Jumaat, 9 Januari 2009

GHIBAH YANG DIBOLEHKAN

GHIBAH adalah salah satu perbuatan yang tercela dan memiliki kesan negatif yang cukup besar .Ghibah dapat mencerai-beraikan ikatan kasih sayang dan ukhuwwah sesame manusia.Seseorang yang berbuat ghibah beerti dia telah menebarkan kedengkian dan kejahatan dalam masyarakat.Walaupun telah jelas besarnya bahaya ghibah,tapi masih banyak orang yang melakukannya dan menganggap remeh bahaya ghibah ( mengumpat ) ini.Walau bagaimana pun, terdapat beberapa hal yang mengakibatkan seseorang diperboleh untuk mengumpat.Namun sebelum mengetahui criteria yang membolehkan seseorang untuk melakukan ghibah,ada baiknya kita mengetahui dahulu apa itu ghibah . Definisi “ Ghibah ” dapat kita lihat dalam hadis Rasullullah iaitu : -

“ Engkau menceritakan kepada saudaramu tentang sesuatu yang ia benci. ” Si penanya kembali bertanya : -
“ Wahai Rasullullah,bagaimanakah pendapatmu bila apa yang diceritakan itu benar ada padanya ? ” .Rasullullah menjawab :-
“ Kalau memang benar ada padanya,itu ghibah namanya.Jika tidak benar,beerti engkau telah mengada-ngada. ” ( Hadis Riwayat : Muslim,Tirmidzi,Abu Dawud dan Ahmad ) .

Berdasarkan hadis di atas telah jelas bahawa definisi ghibah ialah :
“ Menceritakan tentang diri saudara kita sesuatu yang ia benci meskipun hal itu benar ”. Ini beerti kita menceritakan dan menyebarluaskan keburukan dan aib saudara kita kepada orang lain.Allah sangat membenci perbuatan ini mengibaratkan pelaku ghibah seperti seseorang yang memakan bangkai saudaranya sendiri.Allah berfirman yang bermaksud : -

“ Wahai orang-orang yang beriman,jauhilah kebanyakan diri prasangka,sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain
Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain.Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati ? Maka tentulah kamu
Merasa jijik kepadanya.Dan bertaqwalah kepada Allah.Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat Lagi Maha Penyayang .” ( Surah Al – Hujurat : 12 ) .

Imam Nawawi dalam kitab Syarah Sohih Muslim dan Riyadhu As-Shalihin,menyatakan bahawa ghibah hanya diperbolehkan untuk syara’ iaitu yang disebabkan oleh enam hal,iaitu : -

i) Orang yang “ Mazhlum ” ( teraniaya ) boleh menceritakan dan mengadukan kezaliman orang yang menzaliminya kepada seorang penguasa atau hakim atau kepada orang yang
Berkuasa memutuskan suatu perkara dalam rangka-rangka menuntut haknya .

