Betul ke Abdullah Badawi tukar fikiran? Tak jadi nak berhenti jadi PM dan Presiden UMNO? Semua gara-gara desakan menantunya, Khairy Jamaluddin, dan anak lelakinya, Kamaluddin Abdullah?
Kalau betullah kisah ni, teruklah kita semua. Apa taknya? Ketua Negara dan Presiden UMNO dikontrol oleh dua anak muda yang buta sejarah, tapi bernafsu buas – si menantu buas nafsu politiknya, si anak lelaki buas nafsu perniagaannya. Macam ni, lingkup kita, lingkup!
Tapi, apa pasal para pemimpin UMNO takut nak bertindak? Pasal nak jaga tembolok masing-masing? Takut periuk nasi melayang? Takut bintang di dada gugur ke bumi?
Cubalah korek-korek cerita oil-for-food. Katanya, cerita ni membahayakan Abdullah. Hari ni kononnya dah ada banyak dossier pasal hal ni. Saya tak mau tulis habis-habisan kat sini pasal bahaya. Tapi, kononnya cerita ni lebih besar daripada apa yang kita ketahui setakat ni. Ia dikatakan sampai membabitkan sumbangan kepada sebuah negara yang sangat-sangat memusuhi umat Islam. Betul tidaknya kisah ni, Allah sahaja yang maha mengetahuinya.
Lepas tu, katanya ada kisah membabitkan Projek Jambatan Bengkok dan Pulau Batu Puteh. Kisah ni pun panas dan kontrovrsi. Katanya, Khairy tau akan hal ni. Katanya, inilah senjata Khairy untuk mengongkong bapak mertuanya. Katanya, sebab itulah Abdullah terpaksa tunduk dan ikut sahaja kehendak serta telunjuk Khairy.
Lepas tu, korek-koreklah cerita sekumpulan manusia di sekeliling Abdullah yang kebelakangan ini kononnya nak kuasai MISC, syarikat perkapalan Malaysia. Kerana terlalu gelojoh, kumpulan ini dipercayai sampai sanggup melakukan sesuatu yang tidak terduga oleh pemikiran kita sebagai rakyat biasa.
Cerita ni pun panas dan juga amat bahaya. Kononnya, ia membabitkan satu kuasa asing yang berjiran dengan kita. Katanya, ia juga membabitkan tindakan-tindakan tertentu yang kemudiannya ditudingkan kepada kumpulan teroris antarabangsa yang tertentu sebagai pengangkaranya. Sama ada kisah ini betul atau palsu, sukar untuk dipastikan. Tapi, hari ini memang dah ada pihak di Malaysia yang tau mengenainya.
Ada pengkomen di blog ini mengatakan saya tulis ikut emosi dan persepsi yang cetek. Katalah apa nak kata. Saya tulis berasaskan maklumat yang sampai kepada saya. Percaya tak percaya, terserahlah. Tapi, begitulah kata maklumat yang dikirimkan kepada saya.
Akhirnya adalah kisah botol yang bertimbun-timbun di belakang kediaman Abdullah yang lama dekat Istana Negara. Saya tidak tergamak menghuraikan cerita botol-botol ni. Tapi, antara botol-botol tu, ada tiga jenis yang istimewa.
Demikian kisah Abdullah dan keluarganya. Nak tau lebih lanjut, korek-koreklah sendiri. Benarkah kehidupan pemimpin yang melonjakkan imejnya menerusi pelantar Islam Hadhari ni betul-betul bersih, lurus dan benar? Yang pasti, kini sudah ada pelbagai data negatif mengenai pemimpin ini dalam simpanan seorang Hamba Allah di Malaysia. Data-data ini sangat kontroversi dan penuh skandal!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan