Suhakam juga berpendapat bahawa pengharaman terhadap Hindraf tidak akan menyelesaikan isu-isu yang diperjuangkan kumpulan dan individu pergerakan itu," menurutnya dalam satu kenyataan yang merujuk kepada tindakan Kementerian Dalam Negeri yang mengharamkan pergerakan Hindraf.
Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Syed Hamid Albar berkata pengharaman itu dibuat selepas kementerian berkenaan mempunyai segala fakta dan bukti bahawa Hindraf telah dan sedang digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara.
Suhakam juga berkata pengharaman Hindraf merupakan satu pencabulan terhadap hak asasi manusia.
"Sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri, Hindraf menghantar satu permohonan kepada mendaftar sebagai sebuah pertubuhan pada 16 Oktober 2007.
"Pihak kementerian seharusnya meluluskan pendaftaran penubuhannya, dan meletakkan tanggungjawab kegiatan persatuan itu terhadap pemimpinnya," menurut kenyataan itu.
Oleh itu, Suhakam meminta supaya pengharaman itu ditarik balik bagi membolehkan individu dan kumpulan anggota pertubuhan itu dijadikan sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap segala tindak tanduk pergerakan itu. - mks._

Isnin, 13 Oktober 2008

Kes Lanun Somalia - Najib Tidak Cekap ?


Sejurus selepas tengah malam 16 September, 2008, sekumpulan komando tentera laut Perancis digugurkan dengan payung terjun di tengah lautTenggara Somalia berhampiran dengan CarrĂ© d’As sebuah kapal layar yang telah ditawan lanun sejak 2 September (Gambar - KD Kasturi (No.1 dari kiri) dan KD Inderapura (No.3)Serangan hendap komando tentera tersebut di bawah pengendalian frigat le Courbet dari angkatan laut Perancis yang mengawasi dan membuat pemerhatian secara dekat CarrĂ© d’As selama 10 hari.Perancis menghantar tentera lautnya sejurus selepas kapal layar milik warganya ditahan lanun.Pada 19 Ogos, kapal MV Bunga Melati 2 milik Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) telah ditahan lanun di perairan yang sama.Sepuluh hari kemudian sebuah lagi kapal tangki milik MISC, MV Bunga Melati 5 pula dirampas lanun dari kumpulan yang sama.Aktiviti pelanunan di perairan Somalia telah menjadi satu industri, bermula sejak Somalia mengalami krisis perang saudara pada awal 1990.Lanun moden abad ke 21 itu mempunyai modus operandi yang tersusun dimana 8 hingga 10 orang menaiki bot super laju lengkap dengan senjata canggih melakukan serbuan ke atas kapal-kapal.Kapal yang ditawan akan dibawa ke pelabuhan Eyl, Puntland, satu kawasan di utara Somalia yang telah mengisytiharkan merdeka dari Somalia pada tahun 1998.Kapal yang dirampas akan dikawal oleh 50 orang bersenjata diatas kapal, manakala 50 orang lagi didaratan, sementara menunggu bayaran wang tebusan.Di daratan Eyl, terdapat sebuah kafe yang menyediakan makanan untuk para tebusan. Pada satu ketika kafe tersebut menyediakan makanan kepada 200 orang tebusan.Pada tahun lalu, lanun telah mendapat hasil sebanyak USD20 juta (RM70 juta) dari pembayaran wang tebusan yang mereka perolehi.Tentera Perancis telah bertindak melakukan serbuan sebelum kapal di bawa ke pelabuhan Eyl, kerana lebih mudah mengalahkan lanun yang merampas kapal dalam kumpulan kecil.Operasi 10 minit komando terlatih Perancis telah berjaya menyelamatkan warga Peranchis yang dijadikan tebusan, membunuh seorang lanun dan menahan enam yang lain, dan menjimatkan 1 juta Euro (RM 4.8 juta) wang tebusan yang diminta oleh lanun berkenaan.Setelah dua buah kapal milik MISC dirampas lanun, pada 2 September Menteri Pertahanan Dato’ Seri Najib Tun Razak memberitahu, kerajaan telah menghantar kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan pasukan komando ke Teluk Aden berhampiran perairan Somalia dan Yemen bagi melindungi empat buah kapal MISC di kawasan tersebut.Kemudian pada 4 September sebuah lagi kapal perang jenis patrol pantai TLDM, KD Pahang dihantar untuk mengiringi frigat KD Lekiu dan KD Inderapura.Apabila 3 buah kapal perang beserta komando TLDM dihantar dan ianya di dedahkan oleh Menteri Pertahanan yang juga Timbalan Perdana Menteri, maka terbayang diseluruh rakyat tentang kecekapan PASKAL sebagaimana propaganda yang sering ditunjukkan ketika menyertai sebarang latihan.Pasti PASKAL yang cekap akan bertindak sebagaimana komando tentera laut Perancis, masuk menyerbu secara senyap dan membebaskan tebusan sekaligus menyelamatkan wang tebusan sebanyak USD4 juta (RM13.6 juta) sebagaimana yang diminta oleh lanun.Sekiranya ada yang terkorban dikalangan kelasi atau PASKAL semasa serbuan dibuat, maka mereka akan dianggap ‘gugur syahid’ kerana menentang musuh Negara dan mempertahankan maruah dan harga diri !Jasad mereka akan disambut dengan penuh istiadat oleh ribuan rakyat sebagaimana menyambut wira-wira negara yang lain.Namun bukan dalam semua soal boleh diguna pakai ‘Malaysia Boleh’!!Najib menafikan akan ada tindakan ketenteraan untuk membebaskan dua kapal MISC Bunga Melati 2 dan Bunga Melati 5 yang di rampas lanun dan menjadikan seluruh rakyat tertawa dan gelihati.Apa tidaknya, Najib kata tugas komando PASKAL yang paling cekap dilaut itu, dengan 2 buah kapal perang frigat dan sebuah kapal patrol, dihantar beribu batu jauhnya dan memakan belanja yang begitu banyak, semata-mata hanyalah untuk memerhati dan menerima tebusan bila mereka di bebaskan dan mengiringi kapal-kapal tersebut balik bila episod rampasan itu berakhir.Dan akhirnya TLDM dan komando PASKAL hanya menjadi tentera yang menyerahkan wang tebusan kepada lanun, bukan yang membuat serbuan membebaskan tebusan !MV Bunga Melati 2 Kapal tangki kedua MISC dibebaskan selepas MV Bunga Melati 5 dibebaskan dua hari lebih awal.Walaupun Pengerusi MISC Hassan Merican mengatakan jumlah wang tebusan dirahsiakan untuk keselamatan, namun Pengarah Perhubungan Awam Kementerian Pertahanan, Kol Fadzlette Othman Merican memberitahu sebanyak USD4 juta (RM13.6 juta) telah diberikan kepada lanun Somalia.

Malaysia Boleh !

SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan

(1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain. Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah

(2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan

(3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan

(4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana

(5) perempuan digantung buah dadanya dari arah p! unggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya.

Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya. Ada pula (6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking .

Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas. Selain itu, Baginda melihat

(7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala .

Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain. Baginda juga melihat

(8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya. Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah

(9) perempuan yang kepalanya seperti kepala BABI dan badannya pula seperti keldai .

Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta. Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang

(10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya.

Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain. Wallahu'alam... .

Rabu, 8 Oktober 2008


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud.
"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal... "

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan... . ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al- Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di
dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam
.

Krisis: Umno Kubang Kerian, Rantau Panjang berarak ke Perhubungan Negeri


KOTA BHARU, 7 Okt (Hrkh) - Kegawatan rumah tangga Umno bukan sahaja berlaku di peringkat tertinggi, sebaliknya kekalutan di peringkat bawah tidak mampu dibendung lagi kerana masing-masing mahu berebut menjadi ketua.
Lebih mengaibkan lagi apabila ada mesyuarat cawangan diadakan secara sulit dengan mendapatkan tandatangan ahli dari rumah ke rumah seperti dilaporkan media berlaku di Kubang Kerian, baru-baru ini.
Bagaimanapun situasi tambah tegang apabila ada beberapa kumpulan mengadakan perhimpungan di perkarangan Pejabat Perhubungan Umno Kelantan di sini hari ini sebagai menyatakan bantahan mereka.
Kumpulan tersebut daripada Umno Bahagian Rantau Panjang dan Kubang Kerian. Mereka berkumpul di pejabat tersebut dan berharap pihak atasan menyelesaikan segera masalah yang berlaku.
Kumpulan wanita Umno dari Rantau Panjang memberitahu mereka datang beramai-ramai bagi mendapatkan pengesahan mesyuarat cawangan di bahagian terbabit baru-baru ini.
Mereka meluahkan rasa tidak puas hati ekoran tindakan Ketua Wanita Bahagian Rantau Panjang yang dikatakan mahu memastikan cawangan-cawangan terus mencalonkannya sebagai ketua wanita bahagian.
Rohana Idris, 38 dari cawangan Chicha Tinggi berkata, cawangan itu telah mengadakan mesyuarat seperti diarah, namun sehingga kini tiada sebarang pengesahan dibuat terhadap mesyuarat tersebut.
"Saya berharap pihak perhubungan negeri dapat mengesahkan mesyuarat cawangan saya kerana kalau tidak disahkan, ia akan menjejaskan muka baru bagi merebut jawatan ketua wanita iaitu Rohani Mamat," ujar beliau.
Norida Abd Wahab, 26 dari Cawangan Bukit Tuku berkata, cawangan tersebut sebulat suara mencalonkan Rohani Mamat merebut jawatan ketua wanita, namun bahagian mengarahkan mesyuarat tersebut dibatalkan kerana tidak mencalonkan ketua wanita yang ada sekarang.
"Saya juga merupakan jawatankuasa pemantau pemilihan merasa bersalah sekiranya menafikan hak cawangan-cawangan untuk mencalonkan Rohani," katanya.
Rohani ketika ditemui memberitahu beliau berhasrat bertanding jawatan ketua wanita Rantau Panjang kerana tidak senang dengan ketua wanita sekarang yang didakwa membantu calon Bebas pada pilihan raya umum lalu.
Manakala beberapa bekas ketua cawangan Umno dari Kubang Kerian datang beramai-ramai ke Pejabat Perhubungan Umno Kelantan bagi menyatakan sokongan kepada Dato' Mohammad Ghani yang akan bertanding jawatan ketua bahagian.
Bagaimanapun mereka kelihatan kecewa apabila Mohamad tidak hadir pada perhimpunan tersebut.
Bekas Ketua Cawangan Parit Barat, Mohd Noor Mustafa berkata, beliau membantah tindakan ketua bahagian yang telah mengesahkan mesyuarat cawangan sedangkan beliau sebagai ketua tidak tahu menahu mesyuarat tersebut diadakan.
"Kami telah menghantar surat bantahan kepada Badan Perhubungan Umno Negeri, pengerusi jawatankuasa disiplin dan Setiausaha Umno, namun sehingga kini tiada sebarang jawapan." tambahnya.
Difahamkam Jawatankuasa Pemantau Umno Kelantan menerima lebih 500 bantahan mengenai perjalanan mesyuarat Umno cawangan di seluruh Kelantan yang berakhir 24 Ogos lalu.
Setiausahanya, Mirza Askary Abdul Wahab berkata, bantahan itu meliputi mesyuarat diadakan tanpa notis, tidak cukup korum, pindaan persidangan tanpa pengetahuan dan anggota tidak menandatangani senarai kehadiran. - mj

Isnin, 6 Oktober 2008

Moga Allah memberikan balasan terhadap penguasa zalim ISA


Isnin 6 Oktober 2008 5 Shawwal 1429 Hijrah..HarakahDaily.Net

Meniti hari-hari terakhir Ramadhan, memang terasa sayunya kerana bulan penuh barakah itu akan meninggalkan kita.Segala amalan seperti solat, tadarrus Quran, iktikaf, mukhayyam, bersedekah dan memberi sumbangan pada orang lain yang kurang bernasib baik, tentunya segala amalan itu hanya mengharapkan balasan yang terbaik dari Allah SWT.
Dan di akhir madrasah Ramadan, kita semua akan menyambut Syawal, lambang kemenangan yang Allah janjikan setelah berjaya mengawal diri dan menyelesaikan ibadah dengan sebaiknya.
Bagi tahanan ISA di Kem Kamunting,kegembiraaan mereka hanyalah kerana dapat melakukan amalan mulia seperti solat, membaca Quran dan berdoa di sel atau dorm masing-masing. Itu saja.!!
Tujuh tahun tidak solat di Masjid
Bagi tahanan ISA yang di tuduh dan di label sebagai ahli Jemaah Islamiyyah, ada antara mereka yang telah dikurung sejak awal tahun 2002.
Bagi tahanan ISA tersebut,tujuh tahun mereka dinafikan hak untuk mendapat perbicaraan di mahkamah diikuti penafian pelbagai hak asasi yang lain.
Media tidak pernah menyatakan bahawa tahanan ISA ini hampir tujuh tahun tidak dibenarkan pergi ke Masjid untuk menunaikan Solat Jumaat.
Di bulan Ramadan, mereka juga tidak dibenarkan solat berjamaah sebagaimana rakyat Malaysia yang merdeka.
Manakala solat Sunat Aidil Fitri di lakukan bersama-sama tahanan Muslim di sebuah gelanggang badminton dengan pengawasan ketat pasukan keselamatan Kem.
Negara Islam sekat amalan Islam
Inilah cara Menteri Dalam Negeri untuk 'menghakimi dan mengadili' tuduhan yang di lemparkan keatas semua tahanan yang di dakwa ahli 'JI' itu
Sebab itulah ISA digunakan keatas mereka, tujuannya untuk memudahkan Menteri berkenaan memperlakukana apa saja ke atas manusia yang dijadikan mangsanya termasuk menghalang mereka melakukan ibadah khusus kepada Allah SWT.
Inilah kezaliman tertinggi mereka kerana menghalang mereka yang ingin bersembahyang di rumah Allah.
Dan ISA ini adalah satu akta yang sangat disayangi oleh pemimpin Umno.
Sebab itulah kepada semua rakyat Malaysia berugama Islam, janganlah terpedaya dengan dakwaan pemimpin Umno yang kononnya ingin membela orang Melayu dan agama Islam.
Semua itu hanyalah palsu dan retorik saja. Tahanan ISA di Kem Kamunting telah membuktikan bahawa pemimpin Umno, adalah mereka yang sangat benci kepada kepada Islam dan segala isinya.
Tujuh tahun ditahan bukti kezaliman kerajaan BN
Ada satu permintaan supaya Hamid Albar meletak jawatan dari menjadi Menteri Dalam Negeri, namun saya yakin, ianya tidak akan membawa apa-apa makna.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri adalah Abdullah Ahmad Badawi. Beliau zalim pada semua tahanan ISA namun setelah jawatan itu diserahkan pada orang lain, penggantinya, iaitu Hamid Albar, juga sama kejam dan zalim macam Abdullah.
Tahanan ISA 'JI' yang ditahan sejak 2002 itu masih juga belum dibebaskan dan mereka adalah bukti terhadap kekejaman dan kezaliman dua pemimpin Umno ini.
Doa orang yang dizalimi
Kami yang menjadi keluarga mangsa ISA ini, sentiasa berdoa supaya Allah akan mengangkat kekejaman dan penganiayaan yang sedang di lakukan oleh mereka keatas kami.
"Ya Allah, Tuhan yang Maha Kuasa , Maha Adil dan Maha Mengetahui, kami memohon supaya semua tahanan ISA segera di bebaskan dan kau balaslah mereka ?Penguasa ISA yang menganiayai kami itu, dengan pembalasan yang setimpal dengan perbuatan mereka, yang tidak pernah terfikir oleh kami semua. Kaulah sebaik-baik pembalas." - mr_