- Ayat ini menjelaskan bahawa orang yang teraniaya boleh menceritakan keburukan perbuatan orang yang menzaliminya kepada khalayak ramai.Bahkan jika ia menceritakannya
Kepada seseorang yang mempunyai kekuasaan,kekuatan dan hak untuk menegakkan amar ma’ruf nahi munkar seperti seorang pemimpin atau hakim,dengan tujuan mengharapkan bantuan atau keadilan,maka sudah jelas boleh hukumnya.Tetapi walaupun kita boleh mengumpat orang yang menzalimi kita,pemberian maaf atau menyembunyikan suatu keburukan adalah lebih baik.
ii) Meminta bantuan untuk menyingkirkan kemungkaran agar orang yang berbuat maksiat kembali ke jalan yang benar.Pembolehan ini dalam rangka “ Isti’anah ” ( minta tolong ) untuk mencegah kemungkaran dan mengembalikan orang yang bermaksiat ke jalan yang hak.Selain itu,ia juga merupakan kewajiban manusia untuk beramar makruf nahi munkar.Setiap muslim harus saling bahu-membahu menegakkan kebenaran dan meluruskan jalan orang-orang yang menyimpang dari hukum-hukum Allah,hingga nyata garis perbezaan antara yang haq dan yang bathil .
iii) Istifta’ ( meminta fatwa ) akan sesuatu hal.Walaupun kita diperbolehkan menceritakan keburukan seseorang untuk meminta fatwa,untuk lebih berhati-hati,ada baiknya kita hanya menyebutkan keburukan orang lain sesuai dengan yang ingin kita adukan,tidak lebih.
iv) Memperingatkan kaum muslimin dari beberapa kejahatan :
A) Apabila ada perawi,saksi atau pengarang yang cacat sifat atau kelakuannya,menurut ijma’ ulama kita boleh bahkan wajib memberitahu kepada kaum muslimin.Hal ini dilakukan untuk memelihara kebersihan syariat Ghibah dengan tujuan sperti ini jelas diperbolehkan,bahkan diwajibkan untuk menjaga kesucian hadis.Apalagi hadis merupakan sumber hakam kedua bagi kaum muslimin setelah Al-Quran .
B) Apabila kita melihat seseorang membeli barang yang cacat atau membeli budak ( mencari seorang pembantu rumah tangga ) yang pencuri,peminum dan sejenisnya,sedangkan si pembelinya tidak mengetahui.Ini dilakukan untuk member nasihat atau mencegah kejahatan terhadap saudara kita,bukan untuk menyakiti salah satu pihak
C) Apabila kita melihat seorang penuntut ilmu agama belajar kepada seseorang yang fasik atau ahli bid’ah dan kita khawatir terhadap bahaya yang akan menimpanya.Maka kita wajib menasihati dengan cara menjelaskan sifat dan keadaan guru tersebut dengan tujuan untuk kebaikan semata .
v) Menceritakan kepada khalayak tentang seseorang yang berbuat fasik atau bid’ah seperti minum-minuman keras,menyita harta orang secara paksa ,memungut pajak liar atau perkara-perkara bathil lainnya.Ketika menceritakan keburukan itu kita tidak boleh menokok tambah dan sepanjang niat kita dalam melakukan hal itu hanya untuk kebaikan.
vi) Bila seseorang telah dikenal dengan julukan si pincang,si pendek,si bisu,si buta atau sebagainya,maka kita boleh memanggilnya dengan julukan di atas agar orang lain langsung mengerti.Tetapi jika tujuannya untuk menghina maka haram hukumnya.Jika ia mempunyai nama lain yang lebih baik,maka lebih baik memanggilnya dengan nama lain tersebut .Wallahu a’alam .

Selasa, 6 Januari 2009

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura

(10 Muharram, bersamaan Rabu, 7 JAN 2009 )
1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2 fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
4. Menunjukkan orang sesat fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
9. Bercelak fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala' Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca 'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru' fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .
13. Menjamu orang berbuka puasa fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala' fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Insya'allah.. Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.

Rabu, 31 Disember 2008

Buat Renungan Selagi Masih Hidup

Apabila roh keluar dari jasad, IA akan berkata-kata Dan seluruh isi alam sama Ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin Dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi Dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat Dan IA pun memanggil-manggil Dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu IA berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim Dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada Hari itu aku telah keluar dari rumahku Dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak Dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa Dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku Dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana IA memperdayakan aku Dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana IA melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku Dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun Ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak Dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh Dan tidak pernah mendoakan aku".
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya Dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa Dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah Ada nur dimukanya Dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan Dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut Dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk Dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada Dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk Dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong Dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.
" Sambung Rasullullah S.A.W. Lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. Akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga Dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. Akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak TU dapat melihat kedudukannya di neraka Dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. Menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak Ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.Dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T. Berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . Maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.
" Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama. Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. Sila panjangkan kisah ini kepada semua saudara islam kita.