Isnin, 13 Oktober 2008

Kes Lanun Somalia - Najib Tidak Cekap ?


Sejurus selepas tengah malam 16 September, 2008, sekumpulan komando tentera laut Perancis digugurkan dengan payung terjun di tengah lautTenggara Somalia berhampiran dengan CarrĂ© d’As sebuah kapal layar yang telah ditawan lanun sejak 2 September (Gambar - KD Kasturi (No.1 dari kiri) dan KD Inderapura (No.3)Serangan hendap komando tentera tersebut di bawah pengendalian frigat le Courbet dari angkatan laut Perancis yang mengawasi dan membuat pemerhatian secara dekat CarrĂ© d’As selama 10 hari.Perancis menghantar tentera lautnya sejurus selepas kapal layar milik warganya ditahan lanun.Pada 19 Ogos, kapal MV Bunga Melati 2 milik Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) telah ditahan lanun di perairan yang sama.Sepuluh hari kemudian sebuah lagi kapal tangki milik MISC, MV Bunga Melati 5 pula dirampas lanun dari kumpulan yang sama.Aktiviti pelanunan di perairan Somalia telah menjadi satu industri, bermula sejak Somalia mengalami krisis perang saudara pada awal 1990.Lanun moden abad ke 21 itu mempunyai modus operandi yang tersusun dimana 8 hingga 10 orang menaiki bot super laju lengkap dengan senjata canggih melakukan serbuan ke atas kapal-kapal.Kapal yang ditawan akan dibawa ke pelabuhan Eyl, Puntland, satu kawasan di utara Somalia yang telah mengisytiharkan merdeka dari Somalia pada tahun 1998.Kapal yang dirampas akan dikawal oleh 50 orang bersenjata diatas kapal, manakala 50 orang lagi didaratan, sementara menunggu bayaran wang tebusan.Di daratan Eyl, terdapat sebuah kafe yang menyediakan makanan untuk para tebusan. Pada satu ketika kafe tersebut menyediakan makanan kepada 200 orang tebusan.Pada tahun lalu, lanun telah mendapat hasil sebanyak USD20 juta (RM70 juta) dari pembayaran wang tebusan yang mereka perolehi.Tentera Perancis telah bertindak melakukan serbuan sebelum kapal di bawa ke pelabuhan Eyl, kerana lebih mudah mengalahkan lanun yang merampas kapal dalam kumpulan kecil.Operasi 10 minit komando terlatih Perancis telah berjaya menyelamatkan warga Peranchis yang dijadikan tebusan, membunuh seorang lanun dan menahan enam yang lain, dan menjimatkan 1 juta Euro (RM 4.8 juta) wang tebusan yang diminta oleh lanun berkenaan.Setelah dua buah kapal milik MISC dirampas lanun, pada 2 September Menteri Pertahanan Dato’ Seri Najib Tun Razak memberitahu, kerajaan telah menghantar kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan pasukan komando ke Teluk Aden berhampiran perairan Somalia dan Yemen bagi melindungi empat buah kapal MISC di kawasan tersebut.Kemudian pada 4 September sebuah lagi kapal perang jenis patrol pantai TLDM, KD Pahang dihantar untuk mengiringi frigat KD Lekiu dan KD Inderapura.Apabila 3 buah kapal perang beserta komando TLDM dihantar dan ianya di dedahkan oleh Menteri Pertahanan yang juga Timbalan Perdana Menteri, maka terbayang diseluruh rakyat tentang kecekapan PASKAL sebagaimana propaganda yang sering ditunjukkan ketika menyertai sebarang latihan.Pasti PASKAL yang cekap akan bertindak sebagaimana komando tentera laut Perancis, masuk menyerbu secara senyap dan membebaskan tebusan sekaligus menyelamatkan wang tebusan sebanyak USD4 juta (RM13.6 juta) sebagaimana yang diminta oleh lanun.Sekiranya ada yang terkorban dikalangan kelasi atau PASKAL semasa serbuan dibuat, maka mereka akan dianggap ‘gugur syahid’ kerana menentang musuh Negara dan mempertahankan maruah dan harga diri !Jasad mereka akan disambut dengan penuh istiadat oleh ribuan rakyat sebagaimana menyambut wira-wira negara yang lain.Namun bukan dalam semua soal boleh diguna pakai ‘Malaysia Boleh’!!Najib menafikan akan ada tindakan ketenteraan untuk membebaskan dua kapal MISC Bunga Melati 2 dan Bunga Melati 5 yang di rampas lanun dan menjadikan seluruh rakyat tertawa dan gelihati.Apa tidaknya, Najib kata tugas komando PASKAL yang paling cekap dilaut itu, dengan 2 buah kapal perang frigat dan sebuah kapal patrol, dihantar beribu batu jauhnya dan memakan belanja yang begitu banyak, semata-mata hanyalah untuk memerhati dan menerima tebusan bila mereka di bebaskan dan mengiringi kapal-kapal tersebut balik bila episod rampasan itu berakhir.Dan akhirnya TLDM dan komando PASKAL hanya menjadi tentera yang menyerahkan wang tebusan kepada lanun, bukan yang membuat serbuan membebaskan tebusan !MV Bunga Melati 2 Kapal tangki kedua MISC dibebaskan selepas MV Bunga Melati 5 dibebaskan dua hari lebih awal.Walaupun Pengerusi MISC Hassan Merican mengatakan jumlah wang tebusan dirahsiakan untuk keselamatan, namun Pengarah Perhubungan Awam Kementerian Pertahanan, Kol Fadzlette Othman Merican memberitahu sebanyak USD4 juta (RM13.6 juta) telah diberikan kepada lanun Somalia.

Malaysia Boleh !

Tiada ulasan: