Selasa, 30 September 2008

Sempena Aidilfitri ..selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir batin


Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna. Firman Allah S.W.T: "Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu." - Surah al-Maaidah: 3. Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan manusia secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkaraseperti adab masuk ke tandas dan beristinjak. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini. Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin(orang yang bertakwa). Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambutketibaan hari lebaran Aidilfitri ini. Bertakbir. Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah S.W.T: "Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur." [UTF-8?]“ Surah al-Baqarah:185. Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untu menunaikan solat Aidilfitri. Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h: "Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini." “Rujuk Kitab Meneladani Rasulullah S.a.w Dalam Berhari Raya, karya Syeikh Ali Hassan bin Ali al-Halabi al-Atsari, ms. 32 Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke tempat solat. Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri. Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan [UTF-8?]˜Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan [UTF-8?]Batin™. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya: Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain [UTF-8?]taqabbalullah minna [UTF-8?]waminka™ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan [UTF-8?]amalanmu). [UTF-8?]“ Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan. Meneruskan qiamullail. Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnyasesudah bulan Ramadan. Mandi pada pagi hari raya. Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab: "Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri." - Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad [UTF-8?]al-Syafi™i, jil. 1, ms. 118-119. Makan sebelum solat Aidilfitri. Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab r.h: "Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini." - Rujuk Fath al-Bari, jil. 5, ms. 272. Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh dipersoalkan) . Anas bin Malik r.a berkata: œRasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji [UTF-8?]kurma. [UTF-8?]Murajja™ bin [UTF-8?]Raja™ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang [UTF-8?]ganjil. - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953. Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum air. Memakai pakaian yang indah. Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafier.h berkata: "Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan) . Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian." [UTF-8?]“ Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam [UTF-8?]al-Syafi™I, jil. 1, ms. 327. Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie r.h menambah: "Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakaiperhiasan emas atau apa sahaja perhiasan." [UTF-8?]“ Rujuk Ringkasan Kitab al-Umm, Imam Syafie, jil. 1, ms. 327. Semoga di pagi hari raya kita akan memilih pakaian yang terbaik serta paling mahal mengikut kemampuan masing-masing menuju ke tempat solat hari raya. Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaumwanita. Sabda Rasulullah s.a.w: "Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina." - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya. no: 5036. Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya berbau busuk. Islam adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian yang keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan tidak sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang kuat dan boleh menaikkan nafsu berahi hanyalah khusus untuk suaminya. Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya. Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib r.a: "Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat." - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487. Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana tempat solat terlalu jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan. . Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Jabir bin [UTF-8?]˜Abdullah r.a berkata: "Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 986. Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h berkata: "Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untukmemberikan barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu. Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikandarjat. Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahan nya." - Rujuk Zaadul Ma'ad, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, ms. 49. Tempat perlaksanaan solat hari raya. Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi s.a.w. Apakah musholla itu berbeza dengan masjid? Abu Said al-Khudri r.a berkata: Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musholla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat)." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956. Tentang hikmah mengerjakan solat hari raya di musolla, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan telah berkata: "Sesungguhnya mengerjakan kedua-dua solat hari raya di tanah lapang mengandungi hikmah yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum muslimin setidak-tidaknya mereka boleh berkumpul bersama (bersua muka) dua kali dalam setahun. Semua orang dariseluruh pelusuk negeri akan berkumpul di sebuah tempat sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Mereka semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan satu kalimat (tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka. Dengan itu, hari raya benar-benar bermakna bagi mereka." [UTF-8?]“ Rujuk Koreksi Total Ritual Shalat, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan, ms. 394. Mengerjakan Solat Aidilfitri Di antara syiar yang paling utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlaksanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata: "Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989. Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu [UTF-8?]Sa™id al-Khudri r.a berkata: "Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah)." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956. Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau mendengar khutbah hari raya. Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat hari raya, sesiapa yang tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka dia dibenarkan meninggalkan majlis itu. Abdullah bin [UTF-8?]al-Sa™ib r.a berkata: "Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi s.a.w. Setelah selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah. Oleh itu, sesiapa ingin duduk mendengar khutbah, dia boleh duduk. Sesiapa yang ingin pergi, dia boleh beredar." - Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 975. Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari rayaAidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam dan pelbagai lagi. Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti umum hari raya Aidilfitri dipergunakan untuk membawa ahli keluargabersiar- siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan. Semua bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam sempena menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak. Syeikh Sayyid Sabiq r.h berkata: "Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati." [UTF-8?]“ Rujuk Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, ms. 290. Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik r.a berkata: "Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan [UTF-8?]Aidilfitri. - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959. Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164. Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie r.h. Namun, seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahanmahupun di akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut atau berpisah-pisah. Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qada dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan [UTF-8?]bid™ah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi s.a.w yang thabit. Oleh itu, afdhal menyempurnakan puasa bulan Ramadan yang ditinggalkan terlebih dahulu diikuti puasa sunat di bulan Syawal. Perbuatan ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaannya, iaitu seolah-olah berpuasa setahun.

Isnin, 29 September 2008

AQIQAH DAN HUKUM YANG BERKAITAN DENGANNYA (bahagian 2)


Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah Kemampuan Dalam Melakukan Aqiqah Ibu bapa yang berkemampuan, adalah dituntut (sunat) melakukan aqiqah untuk anak mereka itu sehingga anak itu baligh. Jika anak tersebut sudah mencapai umur baligh tetapi ibu bapanya tidak melakukan aqiqah untuknya, maka sunat ke atas anak itu melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri dan gugurlah tuntutan sunat ke atas ibu bapa itu melakukan aqiqah anaknya yang sudah baligh itu. Adapun yang dimaksudkan dengan kemampuan yang merupakan syarat untuk melakukan aqiqah itu ialah orang yang hendak melakukan aqiqah itu mempunyai wang belanja yang lebih untuk dirinya dan orang-orang yang di bawah tanggungannya sebelum berlalu jangka masa terpanjang bagi perempuan bernifas iaitu enam puluh hari. Jika kemampuannya itu hanya wujud selepas berlalu masa tersebut (sebelum itu dia tidak mampu, kemudian selepas enam puluh hari baharulah dia mampu), maka tidak disunatkan ke atasnya melakukan aqiqah. As-Syeikh Muhammad al-Khathib as-Syarbini di dalam kitabnya Mughni al-Muhtaj mengatakan bahawa jika wali anak tersebut tidak mampu untuk melakukan aqiqah sebaik saja anak itu dilahirkan, kemudian dia mampu sebelum umur anak itu genap tujuh hari, maka sunat ke atas wali itu melakukan aqiqah untuk anaknya itu. Jika kemampuannya itu hanya wujud selepas hari ketujuh daripada hari kelahiran anaknya dan dalam masa isterinya sudah melalui semaksima hari nifas (enam puluh hari), maka kebanyakkan ulama muta’akhirin berpendapat tidak disunatkan ke atasnya aqiqah. Adapun jika kemampuannya itu wujud selepas hari ketujuh daripada hari kelahiran anaknya dan isterinya masih dalam nifas, maka dalam hal ini para ulama berbeza pendapat. Menurut pendapat Yusuf al-Ardabili di dalam kitabnya al-Anwar li A‘mali al-Abrar, beliau mentarjihkan (lebih cenderung kepada) pendapat yang mengatakan sunat ke atasnya aqiqah. Dalam erti kata lain, jika wali itu tidak mampu sehingga habis masa nifas isterinya, maka gugurlah daripadanya hukum sunat melakukan aqiqah. (Mughni al-Muhtaj: 4/369-370) Aqiqah Anak Zina Menurut Ibnu Hajar adalah sunat ibu tersebut melakukan aqiqah bagi anak zina itu, akan tetapi aqiqah itu hendaklah dilakukan secara sembunyi-sembunyi (tidak dizahirkan) agar tidak menimbulkan keaiban. (Hawasyi Tuhfah al-Muhtaj: 9/371) Waktu Aqiqah Aqiqah itu sunat dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan sehinggalah anak itu baligh. Ini adalah pendapat yang paling rajih. Apabila anak itu sudah baligh, gugurlah hukum sunat itu daripada walinya dan ketika itu hukum sunat berpindah ke atas anak itu sendiri dalam melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri. Walaupun waktu yang disunatkan untuk beraqiqah itu panjang, tetapi yang afdhal hendaklah dilakukan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya maksudnya : "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengaqiqahkan Hasan dan Husain pada hari ketujuh, memberikan kedua-duanya nama dan Baginda menyuruh supaya menghilangkan daripada keduanya kesakitan kepala (mencukur rambut kepala)." (Hadis riwayat al-Hakim) Termasuk dalam kiraan tujuh hari itu, hari anak itu dilahirkan. Jika anak itu dilahirkan pada waktu siang sebelum terbenam matahari, maka hari itu dikira satu hari. Sebaliknya jika dia dilahirkan pada waktu malam, maka malam dia dilahirkan itu tidak dikira sebagai satu hari, bahkan kiraan tujuh hari itu bermula daripada hari selepasnya (siang berikutnya). Waktu yang afdhal untuk menyembelih binatang aqiqah itu ialah setelah terbit matahari. Jika tidak sempat melakukan aqiqah pada hari ketujuh, maka digalakkan juga melakukan aqiqah itu pada hari keempat belas daripada hari kelahiran. Jika tidak sempat melakukannya juga, maka lakukanlah pada hari kedua puluh satu. Begitulah dengan seterusnya boleh dilakukan setiap kali berlalunya tujuh hari yang berikut, seperti pada hari kedua puluh lapan, tiga puluh lima dan seterusnya. (Al-Majmu‘: 8/323-324) Di dalam kitab Kifayah al-Akhyar ada menyebutkan bahawa masa untuk menyembelih aqiqah (bagi yang mampu) itu hendaklah jangan melebihi tempoh sehingga kering darah nifas ibu yang bersalin. Jika tidak dilakukan aqiqah setelah kering darah nifas, maka bolehlah dilakukan selepas itu, tetapi janganlah terlewat sehingga anak itu berhenti menyusu (dalam tempoh dua tahun daripada hari kelahiran). Jika tidak dilakukannya juga, maka bolehlah dilakukan selepas itu, tetapi janganlah terlewat sehingga anak itu berumur tujuh tahun. Jika tidak dilakukannya juga sehingga anak itu berumur tujuh tahun, bolehlah dilakukan selepas itu, tetapi sebelum anak itu mencapai umur baligh. Jika anak itu mencapai umur baligh, maka pada masa itu diberi pilihan kepada anak tersebut untuk melakukan aqiqah bagi dirinya sendiri. (Kifayah al-Akhyar: 534) Melakukan Aqiqah Sebelum Kelahiran Sebagaimana penjelasan di atas, jika penyembelihan aqiqah itu dilakukan selepas hari ketujuh ataupun sebelum hari ketujuh selepas kelahiran adalah memadai aqiqah tersebut. Ini kerana adanya sebab yang mensyariatkan ibadat aqiqah tersebut iaitu kelahiran anak. Akan tetapi jika aqiqah itu dilakukan sebelum kelahiran anak, maka tidak memadai aqiqahnya itu melainkan ianya hanya dikira sebagai binatang sembelihan biasa sahaja. (Al-Majmu‘: 8/323) Adapun menurut Ibnu Hajar, tidak disunatkan aqiqah itu bagi anak keguguran melainkan jika ditiupkan padanya roh. Jika anak keguguran itu tidak ditiupkan padanya roh, maka tidaklah dibangkitkan dan tidak memberi manfaat anak itu di akhirat kelak. (Bughyah al-Mustarsyidin: 258) Manakala anak damit yang mati sebelum atau selepas hari ketujuh daripada kelahirannya dan dia berkemampuan untuk menyembelih binatang, maka sunat diaqiqahkan anak tersebut. (I‘anah ath-Thalibin: 2/526 dan al-Majmu‘: 8/323)

Pertempuran Abdullah - Najib Mac ini?


KUALA LUMPUR, 29 Sept (Hrkh) - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka akan mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno dalam pemilihan parti itu Mac 2009 akan datang. Bagi membolehkan beliau mendapat pencalonan yang mencukupi, ketua-ketua bahagian yang tidak memihak kepadanya dilaporkan akan dimenangi hati mereka dengan pemberian �pangkat dan darjat�, kata bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Ruhanie Ahmad..Mengambilkira kemungkinan itu, beliau membangkitkan, jika Abdullah memperolehi pencalonan secukupnya untuk mempertahankan kerusi Presiden Umno, bagaimanakah pendirian timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak?"Jika Najib juga menerima pencalonan secukupnya bagi kerusi Presiden Umno, adakah beliau sedia untuk menandingi Abdullah? Apakah reaksi para penyokong Najib yang kini bertungkus lumus berusaha mendapatkan pencalonan jawatan tertinggi ini sekarang?" tanya beliau.Ruhanie menjangka, keputusan ini sama ada Abdullah akan bertanding atau tidak akan diumumkannya sebelum atau pada 9 Oktober ini."Abdullah mengambil keputusan ini setelah para pegawai dan orang-orangnya mengaudit jumlah pencalonan yang boleh beliau perolehi daripada bahagian-bahagian Umno di seluruh negara," katanya.Daripada tinjauan rambang, kata beliau, menerusi �pujuk rayu yang kreatif dan pelbagai cara�, beberapa pemerhati politik berpendapat, Abdullah boleh memperolehi jumlah kuota yang diperlukan untuk membolehkan beliau mempertahankan jawatannya.Perdana Menteri memerlukan sekurang-kurangnya 58 pencalonan untuk mempertahankan jawatannya.Contohnya, Abdullah dijangka memperolehi sekurang-kurangnya 4 pencalonan daripada Johor, 2 daripada Melaka, 6 daripada Negeri Sembilan, 4 daripada Selangor, 4 daripada Perak, 12 daripada Pulau Pinang, 3 daripada Kedah, 5 daripada Kelantan, 2 daripada Terengganu, 3 daripada Pahang, 5 daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan serta 10 daripada Sabah, kata bekas Setiausaha Politik Tun Musa Hitam itu."Ramai pemerhati politik berpendapat, jika para pegawai dan orang-orang Abdullah berusaha secara �pujuk rayu yang kreatif dan pelbagai cara� jumlah 60 pencalonan di atas mungkin boleh dimaksimakan mungkin hingga sekurang-kurangnya 65 pencalonan."Untuk memaksimumkan jumlah pencalonan ini, para pegawai dan orang-orang Abdullah dijangka mensasarkan tumpuan mereka kepada para perwakilan cawangan ke bahagian-bahagian," kata Ruhanie.Lantaran itu, katanya lagi, Abdullah sedang didesak oleh "inner circle"nya untuk berikhtiar merobah keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno pada 26 September lalu supaya persidangan perwakilan bahagian-bahagian Umno mulai 9 Oktober ini juga ditangguhkan ke Januari atau Februari 2009.Beliau menjangkakan asas kukuh yang akan digunakan untuk menangguhkan persidangan perwakilan bahagian ini ialah untuk mengelakkan tempoh berkempen yang terlalu panjang bagi seluruh calon yang bertanding dalam pemilihan parti di peringkat pusat � MT, Pergerakan Wanita Umno, Pergerakan Pemuda Umno dan Puteri Umno.Beliau mendedahkan tujuan sebenar cadangan penangguhan persidangan perwakilan bahagian itu adalah untuk memudahkan orang-orang Abdullah memenangi hati dan sokongan perwakilan cawangan-cawangan yang akan memilih calon-calon pucuk pimpinan tertinggi Umno dalam perwakilan bahagian masing-masing.Bagaimanapun, rancangan itu kelihatan sukar untuk dilaksanakan apabila Ruhanie membangkitkan adakah MT akan bersetuju dengan usaha merobah keputusannya?"Mungkinkah Abdullah akan diberika muka untuk berbuat demikian? Atau, mungkinkah MT akan bertegas mempertahankan seluruh keputusannya baru-baru ini tanpa sebarang perubahan?" tanya beliau._

Aqiqah Dan Hukum Yang Berkaitan Dengannya (bahagian 1)


Setiap anak damit dilahirkan dalam keadaan suci bersih, jauh daripada sebarang pencemaran akidah. Ibu bapa adalah orang pertama yang menunjukkan hala tuju anak tersebut, ke jalan yang mulia atau sebaliknya. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya : "Setiap kelahiran (daripada bani Adam) dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka ibu bapanyalah (yang menjadikannya) Yahudi, Nashrani atau Majusi." (Hadis riwayat al-Bukhari) Oleh yang demikian, ibu bapa bertanggungjawab mendidik anak mereka untuk mengenalkan Allah, mengajar serta membimbing mereka tentang suruhan dan laranganNya. Hal ini hendaklah diserapkan ke dalam jiwa dan minda mereka sejak dari kecil lagi, bahkan Islam telah menganjurkan kita supaya menyerukan azan dan iqamah di telinga anak damit itu sejak dari lahir lagi. Azan dan iqamah dilakukan supaya kalimah tauhid dan kalimah yang mengakui keagungan Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan keesaanNya adalah perkataan yang mula-mula didengar oleh anak itu dan akan meresap ke hatinya yang suci bersih serta meninggalkan kesan yang amat bererti buat dirinya. Selain dari itu, menyerukan azan dan iqamah juga adalah sebagai usaha untuk memohon perlindungan daripada gangguan syaitan, di mana dengan seruan azan dan iqamah ini syaitan akan lari dari anak tersebut. (Bujairimi ‘ala al-Khatib: 4/436-437) Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksdunya : "Sesiapa yang dikurniakan anak yang baru lahir, maka hendaklah diazankan di telinga kanan dan diiqamah di telinga kiri, nescaya tidak akan menyakitinya Umm ash-Shibyan (pengikut jin atau penunggu atau suatu penyakit yang terkena pada kanak-kanak pada masa kecilnya)." (Hadis dikeluarkan oleh Ibnu as-Sunni) Demikian juga Islam menganjurkan supaya melakukan aqiqah bagi anak damit tersebut. Ini bertujuan untuk mezahirkan perasaan syukur ibu bapa kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala di atas anugerah cahaya mata atau zuriat keturunannya. Di samping itu daging aqiqah yang dimasak dengan sedikit rasa manis itu diharapkan agar perangai dan budi pekerti anak tersebut akan menjadi elok dan baik. (Al-Majmu‘: 8/322) Pengertian Aqiqah Menurut Syara‘ Aqiqah dalam pengertian syara‘ ialah binatang ternakan yang berkaki empat (binatang an‘am) yang disembelih ketika hendak mencukur rambut kepala anak yang baru dilahirkan, sama ada disembelih pada hari ketujuh atau selepasnya. Hukum Aqiqah Hukum melakukan aqiqah itu adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat digalakkan oleh Islam. Sebagaimana perbuatan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam ketika Baginda mengaqiqahkan cucundanya Hasan dan Husain alaihimassalam. Ianya bukanlah perkara yang wajib dilakukan kerana hal ini pernah ditanyakan kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, lalu Baginda bersabda yang maksudnya : "Allah tidak menyukai kedurhakaan, seolah-olah Baginda tidak suka menyebut nama itu (aqiqah). Baginda bersabda: "Barang siapa yang dikurniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan untuk anaknya maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing." (Hadis riwayat Abu Daud) Maksud hadis daripada perkataan (suka atau ingin menyembelihkan untuk anaknya) itu menunjukkan tidak wajib melakukan aqiqah, melainkan jika aqiqah itu dinazarkan baharulah ianya dipanggil aqiqah wajib. Dalam hadis yang lain, sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya : "Anak-anak tergadai (terikat) dengan aqiqahnya, disembelih (aqiqah) untuknya pada hari ketujuh (kelahirannya) dan diberi namanya serta dicukur rambutnya." (Hadis riwayat at-Tirmidzi) Terdapat dua pendapat dalam menghuraikan maksud hadis "anak tergadai dengan aqiqahnya" di sini. Pendapat pertama mengatakan bahawa jika tidak diaqiqahkan, anak itu akan terbantut atau terhalang pertumbuhannya, tidak seperti anak-anak lain yang diaqiqahkan. Pendapat kedua mengatakan bahawa maksudnya ialah anak itu tidak akan memberi syafaat kepada kedua ibu bapanya pada hari kiamat kelak jika dia tidak diaqiqahkan. Pendapat kedua ini adalah pendapat Imam Ahmad bin Hanbal, dan pendapat ini adalah pendapat yang terbaik. (Mughni al-Muhtaj: 4/369) Orang Yang Dituntut Melakukan Aqiqah Orang yang disunatkan melakukan aqiqah untuk anak yang baru dilahirkan itu ialah orang yang wajib memberi nafkah kepada anak tersebut, iaitu bapa atau ibunya sekalipun mereka itu orang fakir atau papa. Aqiqah tidak boleh dilakukan oleh orang yang tidak wajib ke atasnya memberi nafkah kepada anak tersebut melainkan dengan izin daripada orang yang wajib memberi nafkah (bapa atau ibu). Sebagaimana Nabi pernah mengaqiqah cucunda Baginda Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husain sama ada dengan sebab izin daripada Sayyidina ‘Ali menantu Baginda ataupun ketika itu Sayyidina ‘Ali dan isterinya tidak berkemampuan lalu tertanggunglah nafkah tersebut ke atas Baginda Rasulullah. Belanja untuk aqiqah itu hendaklah diambil daripada harta bapa atau ibu itu sendiri dan tidak boleh diambil daripada harta anak yang hendak diaqiqahkan itu. Ini kerana perbuatan aqiqah itu adalah merupakan tabarru‘ (sedekah). Jika diambil perbelanjaan itu daripada harta anak tersebut, maka aqiqah yang dibuat itu tidak sah dan ibu atau bapa tersebut wajib menggantinya. (Al-Majmu‘: 8/324 dan Mughni al-Muhtaj: 4/369

Politik Malaysia Semakin Gawat


BELUM pernah saya melihat suasana politik negara yang segawat ini. Pelan peralihan kuasa yang ditetapkan oleh Perdana Menteri dan pernah dipersetujui oleh timbalan dan naib-naib presiden tidak dipersetujui pula oleh salah seorang Naib Presidennya.

Akhir-akhir ini, pendirian Tan Sri Muhyiddin Yassin mula kelihatan disokong oleh Najib supaya tarikh peralihan kuasa ditentukan perwakilan.

2) Sedang Pak Lah melahirkan kekecewaan, Muhyiddin sering dikaitkan pula dengan Ku Li dalam penyediaan pelan alternatif demi memulihkan Umno atau menggantikan Presiden Parti.

Sementara itu, Pak Lah dikejutkan pula dengan hajat terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kembali semula ke pangkuan Umno. ( Sampai sekarang belum menjadi kenyataan.. Mengapa? )

Dalam keadaan Datuk Ahmad Ismail yang dilihat menyentuh perkara sensitif mengenai kaum, tiba-tiba tak semena-mena wartawan daripada Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor ditahan di bawah ISA.

Selepas 24 jam dalam tahanan, Tan Hoon Cheng telah dilepaskan pula kerana mengikut Syed Hamid Albar, polis menahan beliau di bawah ISA kerana terdapat 'ancaman terhadap nyawa'

Bukankah semua ini pelik namanya. Dalam keadaan kegawatan yang bertimpa-timpa, Datuk Zaid Ibrahim pula meletakkan jawatan.

Zaid meletak jawatan tetapi PM tidak mahu terima. Tanpa mengambil banyak masa, walaupun ditawar cuti dua minggu, Zaid tetap menolak dan mengisytiharkan peletakan jawatan beliau kerana tidak puas hati dengan penyalahgunaan ISA oleh kerajaan keesokan harinya.

Semakin menarik apabila semua akhbar 18 September memberitakan bahawa Zaid menyertai gerakan caucus yang dianggotai Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Khalid Ibrahim dan lain-lain untuk menentang ISA.

3) Di tengah-tengah keghairahan ugutan ISA yang seakan-akan memanjangkan tangannya ke batang tengkok Dato Seri Anwar Ibrahim, Majlis Peguam yang disertai oleh 12,000 peguam telah membuat EGM Khas pada 20 September 2008; membantah keras ISA bahkan mendesak membatalkan Akta yang zalim ini.

Pada tahun 1998, Umno lace w:st="on"cuba lace memerangkap Anwar dengan tuduhan liwat. Walau terpaksa memunggah bantal dan tilam sambil mengutip rambut dan bulu untuk menegakkan pembuktian, Anwar telah ditumbuk dan ditendang ke lokap dan dipaksa menjalani enam tahun hukuman.

Anehnya, di hujung pertimbangan Anwar didapati tidak bersalah oleh Mahkamah. Tidak serik dengan pengalaman pahit ini, Umno sekali lagi dilihat lace w:st="on"cuba lace mengitar semula tuduhan liwat dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Belum didapati bersalahpun sekali lagi Anwar telah terpaksa melalui lorong ejekan untuk dicerca oleh media.

Ini yang saya katakan, keadaan negara yang sedang berada dalam sebuah krisis kepercayaan yang tenat. Hati saya sentiasa bertanya sama ada; politikkah ini atau kecelaruan?

Dalam kes tuduhan liwat ini, boleh dikatakan semua ahli ilmu yang ikhlas kerana Allah telah menegur kerajaan yang suka menuduh tanpa mengikut sistem pembuktian yang telah dilandaskan oleh Kitab Allah S.W.T.

Semua peraturan ini berada di dalam Hududullah. Adalah menjadi kewajipan bagi mana-mana pemerintah yang taklif yakni dibebankan dengan hukum untuk menanggung dan melaksanakan ketentuan Allah S.W.T.

Perintah Allah ini telah wujud sebelum wujudnya Umno dan sebelum wujudnya PAS.

Tuduh orang kerja mungkar

Menuduh orang sesuka hati adalah kerja mungkar. bersiap sedialah dengan hukuman serta seksaan Allah yang maha pedih sera azab.

4) Sekarang, Datuk Seri Dr Rais Yatim pula kelihatan mengumpan rakyat lace w:st="on"Malaysia lace dengan tohmahan yang lain. Tanpa perlu menunggu lama, keesokan harinya Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek mendorong rakyat melihat Datuk Seri Anwar sebagai ancaman.

Ini diikuti pula oleh Tan Sri Muhammad Muhd. Taib selaku Ketua Penerangan Umno yang mencampur adukkan apa yang disebutkan oleh Rais dengan sentimen Cina dan lace w:st="on"India lace yang kononnya boleh mencetuskan keresahan kaum.

Sedangkan yang resah adalah Umno kerana kemaraan Anwar dengan 31 'penyokong baru' cukup berpotensi untuk meruntuhkan Umno/BN. Boleh dikatakan semua rakyat boleh berfikir bahawa Umno/BN yang sedang bercelaru.

Rakyat sedang tenang menjalani ibadat puasa, tadarus, Tarawih dan qiamullail pada bulan Ramadan ini. Demikian juga dengan masyarakat Cina dan lace w:st="on"India lace. Mereka cuma resah melihat pemimpin-pemimpin Umno yang gelisah.

Anwar bukan ancaman kepada keselamatan negara tetapi ancaman kepada survival Umno. Inilah yang menjadikan mereka kehilangan arah.

Sekali menuduh Anwar melakukan liwat. Sekali menuduh Anwar rasuah. Sekali menuduh Anwar agen asing. Sekali menuduh Anwar disokong oleh Amerika.

Sekali menuduh Anwar pengancam kepada ekonomi dan keselamatan negara. Dalam rekaan alasan yang berputar-putar itulah rakyat khuatirkan keselamatan Anwar. Sebab itu saya awal-awal lagi menyebutkan tentang kekhuatiran saya terhadap Anwar yang mungkin akan diISAkan.

ISA jadi alat

Walaupun hati saya lega apabila Datuk Seri Perdana Menteri seakan-akan mengeluarkan jaminan bahawa ISA tidak akan digunakan ke atas Anwar tetapi maklumat yang kononnya diperolehi oleh Menteri Luar bahawa Ketua Pembangkang sedang diperalatkan oleh US untuk menghuru harakan Malaysia (Utusan Malaysia 20 September 2008) cukup merisaukan saya semula.

Ingatlah bahawa di dalam Al-Quran sudah berapa banyak Maharaja yang ditolak ke neraka kerana suka menzalimi orang-orang yang baik. Firaun, Namrud dan Haman jauh lebih handal daripada pemimpin-pemimpin lace w:st="on"Malaysia lace.

Al-Quran merakamkan nasib mereka, "Maka Kami hukumlah Firaun dan bala tenteranya, lalu kami lemparkan mereka ke dalam laut.

Maka lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang zalim dan Kami jadikan mereka pemimpin-pemimpin yang menyeru (manusia) ke neraka dan pada hari kiamat mereka tidak akan ditolong." (Surah A-Qashash: Ayat 40 dan 41).

5) Kita kena faham bahawa kita ini adalah makhluk yang dicipta. Atas belas ehsan Allah S.W.T. kita diberi kesempatan untuk hidup di muka bumi. Bumi ini adalah tempat ujian untuk kita membuktikan pengabdian kita kepada Allah S.W.T.

Setiap denyut jantung dan putaran darah yang memunggah masuk keluarnya oksigen dan karban dioksida dan hati selaras proses pembersihan buah pinggang untuk menyempurnakan pula penghadaman dan pembuangan melalui usus kecil dan usus besar adalah terjadi atas anugerah dan kudrat iradat Allah S.W.T.

Sama ada kita tidur atau berbaring, segala proses biologi yang mengambil tempat dalam tubuh kita setiap hari semuanya diatur rapi oleh Allah S.W.T. Semua nikmat yang telah disempurnakan ini untuk menguji setiap hamba sama ada mahu membuat maaruf atau mungkar.

Memfitnah orang ini sebenarnya sebuah kemungkaran. Sama seperti menuduh zina, menuduh Anwar tanpa bukti atau menuduh Anwar sebagai tali barut Amerika adalah kerja dosa.

Lebih zalimlah jika dalam keadaan bukti yang tiada, Anwar mahu disumbat sekali lagi ke sel menggunakan Akta ISA. Walaupun Rais Yatim menyatakan tentang adanya 'pihak tertentu' tetapi bolehkah rakyat diberitahu tentang siapakah mereka?

Insiden Memali

Sebenar manakah mereka? Saya masih tidak lupa betapa Dato? Seri Rais Yatim pernah terlibat dalam menjelaskan punca fenomena insiden Memali yang mengorbankan 14 syuhada pada tahun 1986.

Rais Yatim jugalah yang bersungguh-sungguh untuk menjelaskan kewajaran kepungan dan pembunuhan yang berkaitan. Walau bagaimanapun 24 tahun kemudian, belum ada lagi sebarang bukti bahawa mereka adalah ancaman terhadap keselamatan negara. Apakah kali ini Rais Yatim tidak akan silap?

6) Sibuk sangat khuatirkan Anwar yang kononnya boleh dijadikan 'pemimpin ke hadapan' yang akan dijadikan alat Amerika, sedangkan pada pengamatan saya, pemimpin Umno sejak dari awal penubuhannya lagi selalu memisahkan agama dengan politik.

Pegangan politik sekular ini sangat direstui oleh Amerika dan Yahudi. Ini yang pernah saya katakan bahawa Umno menjadi penyokong dan proksi kepada Amerika dan yahudi di negara ini sejak dahulu lagi.

Saya tidak membela Anwar Ibrahim dan melawan Datuk Seri Abdullah mengikut sentimen dan nafsu yang fujur semata-mata. Saya cuma mahu menjadi pembela kebenaran. InsyaAllah saya bersama-sama dengan 'Al haqqul mubim'.

7) Saya mengajak diri saya dan seluruh rakyat lace w:st="on"Malaysia lace, marilah kita sama-sama menghayati maksud Ayat Allah ini dalam Surah An Nisaa'. Ayat 105 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang-orang yang tidak bersalah), kerana (membela) orang-orang yang khianat."

Kunci kepada Ayat ini ialah "kamu jangan membela orang-orang yang jahat dengan memberi keadilan melalui wahyu Allah yang telah diturunkan kepada kamu."

8) Ramadan Karim. Ini bulan Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan. Ingatlah. Tuhan Maha Berkuasa untuk menentukan segala sesuatu. Dalam kisah Nabi Allah Saleh Alaihissalam disebutkan begini:

"Lalu mereka mendustakannya dan menyembelih unta itu, maka Tuhan mereka membinasakan mereka disebabkan dosa mereka, lalu Allah menyamaratakan mereka (dengan tanah) dan Allah tidak takut terhadap akibat tindakanNya itu." (Surah Asy Syams : Ayat 14 dan 15).

Dari Ayat ini jelas bahawa "mereka dibinasakan di atas dosa-dosa mereka

Jumaat, 26 September 2008

Pesan-Pesanku Jika Aku Mati


Aku tidak tahu kapan Sang Pemilik jiwaku ini memanggilku.
Namun demikian rasa khawatirku untuk tidak meninggalkan kesusahan dan keburukan sepeninggalku, telah mendorongku untuk berwasiat kepadamu sekalian.

Hendaklah kamu sekalian tidak bersedih hati dengan apa saja yang luput darimu dan tidak pula meratapi apa2 yang telah ditakdirkan Allah (swt) agar menjadi bagian dari kisah kehidupan di dunia ini. Kematianku tidaklah berbeda dengan kematian manusia lainnya. Yang demikian adalah karena setiap yang bernyawa pasti akan mati. [1]

Ketahuilah bahwa sesungguhnya aku tidak dapat memberi jaminan hidup atas hidupku sendiri sebagaimana aku tidak dapat memastikan apa yang dapat kita lakukan esok hari dari rencana2 kita. Yang demikian adalah karena kita adalah hamba2 Allah yang tidak memiliki sedikitpun kekuasaan dan kemampuan kecuali sekedar apa yang diberikan-Nya yang sesuai dengan kehendak dan rencana-Nya.

Jika aku mati, hendaknya kamu sekalian tidak panik. Kematian adalah perkara biasa yang orang lain juga menghadapinya. Uruslah jenazahku dengan kemampuan terbaik kalian. Jika aku sempat mandi sebelum aku mati, maka hendaklah tidak seorangpun yang mengulanginya. Kewajiban kalian adalah menutupi bagian2-ku yang masih terbuka dengan kain (kafan). Jika tidak, maka mandikan dan bersihkanlah bagian2 yang penting sebelum kalian mengkafaniku sehingga aku layak untuk menghadap Allah (swt).

Jika hanya seorang dari kalian yang ada di sisiku pada saat kematianku, hendaklah kamu memberitahu tetangga terdekat yang sekiranya mereka dapat membantu menguruskan jenazahku atau mereka memberitahu orang lain yang layak untuk memandikan dan mengkafankan jenazahku. Untuk hal ini, hendaklah mereka termasuk orang2 yang amanah yang dapat menjaga aurat dan aibku dengan baik.

Di bumi mana aku mati, maka tempat yang paling layak dan paling baik bagi jenazahku adalah tanah perkuburan yang terdekat dengan tempat kematianku. Yang demikian lebih aku sukai agar tempatku termasuk hal2 yang akan dapat memberi kesaksian tentang apa yang telah aku kerjakan buat agama ini. Oleh karena itu, janganlah se-kali2 kalian mencoba mengangkut atau membawa jenazahku lebih jauh dari tempat itu.

Dan jangan biarkan jenazahku menunggu. Jangan pula seorang dari kalian, orangtua, sanak famili, sahabat, handai tolan dan kawan2 baikku dijadikan alasan untuk menunda jenazahku masuk liang lahat. Selain perkara ini tidak membebani mereka yang mengurus jenazahku, hal itu juga lebih baik bagi mereka yang datang kemudian.

Jika yang datang kemudian adalah dari golongan orang2 yang sholeh, maka sudah tentu mereka akan tahu cara menolongku dengan pertolongan ghaib. Sebaliknya, jika yang datang kemudian adalah orang2 yang belum sempurna agamanya, maka hal itu tidak akan menambah kesalahan dan dosa mereka. [2]

Tahanlah lisan kalian dalam mengekspresikan rasa bela sungkawa atau duka cita kalian. Meskipun aku rela kamu mencurahkan air matamu, tetapi janganlah se-kali2 kamu meratap atau mengeluarkan kata2 kesedihan. Yang demikian adalah karena selain hal itu akan menyusahkanku di kubur, hal itu juga akan menjadi dosa bagimu.
Berserah dirilah kepada Allah (swt) tidak saja dalam urusan rezekimu, tetapi juga dalam semua aspek kehidupanmu. Yakinlah dengan keyakinan yang bulat bahwa Allah (swt) maha cermat dalam mengurus semua makhluk-Nya. Dia mustahil ceroboh sebagaimana Dia mustahil berbuat zhalim kepada ciptaan-Nya sendiri. Karena itu, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan shalat [4].

Tidak ada warisan terbaik yang dapat aku tinggalkan kepada kalian selain aku telah berusaha dengan segala daya agar kalian terbiasa berada di jalan Allah. Dan meskipun aku seringkali gagal dalam memberi kalian warisan akhlak yang agung sebagaimana akhlak Rasulullah (saw), tetapi paling tidak kalian telah mengetahui bagaimana cara menghadirkannya jika kalian mau. Dan sekiranya ada benda2 yang aku tinggalkan pada kalian, maka orang terbaik diantara kalian adalah dia yang paling tidak memerlukannya.

Keluarga-ku, jika kelak kalian merindukanku, maka pasti dan pasti kalian akan menjumpaiku di akhirat hanya jika Allah (swt) ridho kepada kalian. Yang demikian adalah jika aku tercampak ke dalam neraka, maka sebagai ahli surga kalian dapat dengan mudah menziarahiku [5]. Sebaliknya, jika dengan rahmat-Nya, Allah (swt) memasukkanku sebagai salah seorang ahli surga, maka sesungguhnya tiada halangan apapun antara sesama ahli surga untuk saling menziarahinya.

Dan jika datang kepadamu orang2 agar kalian mengikuti cara hidup lain selain yang telah diajarkan oleh Rasulullah (saw), maka kuatkanlah keyakinan kalian dan gigitlah erat2 agama (Islam) ini dengan gerahammu dan katakan dengan tegas dan tekad yang bulat, "Tidak, bahkan (kami mengikuti) agama Ibrahim yang lurus. Dan bukanlah dia dari golongan orang musyrik." [6]

La ilaha illallah Muhammadur rasulullah. Subhanallah wal hamdulillah wa la ilaha illallah wallahu akbar wa la haula wa la quwwata illa billahil 'aliyyil azhim. Subhanallah.

Beranikah Abdullah isytihar pilihan raya mengejut?



Beranikah Abdullah isytihar pilihan raya mengejut?
Shirzat Lifeboat Tue Sep 23, 08 9:38:13 am MYT
Secara tradisinya, dua pihak yang sering beradu kuasa dalam politik Malaysia adalah Umno dan PAS.

Namun, di sebalik apa jua manifesto kedua-dua parti itu dalam 12 pilihan raya umum lalu, mengenai siapa yang lebih mampu mempertahankan hak dan kekuasaan politik Melayu dan kedaulatan Islam, penyokong, pengundi dan ahli-ahli parti berkenaan akan merasa kehilangan besar jika Umno atau PAS yang berkuasa di sesebuah negeri.
Bagi rakyat, khususnya orang Melayu, sama ada PAS atau Umno yang menang, ia tetap merupakan kerajaan Melayu. Siapapun yang menang dan memerintah, ia tetap situasi menang-menang dan mencerminkan kuasa dominan politik Melayu.
Pemimpin parti mungkin melihat kuasa politik dari sudut berbeza. Namun bagi rakyat yang waras, ia berkaitan dengan siapakah yang patut diberikan amanah dan prestasi pula diukur sejauh mana mereka yang dipilih boleh memberikan keselesaan buat rakyat.
Peningkatan asas sokongan PAS dan penghijrahan pengundi dan penyokong dari Umno ke PAS dari masa ke masa berlaku atas pelbagai faktor ? yang terbesar ialah kemampuan Umno dalam menggalas tanggungjawab terhadap orang Melayu dan Islam semakin dilihat tidak lagi berkesan dan kemampuannya kian dipertikaikan.
Selepas Pilihan Raya Umum ke-12, lanskap politik Malaysia terubah dengan kejayaan KeADILan yang relatifnya baru dalam senario proses pemilihan elektoral memperolehi 31 kerusi Parlimen (20 daripadanya dimenangi calon Melayu). PAS mendapat 23 kerusi, DAP 28.
Dengan kemungkinan setidak-tidak 30 Ahli Parlimen BN menyertai Pakatan, menjadikan jumlah kerusi Pakatan 112 berbanding BN 110, maka BN tidak lagi berkuasa di peringat Persekutan.
Perkiraan inilah yang menguatkan hasrat Dato' Seri Anwar Inrahim mengambil alih kerajaan.
Walaupun ia tidak berlaku pada 16 September lalu, namun tidak mustahil ia akan berlaku pada satu tarikh lain memadangkan ada Ahli Parlimen BN yang dikatakan berada di ambang meninggalkan parti masing-masing kerana tidak berpuas hati dengan kelemahan kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Mendahului proses menterjemahkan protes rasa tidak puas hati ini sehingga mengucapkan selamat tinggal kepada BN ialah Parti Maju Sabah (SAPP) yang keluar dari BN pada 17 September 2008.
Juga di sebalik semua penafian Abdullah dan pemimpin kanan Umno-BN mengenai peralihan kuasa itu, ramai melihat keputusan SAPP sebagai bermulanya satu chain-reaction yang bakal menyaksikan lebih banyak komponen BN atau Ahli Parlimennya yang menuruti jejak langkah parti itu.
Ramai menanggap rancangan peralihan kuasa tajaan Anwar ini satu ancaman sahih yang diyakini oleh BN sendiri di sebalik pelbagai penafian, bermula saat pengumuman 49 Ahli Parlimen Backbenchers BN membuat lawatan ke Taiwan menjelang 16 September.
Tentu sekali ramai yang tidak mempercayai bahawa tujuan mereka ke negara tersebut adalah semata kerana mempelajari pertanian. Malah ramai berkongsi pandangan bahawa penahanan beberapa individu termasuk seorang Ahli Parlimen DAP ada kaitan dengan rancangan Anwar itu.
Walaupun perkaitan sedemikian tidak begitu jelas, yang pasti beberapa pemimpin Umno termasuk yang berjawatan menteri tidak bersetuju dengan penahanan wartawan Sin Chew Daily. Keadaan ini sudah tentu menambahkan lagi luka kesatuan pemikiran, pandangan dan keputusan dalam Umno yang amat utuh satu ketika dulu.
Yang Razali Kassim, felo kanan di S. Rajaratnam School of International Studies, Nanyang Techonological University, Singapura berpendapat: "Keadaan darurat boleh diisytiharkan, atas sebab bahawa negara (Malaysia) sedang memasuki satu tempoh ketidak-stabilan berpanjangan. Kerajaan telah mengkaji opsyen darurat sejak kemelut pilihanraya 8 Mac. Ketua Turus Angkatan Tentera telah membangkitkan ? dua kali ? mengenai keadaan huru-hara ini dan meminta kerajaan supaya bertindak. Adalah sesuatu luar biasa bagi seorang jenderal tinggi untuk berkata demikian."
Keputusan Abdullah bertukar portfolio dengan timbalannya Dato? Seri Najib Abdul Razak yang menyaksikan beliau menjadi Menteri Pertahanan mengundang spekulasi selanjutnya kepada pandangan di atas.
Tulisan tersebut turut juga menyentuh tentang kemungkinan sebuah pilihan raya umum mengejut, "... Sekiranya BN akan kehilangan kuasa mengapa tidak sahaja mengadakan pilihan raya sekali lagi untuk cuba mengubah gelombang? Itu, bagaimanapun, mungkin akan membuktikan satu strategi berisiko bagi BN. Lagipun, kali ini BN mungkin akan tersingkir terus."
Kebarangkalian BN kehilangan kuasa jika satu pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat adalah tinggi memandangkan ramalam kemenangan moralnya pada pilihan raya kecil Permatang Pauh lalu tidak menjadi, malah Anwar menang lebih besar.
Walaupun ketika menjawab soalan media pada 16 September lalu Abdullah mendakwa masak dengan cara dan strategi politik Anwar, namun beliau mungkin terlupa betapa menerusi semua jawatan dalam parti dan kerajaan yang pernah disandang bekas TPM itu ketika dan sebagai pemimpin yang amat popular, Anwar dapat memahami mindset pemimpin Umno dan budaya yang melahirkan mindset sedemikian serta insight kepada cara Umno dan kerajaan BN bergerak dan bertindak dalam menghadapi krisis.
Anwar sesungguhnya memiliki kemampuan mempengaruhi keadaan. Kehadiran semula beliau dalam senario politik Malaysia menghantui Umno dan sedikit sebanyak memberikan impak perpaduan dalam PAS sendiri.
Politik Malaysia berada dalam keadaan paling kelam-kabut dan tidak stabil. Debu politik pilihan raya umum masih belum mendak walaupun sudah berlalu hampir lapan bulan.
Sementara semua ini berlaku, golongan yang menyandarkan harapan berlakunya peralihan kuasa terus meyakini Anwar boleh melakukan satu keajaiban politik dan seterusnya urus-tadbir kerajaan yang serba-sempurna dalam keadaan majoriti mudah yang paling minima. - mks. _

Khamis, 25 September 2008

PELBAGAI KISAH MERAPU PASAL ABDULLAH

Betul ke Abdullah Badawi tukar fikiran? Tak jadi nak berhenti jadi PM dan Presiden UMNO? Semua gara-gara desakan menantunya, Khairy Jamaluddin, dan anak lelakinya, Kamaluddin Abdullah?
Kalau betullah kisah ni, teruklah kita semua. Apa taknya? Ketua Negara dan Presiden UMNO dikontrol oleh dua anak muda yang buta sejarah, tapi bernafsu buas – si menantu buas nafsu politiknya, si anak lelaki buas nafsu perniagaannya. Macam ni, lingkup kita, lingkup!
Tapi, apa pasal para pemimpin UMNO takut nak bertindak? Pasal nak jaga tembolok masing-masing? Takut periuk nasi melayang? Takut bintang di dada gugur ke bumi?
Cubalah korek-korek cerita oil-for-food. Katanya, cerita ni membahayakan Abdullah. Hari ni kononnya dah ada banyak dossier pasal hal ni. Saya tak mau tulis habis-habisan kat sini pasal bahaya. Tapi, kononnya cerita ni lebih besar daripada apa yang kita ketahui setakat ni. Ia dikatakan sampai membabitkan sumbangan kepada sebuah negara yang sangat-sangat memusuhi umat Islam. Betul tidaknya kisah ni, Allah sahaja yang maha mengetahuinya.
Lepas tu, katanya ada kisah membabitkan Projek Jambatan Bengkok dan Pulau Batu Puteh. Kisah ni pun panas dan kontrovrsi. Katanya, Khairy tau akan hal ni. Katanya, inilah senjata Khairy untuk mengongkong bapak mertuanya. Katanya, sebab itulah Abdullah terpaksa tunduk dan ikut sahaja kehendak serta telunjuk Khairy.
Lepas tu, korek-koreklah cerita sekumpulan manusia di sekeliling Abdullah yang kebelakangan ini kononnya nak kuasai MISC, syarikat perkapalan Malaysia. Kerana terlalu gelojoh, kumpulan ini dipercayai sampai sanggup melakukan sesuatu yang tidak terduga oleh pemikiran kita sebagai rakyat biasa.
Cerita ni pun panas dan juga amat bahaya. Kononnya, ia membabitkan satu kuasa asing yang berjiran dengan kita. Katanya, ia juga membabitkan tindakan-tindakan tertentu yang kemudiannya ditudingkan kepada kumpulan teroris antarabangsa yang tertentu sebagai pengangkaranya. Sama ada kisah ini betul atau palsu, sukar untuk dipastikan. Tapi, hari ini memang dah ada pihak di Malaysia yang tau mengenainya.
Ada pengkomen di blog ini mengatakan saya tulis ikut emosi dan persepsi yang cetek. Katalah apa nak kata. Saya tulis berasaskan maklumat yang sampai kepada saya. Percaya tak percaya, terserahlah. Tapi, begitulah kata maklumat yang dikirimkan kepada saya.
Akhirnya adalah kisah botol yang bertimbun-timbun di belakang kediaman Abdullah yang lama dekat Istana Negara. Saya tidak tergamak menghuraikan cerita botol-botol ni. Tapi, antara botol-botol tu, ada tiga jenis yang istimewa.
Demikian kisah Abdullah dan keluarganya. Nak tau lebih lanjut, korek-koreklah sendiri. Benarkah kehidupan pemimpin yang melonjakkan imejnya menerusi pelantar Islam Hadhari ni betul-betul bersih, lurus dan benar? Yang pasti, kini sudah ada pelbagai data negatif mengenai pemimpin ini dalam simpanan seorang Hamba Allah di Malaysia. Data-data ini sangat kontroversi dan penuh skandal!