Rabu, 22 Oktober 2008

Umno Kini Akui Segala Kedurjanaan Mereka Selama Ni


PULAU PINANG, 21 Okt (Bernama) - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyidin Yasin menempelak sebahagian kepimpinan Umno yang suka mengambil kesempatan daripada peruntukan kerajaan sehingga mengakibatkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dipertikaikan banyak pihak sekali gus memberi tamparan hebat terhadap Barisan Nasional (BN) semasa pilihanraya umum ke-12 Mac lalu. Jelasnya, paras kejayaan DEB tidak berganjak apabila hanya mencatatkan 19.4% di mana angka tersebut telah wujud sejak tahun 1980-an lagi. "Kerajaan BN memang sebuah kerajaan yang prihatin dari segi memberikan bantuan kepada rakyat contohnya ketika saya menjadi Menteri Pertanian, Industri Asas Tani peruntukan diberikan sehingga melibatkan jutaan ringgit kepada sektor perladangan tetapi malang hasilnya orang Melayu masih berada di tahap rendah dan mendukacitakan," tegasnya ketika berucap dalam 'Syarahan ISDEV VII: Politik Melayu Islam, Kemelut dan Penyelesaian' di Dewan Budaya, Univesiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang pagi tadi. Fenomena itu katanya, menjatuhkan imej Umno dan BN di kaca mata rakyat yang kini telah matang apabila BN hanya memperolehi 140 kerusi sahaja di mana Umno menguasai 79 kerusi di parlimen. Selepas SAPP keluar daripada BN bermakna status BN makin mengecil iaitu tinggal 138 kerusi parlimen dan ini tentunya meresahkan kedudukan walaupun BN menang tanpa dua pertiga majoriti sebagaimana dalam pilihan raya umum sebelum ini, katanya. "Kemenangan Pakatan Rakyat di lima buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Selangor termasuk Wilayah Persekutuan memberi kesan bahawa sokongan pada BN agak menurun dan semakin menipis," katanya. Peratusan orang Melayu di sektor ekonomi negara masih di tahap lama dan sikap ini menunjukan apa yang dirancang oleh kerajaan selama ini tidak mengubah prestasi atau peningkatan di kalangan pemikiran orang Melayu, jelasnya. Jika terdapat ketirisan dan kebocoran DEB disebabkan orang tertentu yang mengambil peluang maka ia begitu lace w:st="on"malang lace sekali, katanya. "Saya bimbang trend kemenangan Pakatan Rakyat berkekalan akibat tingkah laku yang tidak menyeronokan di kalangan kita sendiri," ujarnya di hadapan ratusan hadirin. Bagi menangani masalah ketirisan yang berpanjangan, Umno kena kaji semula struktur pelaksanaan semua dasar yang berkaitan dengan ekonomi orang Melayu kerana di peringkat akar umbi masyarakat Melayu masih berada di tahap rendah dan perlu diperbaiki dari semasa ke semasa, katanya. Katanya, kebanyakan golongan ini sama ada luar atau pinggiran bandar lazimnya pembahagian bantuan tidak disaksamakan sebaliknya ada yang ketinggalan. Sedangkan sambungnya, kebanyakan bantuan yang diluluskan oleh kerajaan dicurahkan kepada masyarakat luar bandar bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan apa yang dilaksanakan oleh mereka. "Sikap ini yang merancakkan sokongan pada pembangkang semasa pilihan raya umum lepas akibat ketirisan yang berpanjang Umno dihukum kononnya gagal mengambil tanggungjawab demi memartabatkan bangsa dan agama," ujar beliau. Justeru katanya, masalah kemiskinan di kalangan masyarakat Islam Melayu masih menebal dan tidak dapat dikurangkan saban tahun walhal kerajaan telah mencari berbagai kaedah terbaik untuk memenuhi rancangan menyifarkan kemiskinan di kalangan masyarakat terbabit. Soal pengagihan kekayaan di kalangan masyarakat Melayu juga tidak telus dan banyak tersasar dan ini sekali gus merencatkan cadangan kerajaan untuk meningkatkan kedudukan orang Melayu yang rata-rata ketinggalan dalam banyak aspek, katanya. "Begitulah nasib orang Melayu masa kini maka sebab itu saya agak lantang menyuarakan tentang perlunya peralihan kuasa yang memungkinkan berlaku anjakan baru terhadap orang Melayu yang diketepikan," terangnya mangakui peralihan kuasa perlu dipercepatkan demi menjaga kepentingan Umno dan Melayu itu sendiri

Tiada ulasan: